Followers

Saturday, 8 September 2018

SILKY GIRL COLORSHINE CRIMSON CHERRY CODE 42


ASSALAMUALAIKUM

Selamat bercuti panjang kepada semua !!
Apa plan korang untuk weekend ni??
Untuk Zyra, no plan at all..!
Duduk je rumah.
HAHAHAH..
Sedih betul bunyi nye wei..
Duduk rumah je.

Ok, untuk kali ni Zyra nak share review pewarna rambut jenama Silky Girl
yang Zyra cuba sebelum raya Aidilfitri tempoh hari.
Niat di hati kengkonon untuk rambut raya gitew..
Kahkah!


Time Zyra beli pewarna rambut ni, ada sale dekat Guardian so harga dia jadi RM20 
macam tu kalau tak silap lah!
Dekat atas ni antara item yang ada dalam kotak tu.


Dia dah sertakan user guide untuk pakai , so kita just baca dan ikut je step tu.
Tak susah pun.
Kalau sesiapa yang dah selalu warna kan rambut sendiri, dah boleh campak kertas tu.
Hahahaha...


Untuk Muslim, jangan risau ye sebab pewarna ni HALAL.
so boleh bawa sembahyang.


Sejujurnya, Zyra tak dapat warna rambut yang macam dalam kotak tu.
Senang cerita kalau sesiapa nak kan warna merah cherry ni,
korang mesti bleach dulu rambut.

One of the reason kenapa zyra tak pernah try bleach rambut,
sebab takut kandungan dia ada alkohol and tak boleh bawa sembahyang.

So kesimpulan nye, mission untuk dapat kan rambut warna merah cherry ni GAGAL.
Zyra suggest kan sesiapa nak warna perang yang tak terlalu perang but still nice,
sila cuba pewarna rambut Syurah.

Sekian ^^

1 comment: