Followers

Tuesday, 2 December 2014

Safi Balqis White Trilogy kawalan minyak dan jerawat


ASSALAMUALAIKUM^^

nak tunjuk sikit new skincare zyra ni haaa....
hehehe poyo gila kau jah!!
ni firstime zyra menggunakan produk keluaran Safi.

tak tahu la kenapa sejak-sejak ni muka zyra senang sangat naik jerawat di bahagian pipi.
selama ni tak pon,selalu nye akan banyak di bahagian dahi.
muka zyra memang jenis kuat berminyak!
so,dah tiba masa zyra cari new skincare untuk mengurangkan minyak dan pada masa yang sama boleh mengurangkan jerawat ni haaa!!!!

krim anti jerawat ni bagus juga.
ada jerawat kecil yang baru nak tumbuh dibahagian dahi zyra,malam tu zyra letak sedikit then esok pagi dah kecut .
takde la hilang terus kan,tapi kira kecut laaaa.....

at first zyra macam tak yakin je dengan krim ni,sebab zyra selalu pakai T3.
T3 agak sejuk bila dipakai,tapi krim anti-jerawat  Safi ni tak berangin pun.
but so far still ok la...
harga krim anti jerawat ni cuma Rm 8.72
readers should try this!!
terlupa pula nak snap gambar Skrub Buih Pembersih Kawalan Minyak ni.
hehehe...
disebabkan ini adalah first try zyra,so zyra just beli yang pencuci skrub je.
size nye agak kecil dan harga nya pon lagi murah kalau nak dibandingkan pencuci muka 2 in 1 tu..
so far,best juga pakai skrub ni and zyra buat sebagai daily use.
ok harga skrub ni,Rm 7.84

Krim kecantikan sari pokok lidah buaya ni also not bad!!
krim ni dapat membantu menghilangkan parut/bekas jerawat disamping menghalus/mencantikkan kulit kita.
(thats my goal actuualy hahahhaha....)
yang paling zyra suka bila apply krim ni,muka zyra tak berminyak pon.

i mean tak la berminyak sangat ..
krim-krim muka yang zyra pakai before ni kebanyakkan nye berminyak.
dah la muka zyra jenis berminyak jugak..
perghh!!!!
dah macam apa je bershining-shining!!
harga krim ni cuma,Rm 5.44 

total untuk 3 items ni dibawah Rm30
not bad bukan??
siapa kata produk yang murah tiada kualiti??
so far zyra rasa muka zyra agak sesuai dengan produk ni.
muka pon dah takde jerawat.
alhamdulillah..

harap lepas ni tak perlu nak tukar produk lagi 
hehehe...

Sunday, 30 November 2014

colourful teddy and christmas^^

comel nye!!!
macam-macam warna ada!!

YUHUUUU......

second entry for tonight..
hehehe...
ok zyra nak cerita pulak petang tadi lepas ziarah kubur arwah opah,zyra ada pergi beli barang di Giant,Batu Caves.
biasa la kan kalau dah masuk sana,merayap semua tempat tengok apa yang best boleh dibeli..

sampai la kat satu part tu,mata zyra terus tertarik kat susunan colourful teddy bear and ada christmas tree.

setiap tahun,zyra akan ternanti-nanti kan christmas season ,sebab apa??
haaa sebab-sebab macam ni la!!!
semua barang-barang yang dijual sangat comel and colourful...bling bling...!!
wahhh!!!
^^

disebabkan zyra ni memang suka kan teddy bear,and sangat tak tahan dengan godaan kelembutan si bulus gebus tu,zyra pon decide beli la sorang..
ditambah pula dengan harga nye yang TERSANGAT MURAH!!
just RM10 je??
my god...serious macam tak percaya!!banyak kali zyra check harga tu..
hehehe...
bertambah la sorang lagi anak beber zyra..

jenuh pikir nak beli warna apa tadi..hahaha...
ni pon nama tak cari lagi ni..
readers ada any suggestion tak??

^^

Wednesday, 26 November 2014

MISTERI TERKABULNYA DOA


ASSALAMUALAIKUM^^

hari ni zyra nak share bahan bacaan yang zyra suka sangat baca.
sangat tertarik dengan tajuk buku ni,belek-belek sikit then terus beli.
Misteri Terkabulnya Doa tulisan Muhammad Suhadi yang berasal dari Blora,Jawa Tengah,Indonesia.

di bawah adalah sedikit ilmu yang zyra nak share dengan readers hasil pembacaan buku ni:

DOA YANG DIKABULKAN OLEH ALLAH

PERTAMA:Penuhi syarat-syarat berdoa
  1. Tanamkan sifat ikhlas dalam hati
  2. Lakukan sesuatu dengan tuntutan Rasulullah s.a.w

KEDUA:Laksanakan adab-adab berdoa
  1. Memulakan dan menutup doa dengan pujian kepada ALLAH S.W.T dan selawat ke atas Rasulullah s.a.w
  2. Mantapkan hati ketika berdoa
  3. Jangan terburu-buru mengharap kan pengabulan doa
  4. Tidak meninggikan suara
  5. Menghadap ke arah kiblat
  6. Mengangkat kedua-dua belah tangan
  7. Berdoa dengan kusyuk
  8. Berbaik sangka dengan Allah
  9. Berdoa berulang-ulang kali

KETIGA:Pilih waktu yang tepat

  1. Ketika bersujud
  2. Ketika berpuasa pada bulan Ramadhan
  3. Malam lailatulqadar
  4. Berdoa antata azan dan iqamat
  5. Pada hari Jumaat
  6. Sepertiga malam terakhir
  7. Sesudah solat fardhu
  8. Ketika hari hujan

DOA-DOA YANG DIKABULKAN
  1. Doa seorang Muslim kepada saudara Muslimnya tanpa pengetahuannya.
  2. Doa orang yang teraniaya
  3. Doa baik daripada ibu bapa kepada anaknya
  4. Doa buruk daripada ibu bapa kepada anaknya
  5. Doa anak yang berbakti kepada ibu bapanya
  6. Doa musafir
  7. Doa orang berpuasa
  8. Doa pemimpin yang adil
  9. Doa orang yang baru bangun tidur
  10. Doa orang yang berdoa seperti doa Dzub-Nun (Nabi Yunus)
  11. Doa orang yang pergi haji,umrah dan orang yang berperang di jalan Allah

*semoga sedikit ilmu ni boleh menambah pengetahun readers ye^^
dan juga semoga doa-doa kita akan dikabulkan oleh ALLAH s.w.t
insyaallah

Friday, 21 November 2014

Magic Fast Henna Tube


ASSALAMUALAIKUM^^
malam ni sengaja zyra nak tayang kuku tangan zyra yang dah bertukar warna..!
hehehe...

untuk pengetahuan readers,yang zyra pakai ni bukan pewarna/pengilat kuku yang biasa tu.
tapi ini adalah inai/henna.
haaa mesti ada setengah daripada readers tak pernah dengar dan lihat,bukan??

ni la kotak nye kalau readers nak tahu.
inai ni firstime kat India taw!!
wahh wahhh...
ok mana zyra beli inai ni??
ohh bukan zyra yang beli tapi kakak zyra.
*perghhhh!!kakak lagi..haha
ye KAKAK,sebab zyra ada 4 KAKAK takde langsung ABANG!

dia cakap dia beli kat kawan dia.
kebetulan pula kawan dia berkahwin dengan lelaki berbangsa India.

*mohon abaikan tangan yang serupa lelaki tu :D

so ni dia hasil nya bila dah kering.
gila kan....?
setiap jari zyra buat lain-lain warna!hahaha...
yang paling syok,lagi seminggu lebih daripada sekarang zyra dah nak start praktikal tapi boleh pula zyra pergi buat kuku macam ni.

ya ampunnnn...
harap sempat la hilang inai ni.
kalau tak habis la zyra nanti :'D

Wednesday, 19 November 2014

Aloevera Moisture Soothing Gel

Alhamdulillah...
Hari ni cuaca agak baik..
Cerah juga di luar tu..
Terasa panas lah hari ni , sekarang musim hujan je kan...
asyik Mendung je kat KL ..

Disebabkan hari ni rasa panas sikit, zyra pon pakai la moisture soothing gel keluaran Dabo Eco Life Style ni..

Bila pakai, rasa sejuk je..
Kulit muka pon rasa tegang..
Muka zyra jenis berminyak, so bila pakai gel ni muka pon kurang berminyak ^^
Bau gel ni pon wangi je...
Suka betul lah.

Banyak lagi manfaat moisture soothing gel ni..
Readers boleh Google,mesti terus tertarik nak cuba pakai. Hehehe..

Tuesday, 18 November 2014

Novel Rahsia Perindu


Assalamualaikum^^

siapa pernah baca novel Rahsia Perindu hasil karya Ramlee Awang Murshid??
memang superb lah novel ni!!!
RAM memang dah terkenal dengan hasil karya nya yang berunsur thriller!!!
serius memang suka baca novel genre macam nie.

Sinopsis
Amylia bersetuju membela seorang penjenayah yang kemungkinan besar akan menghadapi hukuman mati mandatori kerana membunuh. Setelah meneliti mental anak guamannya, Amylia mendapati sesuatu yang tidak munasabah berlaku. Dia memohon perintah mahkamah untuk mendapatkan khidmat doktor psikiatri bagi melakukan psikoanalisis.

Dr. Azlan mendapati anak guaman Amylia; Leopard mengalami gangguan mental. Pada masa yang sama, usahanya membela Leopard mendapat rintangan. Amylia yang diburu ketakutan mengalami perubahan emosi. Namun begitu, dia tidak mudah mengalah walaupun nyawanya sentiasa diburu maut oleh pembunuh yang sentiasa mengintai pergerakannya. 

Perjuangan tetap diteruskan juga. Oleh kerana tidak tertahan menanggung pelbagai dugaan, suatu hari Amylia jatuh pengsan. Dan apabila dia sedar semula, segala-galanya telah berubah. 

*bagi pendapat zyra,novel ni sangat menarik!!!
kalau readers tak fokus and suka skip chapter,then readers tak akan faham jalan cerita novel ni.
zyra respect gila dekat writers yang buat cerita yang berunsur kan thriller macam ni.
mereka sangat kreatif dan daya imaginasi mereka sangat tinggi!!

bila baca novel ni,sometimes zyra pula boleh jadi sakit mental sebab terlalu feeling sangat!
hahaha...
whatever is,sila la beli dan baca novel ni kalau ada readers yang tak pernah baca lagi.
memang tak rugi beli^^

Pewarna Rambut Alaisyah,Koper




ASSAMALUALAIKUM^^
sekian lama zyra nak buat review pewarna rambut Alaisyah,Koper ni.
tapi asyik terlupa je.
hehe...

actually dah lama zyra warnakan rambut menggunakan pewarna ni.
dan alhamdulillah..
akhirnya dapat jugak warna yang zyra nak selama ni.


bagi mereka yang beragama Islam tak perlu risau sebab pewarna rambut Alaisyah ni halal.
dah 2 kali zyra warna kan rambut dan masih tak dapat warna yang macam zyra nak .
so kali ke tiga ni ,menjadi juga!!

pada pendapat zyra,jenama Alaisyah nie not bad.
bau tak terlalu kuat,agak wangi.
yang penting rambut zyra tak terlalu kasar bila warnakan menggunakan pewarna tu.

rambut zyra tak terlalu terang macam dalam kotak tu
but still boleh nampak la ..

kalau ada readers yang nak cuba,di persila kan^^
hehe..