Followers

Tuesday, 25 December 2018

Nivea Pearl White Super Mousse


Hi pretty readers.
Long time no see!!
Hahahahah...

Kemalasan yang tahap super duper membuat kan Zyra dah lama
tak update blog yang sendu ni.
Faktor view yang sendu juga memberi reason utama Zyra malas nak update!
Kahkah!!!!


Ok disebabkan hari ni rajin sikit nak update,
so Zyra nak review sikit la Nivea Pearl White Super Mousse
Sejujurnya Zyra tak beli sendiri, tapi dapat free ye.
Macam mana boleh dapat free??

Time Zyra pergi konsert ikon in Kuala Lumpur haritu,
Zyra dapat Nivea Super Mousse ni as free gift sebab Ikon adalah duta bagi jenama NIVEA.
so, kitaorang yang pergi konsert ikon sangat mewah dengan produk Nivea ye 
Hehehehe...


Best ke pakai Super Mousse ni???
Bagi Zyra yang first time pakai cleanser yang jenis mousse ni,
rasa teruja juga la..
sebab kita kena shake dulu baru picit.
Texture dia pun tak macam standard cleanser.
Very fluffy gitewww....!!!
Yang special Super Mousse ni dia 0% soap
so memang dia tak berbuih macam cleanser biasa tu.

Tapi pendapat Zyra,
sesiapa yang muka dia jenis kulit berminyak,
korang kena picit lebih sikit .
Kalau tak rasa macam muka kita still berminyak je,
especially kalau muka masih ada makeup.

But still,
untuk korang yang tak ada masalah kulit berminyak,
rasa nye tak kan ada masalah untuk menggunakan Super Mousse ni.
Last time, harga yang Zyra survey dekat website Guardian untuk Super Mousse ni
dalam RM13.++

So, sesiapa rasa nak ada kulit muka halus mulus macam penyanyi K-POP,
why not try produk terbaru Nivea ni.
Hehehehe..

Friday, 2 November 2018

REVIEW AHA-BHA-PHA 30 DAYS MIRACLE CLEANSING BAR SOME BY MI


Hi readers.

Brand Some by MI ni memang terkenal dengan Cushion dia yang pernah
jadi kegilaan para gegadis di Malaysia ni.
Selain Cushion, Miracle Cleansing Bar ni juga dah menjadi salah satu
produk Some By MI yang hit gitu lah!!


Zyra memang dah lama ada masalah muka berjerawat disebabkan resdung dan
sensitif dengan seafood.
Bila ramai kata brand ni bagus, so why not kita try kan??


Zyra memang berpuas hati dengan cleansing bar ni sebab memang ngam dengan
kulit Zyra dan alhamdulillah rasa nye masalah jerawat Zyra dah berkurangan.
Tipu la kalau kata tak ada jerawat langsung kan?
But still, kurang lah dari dulu dan memang perubahan tu memang nampak ketara.


Di mana Zyra beli cleansing bar ni?
Ok!
First time Zyra tengok di Instagram tapi harga dia agak mahal dibandingkan di Shopee.
Harga dalam RM70 - RM80
So, untuk cleansing bar ni Zyra beli di Shopee dengan harga RM40 sekali postage.
Harga di Shopee lebih murah disebabkan ada diskaun 
dan Zyra menggunakan Coin terkumpul.
Thats mean harga pun jadi murah!!



Agak bagus juga bila dibuat dalam bentuk bar sebab kita boleh potong kepada 
beberapa bahagian so tak perlu gunakan seketul tu terus!!
Memang jimat ok!!
Dah 3 bulan Zyra pakai still ada lagi 2 bahagian.
By the way, bau cleansing bar ni bau green tea yang tak terlalu kuat.
Just nice je


Not sure lah kalau selama ni cleansing ni dah ada yang fake or what.
But so far Zyra pakai ni takde apa apa side effect teruk.
Kotak dia pun ada hologram sticker.


Dapat free gift !
Boleh la letak cleansing bar dalam tu.
Tapi Zyra tak guna pun!
Heheh...

Overall, yang boleh Zyra cakap,
tak rugi untuk korang try .
Sesiapa yang ada masalah jerawat tu why not try cleansing bar ni.
Dalam 30 haritu, insyallah berkurang sikit jerawat .
Tak lah flawless terus muka tu tanpa ada parut,
but still worth to try sebab jerawat tu berkurang lah 

^^

Friday, 19 October 2018

2018 WINNER TOUR EVERYWHERE IN KUALA LUMPUR


Hi readers.
For this time, Zyra nak share sedikit story sepanjang Konsert Winner yang diadakan
pada 14 Oktober 2018 , Ahad yang lepas.
Bertempat di Stadium Malawati Shah Alam.
Tepat pukul 6 petang, my dream finally come true!!
Muncul lah 4 orang buah hati depan mata!!
Hahahaha..

 Sebelum konsert start, kita saja snap gambar situasi dalam stadium.
Saja buat kenangan gitu.
Hehehehe...

 Time ni dalam hati dok terdetik gak, why tak ramai lagi yang masuk.
Tak kan la takde siapa yang datang konsert dorang ni,
tiket almost sold out untuk semua zone kecuali Rockzone taw...!

Tapi sedar tak sedar, ramai yang dah masuk and bila dorang start nyala kan lightstick 
masing masing terus mata masuk habuk!!
Terharu gila weii tak sangka boleh jadi one of this blue ocean !!


Banyak banyak konsert yang Zyra pernah pergi,
konsert Winner ni feeling dia lain sedikit.
Kenapa?
Sebab all members try hard to communicate with fans in English taw!!
Winner langsung tak menggunakan khidmat translator macam group group kpop 
yang pernah buat konsert di Malaysia sebelum ni.

Zyra memang respect gila lah!!
English dorang memang dah semakin baik.
Pada malam tu, Yoon selaku leader aka MC,
yang paling banyak bercakap!!!

 Disebabkan kebanyakan video Zyra agak berat ,
so tak boleh nak upload sini,
Zyra share beberapa gambar saja la ye.
Sorry la gambar gegar sebab nye tangan gigil!!
Hahahaha...


Sejujur nye bias Zyra ialah Mino dan Jinu.
Tapi malam tu Yoon dan Hoony banyak main di zone Zyra,
dan diaorang banyak berdiri depan Zyra sambil menari
membuat kan dorang menjadi bias wrecker secara rasmi nya!!
Kahkahkah!!!




Kebanyak kan video Zyra penuh video Hoony je sebab dia selalu datang depan Zyra.
aduhhh memang terbayang bayang lagi senyuman dia tu.
Macam mana lah orang lain yang selalu beli Rockzone,
macam mana korang survive doe!!
Hahahaha...
Weiiii rindu kau Hoony!!!



Cuma video ni je yang lepas Zyra upload.
Yang lain semua berat..!!
maklum lah kita rakam habis 1 lagu.
Buat kenangan.

Hope ada rezeki boleh tengok konsert dorang lagi.
I already miss you, boys!!!



Thursday, 4 October 2018

KONSERT TERUNGGUL AFGAN DAN UNGU


ASSALAMUALAIKUM

Uols minat Afgan tak??
Penyanyi hot Indonesia tu! ahahaha..
Mesti ada yang dah tahu kan Afgan akan mengadakan konsert di Plenary Hall, KLCC
pada bulan November 2018 ni.


Tapi disebabkan Zyra dah takde bajet nak pergi konsert ,

maka mari lah kita merawat hati yang lara dengan 'throwback' konsert tahun lepas!!

Ok, pada 6 Oktober 2017,
berlangsung Konsert Terunggul Afgan & Ungu di Stadium Malawati Shah Alam.
Bila dapat tahu Konsert ni ada Afgan dan Ungu, terus excited gila weii!!
Ungu tu memang Zyra layan habis lah time zaman sekolah dulu!!!



Pada mula nya, hati ni rasa berbelah bahagi nak pergi atau tak!
Tiket konsert ni sangat lah murah dan semua orang kira mampu lah
kalau nak pergi dengan kawan-kawan/family/atau pacar (bak kata Afgan)
Tapi nya Zyra memikir, masih banyak konsert Kpop yang akan menyusul di Malaysia ni,
so kena lah berjimat cermat.

But at the last!!
Nekad juga beli tiket zone SILVER!
second paling murah , thats why seat pun dapat atas atas sebab last minute beli.
Kalau tak , boleh dapat lagi bawah.
Rockzone dan Gold zone cuma RM200 sahaja.
dan VIP cuma RM250
tapi disebabkan nak berjimat untuk next konsert..
hurmmmmm...


so, ni la actual view dari seat Zyra.
ni first time Zyra pergi stadium Malawati Shah Alam.
Kesimpulan yang Zyra boleh cakap, Stadium dia takde la besar sangat and seat dia tak terlalu jauh dengan stage.. 

Time ni Afgan dah nak keluar, so dah standby nak rakam..
Tapi lambat sangat dia nye, so kita snap gambar dulu 
HEHEHE...

Disebabkan video semua agak berat, so Zyra post 1 je la ye.
Hahahaha..
Buat cukup syarat.

Apa apa pun konsert ni memang enjoy sebab memang minat dorang ni 
so lagu pun semua kita hafal.
Karok la kita malam tu mengenang kisah lampau!
HAHAHAH...

ok sekian untuk hari ini.
Saja menaip nak pujuk hati tahun ni tak dapat jumpa Afgan!

Sunday, 9 September 2018

GOOD VIRTUES CO. HAIR SERUM



Yuhuuu...
Hair serum yang mana satu yang jadi kesukaan korang??
Baru baru ni Zyra lebih suka pakai hair serum jenama GVC ni.


Zyra beli hair serum ni dengan harga RM13.++  di Watson.
Bau dia sangat wangi dan tak melekit.
Rambut rasa ringan sangat bila kita pakai serum ni taw.


Yang paling penting hair serum ni pun ada pengesahan Halal.
so tak perlu risau kalau Muslim nak pakai dan boleh bawa sembahyang.



Salah satu reason juga kenapa Zyra suka jenama ni sebab packaging dia yang cantik.
Memang gegirl sangat dengan bunga bunga tu.
Hahahaha...
Zyra ni memang senang tertarik dengan packaging cantik/comel ni.
Barang tu berkualiti ke tak, tu belakang cerita !!
KAH!!
sila jangan amalkan sikap seperti itu ye.

Overall, serum ni memang best , 
harga pun tak mahal sangat.

^^

Saturday, 8 September 2018

SILKY GIRL COLORSHINE CRIMSON CHERRY CODE 42


ASSALAMUALAIKUM

Selamat bercuti panjang kepada semua !!
Apa plan korang untuk weekend ni??
Untuk Zyra, no plan at all..!
Duduk je rumah.
HAHAHAH..
Sedih betul bunyi nye wei..
Duduk rumah je.

Ok, untuk kali ni Zyra nak share review pewarna rambut jenama Silky Girl
yang Zyra cuba sebelum raya Aidilfitri tempoh hari.
Niat di hati kengkonon untuk rambut raya gitew..
Kahkah!


Time Zyra beli pewarna rambut ni, ada sale dekat Guardian so harga dia jadi RM20 
macam tu kalau tak silap lah!
Dekat atas ni antara item yang ada dalam kotak tu.


Dia dah sertakan user guide untuk pakai , so kita just baca dan ikut je step tu.
Tak susah pun.
Kalau sesiapa yang dah selalu warna kan rambut sendiri, dah boleh campak kertas tu.
Hahahaha...


Untuk Muslim, jangan risau ye sebab pewarna ni HALAL.
so boleh bawa sembahyang.


Sejujurnya, Zyra tak dapat warna rambut yang macam dalam kotak tu.
Senang cerita kalau sesiapa nak kan warna merah cherry ni,
korang mesti bleach dulu rambut.

One of the reason kenapa zyra tak pernah try bleach rambut,
sebab takut kandungan dia ada alkohol and tak boleh bawa sembahyang.

So kesimpulan nye, mission untuk dapat kan rambut warna merah cherry ni GAGAL.
Zyra suggest kan sesiapa nak warna perang yang tak terlalu perang but still nice,
sila cuba pewarna rambut Syurah.

Sekian ^^

Sunday, 22 July 2018

Pewarna rambut syurah Koper Asli 07


Assalamualaikum. 
Lama nye tak ber update blog ni. 
Malas yang teramat sangat adalah punca utama ok. 
Hahaha.. 

Ok untuk hari ini, nak share review pewarna rambut Syurah yang Zyra baru
Cuba setelah berkali kali mewarnakan rambut and still, 
Tak dapat hasil yang memuaskan hati iols ni. 


Untuk kali ini, Zyra memilih kod 07 , warna yang paling perang. 
And yes,  zyra dapat warna yang Zyra nak. 
Untuk rambut Asian macam kita ni dah sememangnya hitam. 
Ye dok.. 
So, kalau sesiapa yang tak pernah warnakan rambut Dan buat bleaching, 
Zyra suggest cuba lah kod 07 ni. 

Jangan risau, rambut kita tidak lah 'blonde ' sangat sangat. 
Tapi blonde yang just nice. 
Tak terlalu perang, but still boleh nampak walaupun kita tak berada di bawah cahaya matahari. 
And yang Zyra suka Syurah ni sebab pewarna digunakan boleh dibawa solat. 
So Muslim tak perlu risau untuk mencuba produk dari Syurah ni. 

Saturday, 21 April 2018

SINNLIG IKEA TEA CANDLE (RASPBERRY)


One of my favorite candle juga ni. 
Hehehe.. 
Mesti ramai yang suka scent Raspberry kan? 
So kalau tak pernah try lagi candle ni, 
You guys should try it now!! 
Huhu...


Tea candle ada 30 pcs. 
So rasa berbaloi sangat,  dengan harga kurang RM10,
Dah boleh dapat candle banyan, wangi pula tu. 

Honestly, Zyra paling suka scent Raspberry ni kalau nak dibandingkan vanilla. 
Sebab nya, bau dia tu agak kuat bila di bakar. 
Kalau vanilla ni bau dia agak soft. 

Next time Zyra nak try scent lain pula. 
Maybe Lavender atau Green Apple 
😀

SINNLIG IKEA TEA CANDLE (VANILLA)


kalau pergi IKEA, memang banyak benda best kat sana. 
Ada mahal,  ada murah. 
Sila la berbelanja dengan bijak! 
😬😬

This time nak share pula Tea Candle yang beli kat IKEA. 
Ada 30 pcs dalam 1 pek. 
Harga dalam RM7.90
Tak berapa nak ingat harga candle ni, 
Yang pasti memang tak lebih dari RM9!!
So harga dia still murah kan! 


Belakang pek tu ada la dia explain size candle tu. 
So boleh la baca details tu kalau rajin. 
😂

Bau vanilla ni wangi. 
Tak bakar lagi pun memang wangi. 
Cuma bila dah bakar, 
Tak ada lah wangi sangat. 
Macam mana tu?! 
😂😂😂

But still not bad la. 
Tak rugi beli candle ni. 
Harga pun berbaloi dengan kuantiti Dan kualiti. 
Candle ni boleh tahan dalam 4 jam. 
👍

Friday, 20 April 2018

MIDSUMMER'S NIGHT YANKEE CANDLE



Lama rasa nya tak update new entry.
So hari ini rasa nak share sikit review tentang Yankee Candle yang Zyra beli ni.
Ok, disebabkan favorite scent Jonghyun adalah Midsummer's Night,
so why not kita cuba, kan?

Dengar kata, scent yang ini memang Hot Selling.
kira memang ramai yang suka beli bau ni.
Disebabkan Yankee Candle ni agak mahal, 
so Zyra decide untuk cuba yang 'Small/Votive' dulu.
Dekat mana Zyra beli??
Kebetulan ada seller yang let go murah di Carousell, 
Harga bawah dari RM30 !!!
cerita dia, terus je grab!!
By the way, Lazada pun ada jual but standard price la ye. 
Kalau yang dalam jar tu dalam seratus lebih. 

Midsummer's Night ni bau dia memang 'Manly'
Senang cerita bau perfume orang Lelaki.
Ala-ala Cologne gitu.
Memang wangi.
Sangat ngam dengan taste Zyra.

No wonder scent ni salah satu favorite candle Jonghyun.
Memang sesuai untuk orang lelaki .

Overall, tak menyesal beli.
Bau dia pun tahan lama.
And candle ni pun memang tahan lama.
Sangat berbaloi.

Every time i light up the candle,
i feel like,
you very closer to me, Jjong 
^^