Followers

Friday, 12 June 2015

Rose Water Body Care Travel Set by Guardian , LES TEENTATIONS


Assalamualaikum readers.
Salam Jumaat semua.

setelah genap seminggu Zyra hadiahkan diri sendiri dengan hand cream Etude House, (HAHAHA...)
Zyra beli pula this cute body care travel set.


Maaf lah kalau gambar tak cukup jelas...
Maklum lah kita pakai handphone murah, so kualiti camera pon so-so je lah!
Alang alang Guardian dah depan mata, so zyra decide la pergi masuk..
Niat dalam hati nak beli 1 barang je..
Last last ada juga benda lain dibeli nya!!
ok typical Zyra...
hehehe....

Set ni terdiri daripada body wash, body scrub dan body lotion.
ada 3 pilihan bau, rose, grape and lagi 1 apa tah , lupa!!
zyra suka bau grape..
tapi MALANGNYA 2 bau tu takde travel set!!!
yang ada hanya untuk bau ROSE SAHAJA!!
ohh kecewa nyaaa!!!

tapi disebabkan travel set ni nampak MACAM CANTIK JE, MACAM COMEL JE....
Zyra beli juga lah even memang tak suka langsung bau ROSE!
sometimes rasa busuk la bau ROSE ni..
hahahaha.....

Harga untuk 1 set ni cuma RM16.88 sahaja.
Ada dekat Guardian je taw!!
Jangan pergi cari kat Watson or Parkson pula..

:D

Tuesday, 9 June 2015

Novel Fixi KATARSIS by Anastasia Aemilia


Assalamualaikum readers.

ada tak antara readers salah seorang pengemar novel fixi??
ok, novel fixi ni pon dah jadi macam trend, betul tak??
bagi zyra, novel fixi memberi kelainan dan menarik untuk dibaca.

antara novel Fixi yang zyra suka adalah KATARSIS.
hasil karya penulis dari Indonesia, Anastasia Aemilia.
semua tulisan telah diolah kepada bahasa Melayu kita, so mudah la untuk difahami.

Menceritakan kehidupan seorang gadis bernama Tara.
Tara pernah diculik dan dikurung didalam sebuah bekas perkakas kayu.

Cerita thriller ni sangat menarik so readers kena beli dan baca sendiri!
hehehe...

zyra tak nak story panjang panjang..
tak syok la kalau macam tu kan...

:P

* ni adalah cover asal novel KATARSIS.
tah kenapa, zyra lagi suka cover yang ni
nampak lagi psiko si Tara ni hah!

Etude House Hand Bouquet Oh Happy Day


Assalamualaikum.

Rindu pula nak update blog ni haa..
bukan apa, mood nak update tu tak berapa nak datang !
hehehe..

Last Friday, zyra ada pergi shopping complex, KL Festival City.
Kebetulan dah lalu depan Etude House, so mata pon melilau je
tengok barang barang kat atas rak tu hah!!

Dah lama zyra usha hand cream dari jenama Etude House ni..
well, semua dah tahu kan brand ni dari Korea.
so harga nye pon agak mahal sikit lah.

Guest what, Etude House tengah buat promotion untuk hand cream Oh Happy Day ni taw!
1 tube cuma RM10 !!!!!

LIKE SERIOUSLY???!!!

tak nak fikir panjang, terus je grab mana yang zyra berkenan.
kalau tak beli, nanti balik menyesal.
ye la, normal price tak silap zyra, RM23.++ just for 1 tube!

rasa membazir pula kalau beli mahal mahal kan??
dah alang alang tengah murah, so kita pejam mata je lah!
hehehe...

Wednesday, 13 May 2015

My Collection


Assalamualaikum
ramai kaki novel and 'ulat buku' rasa heaven gila bila setiap kali dapat baucer buku.
masa tu lah boleh menyakan beli novel idaman dengan menggunakan baucer RM250 tu..
hehehe....

so far, zyra dah dapat beli novel idaman hati yang dari dulu tak beli beli!!!
novel Joyland dan Sumbat.
tak sabar nak baca novel Sumbat tu!!


kebanyakan novel-novel di atas semua nya zyra dah habis baca.
yang dalam proses 'membaca' sekarang ni, novel KATARSIS.
so, ada berbaki lagi 2 novel yang zyra tak baca lagi,
novel THE GIRL WITH ALL THE GIFT dan SUMBAT.

novel apa yang readers beli menggunakan baucer yang dapat haritu??
share lah sikit..
hehehe..
zyra masih ada baucer RM50 tak guna lagi...

:D

Tuesday, 12 May 2015

Furry Pals Bathing Sand Strawberry Flavour for Hamster

* can you see Valentine there? hahaha....

Assalamualaikum..

nak tayang bathing sand anak bulus kita yang baru!!
hahahaha kepohh la kau minahhhh...

pet shop yang zyra selalu pergi tutup pula.
aishhh terpaksa la pergi pet shop lain.
niat di hati nak beli makanan dan juga bathing sand diaorang ni haa...
tapi pet shop tu tak banyak pilihan pula!!
so beli je la apa yang ada..

first time try guna bathing sand yang ada warna macam ni..
ada bau strawberry (pink),
blueberry (blue)
vanilla (putih)
cheesse (kuning)

saja try bau strawberry ni.
tapi bau dia tak kuat mana pon.
tapi disebabkan cantik pula, siap ada blink blink, so zyra beli je la.
hahaha...

tak boleh blah betul Luhan ni..
tabur je dalam tu, terus dia pergi landing!!!
boleh pulak dia pegi tido hahaha....

Mino join the club!!!!

macam cantik pula sand ni sebab ada glitter bagai..
diaorang ni ada la juga pepe kat situ, tapi so far takde bau lagi.
salah satu kelebihan bathing sand ni, dia memang bagus untuk serap bau..

^^

COCKTAILS FOR THREE BY MADELEINE WICKHAM (SOPHIE KINSELLA)


Haiii girlssss.......

zyra baru je habis baca novel Cocktails for Three ni..
serious memang best sangat!!
well, karya Sophie Kinsella atau nama sebenarnya, Madeleine Wickham kebanyakan nye
best seller okeyh!!!!!

so far, zyra baru ada 3 novel karya Sophie ni...
bagi zyra, Cocktails for Three yang paling best!!!

mengisahkan 3 sahabat yang akan berkumpul bertiga si sebuah bar pada setiap bulan
untuk menikmati cocktails bersama-sama.

novel ini akan menceritakan perjalanan hidup 3 sahabat.

Maggie, wanita berkerjaya tetapi menghadapi dilema disebabkan dia bakal memiliki anak.

Roxanne, juga seorang wanita berkerjaya tetapi ada hubungan sulit dengan bos sendiri yang sudah berkahwin.

Candice, gadis yang sangat telus dan hidupnya menjadi huru hara disebabkan muncul seorang kawan lamanya di sekolah dulu.

tak rugi kalau beli novel ni..
penuh dengan nilai persahabatan dan keyakinan diri.

*xoxo*

Tuesday, 5 May 2015

Joyland by Stephen King


Assalamualaikum..
finally!!!!
habis juga zyra baca novel Joyland karya Stephen King ni...
oh ye , by the way, novel yang zyra baca ni dah diterjemah dalam bahasa Melayu oleh Murni Mansor.

dari dulu punya la nak sangat beli novel ni..
well, cover tu sangat menarik perhatian zyra!!
hehehe...

ok, untuk pandangan zyra pasal novel ni.... hurmmm not bad!!!
takde la seram sangat ...
pada awal, lebih banyak mencerita kan kisah pekerja-pekerja di theme park, Joyland tu..
so, sepanjang cerita ni, kita boleh tahu macam mana life sebenar pekerja yang bekerja dekat theme park!!

di pertengahan cerita, kisah hantu dan kes pembunuhan yang pernah terjadi dekat Joyland akan terungkai satu per satu..

bagi zyra, berbaloi untuk beli dan baca novel JOYLAND ni.
sesiapa yang tak baca lagi, sila lah beli ye!
hehe...