Followers

Friday, 5 January 2018

End Of The Day Kim Jonghyun


ASSALAMUALAIKUM...

Sekian lama tak update apa apa entry di blog ni.
Bukan terus menghilang, cuma Zyra perlukan semangat yang baru untuk terus menulis.
Blog ni tiada banyak ilmu pun yang nak dikongsi kan.
cuma lebih kepada minat zyra terhadap musik Kpop yang sudah lama Zyra minati.

2 minggu yang lepas ..
khabar berita yang sangat berat untuk Zyra terima.
Bukan sahaja Zyra , tapi semua peminat peminat Jonghyun, pasti susah nak terima semua ni.
Zyra yakin semua tahu kisah Jonghyun dari kumpulan SHINEE ni kan??


Dia pergi tinggalkan keluarga, kawan-kawan dan semua peminat dengan pelbagai persoalan.
Zyra mengaku...
Zyra rasa semua ni macam mimpi...
Zyra rasa ni macam gurauan..
Jonghyun seorang yang sangat suka bergurau..
Ini semua gurauan ke??
Tapi kami tak suka dengan gurauan dia macam ni..

Zyra cuba untuk memahami isi hati dia melalui surat yang dia tinggalkan.
Dah terlambat untuk kita semua faham isi hati dia.

Zyra tahu.
ramai netizen di luar sana tak suka kan kami yang meminati Kpop ini.
Kami bukan lah 'berTUHAN' kan mereka,
kami cuma meminati dan menghargai musik dan bakat mereka.

Banyak kata-kata yang dilemparkan netizen di Internet sampai buat Zyra menangis.
Kata-kata hinaan yang Netizen lempar kan pada Jonghyun yang sememangnya dia
tiada salah dan dosa pun pada mereka.
Apa salah Jonghyun kepada netizen selama ni?


Benar..
kami meratapi pemergian dia.
Kami menangis kerana dia.
Tapi kami tak lupa... Tuhan kami hanyalah ALLAH.
Kami tak lupa apa yang terjadi di Palestin.
Bukan ke ALLAH dah yakin kan kita, 
DOA tu senjata yang paling hebat untuk orang ISLAM?
Mungkin ada antara kami terlalu terbawa perasaan , 
tapi jangan lah menghina mereka.
Setiap mereka yang mengalami kesedihan, sudah pasti sukar untuk kawal perasaan sewaktu tu

dan perkara yang buat Zyra terkilan,
ramai netizen di Malaysia ni jadikan kisah pemergian Jonghyun sebagai
salah satu bahan jenaka.

Walau pun dia bukan lah beragama Islam,
tapi untuk pengetahuan semua,
dia pernah tunjuk kan belas ihsan dia berkaitan peperangan yang jadi di Palestin.
Mesej yang dia nak sampaikan sangat mudah,
HENTI KAN PEPERANGAN.
Tidak semua artis sanggup mengambil risiko dan membincangkan soal yang 
sangat sensitif ni.
tapi sebagai manusia biasa, Jonghyun pun ada hati dan perasaan.

Tapi sayang nya, bila dia pergi..,
orang Islam bahkan menghina dia.


Kim Jonghyun.
Insan yang tak mungkin Zyra lupa kan.
Zyra tak pernah berpeluang untuk berjumpa dan melihat dia di depan mata zyra.
Tapi 9 tahun mengenali dia , sewaktu Zyra masih berumur 14 tahun lagi..,
hanya melihat dia dari TV,
sudah cukup untuk Zyra sangat terasa kehilangan dia.
kami seolah olah membesar bersama.
seolah olah Zyra terasa kehilangan sahabat sendiri.
Bertahun tahun , hampir setiap hari mendengar suara dia...


Mungkin akan ada yang berfikir Zyra seolah olah obses terhadap Jonghyun.
Tidak...
Zyra cuma mengagumi dan menghargai musik yang dia cipta dan suara 
dia yang sangat unik..

Hampir setiap malam.
bila Zyra rindukan kenangan-kenangan lama bersama arwah ibu bapa sewaktu di
kampung dulu.. , serta kenangan kenangan zaman persekolahan yang
tak mungkin kembali,
zyra akan dengar nyanyian nyanyian Jonghyun dan juga lagu bersama 
ahli yang lain, SHINEE..
setiap lagu itu, memiliki kenangan dia yang tersendiri.

sewaktu ni, kita semua tak mungkin terfikir..
betapa serius apa yang dia cuba kata kan kepada semua tentang masalah dia.


namun yang pasti..
kita sebagai umat Islam, kita ada ALLAH untuk meluahkan segala-gala nya.

Jonghyun.. 
seseorang yang tak akan zyra padam dari ingatan.
terima kasih untuk setiap kenangan .
terima kasih untuk setiap lagu lagu yang sentiasa menemani kami sewaktu
kami memerlukan semangat dan hari hari yang sukar dan sunyi.



Aku sangat rindu kan kau, Jonghyun.
sangat rindu.

2 comments:

  1. Well said! Kita kpoppers tak semestinya mengagungkan dan bertuhankan mereka. Kita masih tahu siapa tuhan kita. Semua tu tepuk dada, tanya iman. Malaysian ni kalau semua pasal Korea, diorang lebih suka bash.

    Sya juga rasa macam semua ni mimpi. Tak sangka Jonghyun dah takda :'/

    ReplyDelete