Followers

Tuesday, 17 October 2017

FENTY BEAUTY COSMIC GLOSS LIP GLITTER LIMITED EDITION


Yuhuuuuu girls.
Rasa nye semua dah tahu mengenai Fenty Beauty by Rihanna nieh.
Time baru masuk Sephora haritu,
kemain ramai pengemar makeup dan blogger blogger famous nak membeli dan mencuba dan merasai sendiri apa yang hebat sangat barangan kosmetik Rihanna ni kan..

Secara jujurnya, Zyra cuma pakai barangan makeup yang dijual di drugstore je,
harga yang murah, and mampu dibeli oleh Zyra yang tak berapa nak masyuk ni.

Nak dijadikan cerita, ada singgah sekejap di Sephora .
Hanya untuk mencuci mata dan melihat sendiri 'keindahan' Highlighter Fenty Beauty yang sangat famous tu.. 

and ya.. sangat 'indah' ok Highlighter dia , sepadan dengan harga dia !
Hahahaha....


CODE DARI KIRI :
ASTRO- NAUGHTY
GAL ON THE MOON
PLUTONIC RELATIONSHIP
SPACESUIT
Bila mata dah melilau lilau dekat rak tu,
mula la dah nampak macam macam then hati tertarik dengan Cosmic Gloss Lip Glitter ni.
Zyra tak tahu menahu pula yang ini adalah limited edition punya.
Selain Cosmic Gloss Lip Glitter ni, ada banyak lagi pilihan lain yang boleh dipilih sebagai koleksi dan melengkapkan siri 'GALAXY' by Rihanna gitewww...

Dengan hati yang berat dan berbelah bahagi, Zyra pun keluarkan juga la RM80 untuk sebatang lip gloss yang penuh dengan glitter glitter ni!
Hahahahah...
Ni code SPACESUIT
Untuk maklumat semua ye, Zyra tersalah ambil code!! Walaweii
Padahal nak beli code PLUTONIC RELATIONSHIP!!!
aduhhhh stress je..
rasa dah check time nak bayar tu..
Mak is sooooo pasrah right now.

Warna dia just nice sebab warna peach gitu kan, so natural look laa..
Just ada glitter tapi tak melekit sangat pun.
Sedang elok nak apply.
Cuma nude color is not my style!
So kurang suka code ni.
Maybe next time kalau ada kewangan melimpah sikit baru nak usha code PLUTONIC RELATIONSHIP atau ASTRO-NAUGHTY

1 comment: