ASSALAMUALAIKUM....
Pada Sabtu yang lepas , zyra pergi ke Ipoh, Perak untuk menghadiri perkahwinan kawan.
so, lepas kita kenyang makan nasi kenduri,
kita jalan jalan pula dekat bandar.
Disebabkan kita bukan orang Ipoh kan,
so kita ikut je la kemana pun kawan kawan zyra bawa.
Diaorang memang orang sana, so dah memang tahu la selok belok jalan di Ipoh tu.
tempat pertama yang zyra pergi ialah Concubine Lane.
tak reti nak explain dekat kau orang macam mana tempat tu.
sila la google ye.
yang pasti lorong lorong sana dipenuhi gerai gerai street food makanan cina.
ada juga aksesori so kalau nak membeli tak ada masalah.
sambil berjalan tu mata melilau je tengok apa yang ada dijual disana.
Sempat la juga merasa ais kepal .
tapi sayang zyra tak snap gambarnye.
size dia sederhana besar dan berharga rm5.
sebelah gerai ais kepal tu, ada small shop yang menjual rainbow cheese toast ni.
nama shop tu, Kuma's Cheese Toast
disebabkan cheese dia rainbow comel macam tu,
gigihkan juga beli walaupun agak mahal bagi zyra, RM13.90
kalau normal cheese harga dia RM7.90 kalau tak silap.
bagi zyra, setakat nak merasa boleh la..
tak ada yang special sangat pun rasa dia, cuma rupa je cantik.
rasa dia sama macam roti yang diletak kan cheese dengan kuantiti sederhana penuh.
then roti tu ada sedikit kaya pandan gitu.
tapi tak banyak.
cheese tu dah nampak kurang cantik and keras.
sebab nye zyra tak makan time panas-panas.
maybe kalau time panas-panas , cheese tu cantik macam kita tarik pizza tu
hehehe...



Nampak menarik, cheese rainbow hehehe. Keras ke? Uhhh mesti x syok kann? Kalau panas-panas, fuhhh cheese tarik <3
ReplyDelete