Followers

Monday, 17 November 2014

suamiku encik sotong


ASSALAMUALAIKUM^^

zyra baru je habis tengok drama Suami ku Encik Sotong di astro.
memang best kan drama lakonan Sharnaaz ni..
asyik nak tergelak je..
hahahaha...

drama ni diadaptasi daripada sebuah novel yang tajuk nya juga sama,Suami Ku Encik Sotong.

Sinopsis
ERICA SOFFEA melonjak kegembiraan. Mana tidaknya, dialah bakal peneraju Khaleeda Holding. Walaupun hubungannya dengan arwah nenda bu-kanlah baik sangat pun. Terasa macam hendak buat aksi akrobatik ketika namanya diumumkan. Naik senak kepala Erica bila dia terpaksa dijodohkan dengan sotong peliharaan nendanya, Farish. Dah lah tak macho, pakai baju warna pink. Kalau bercakap tangan bukan main lentik lagi macam orang nak main mak yong. Farish terpaksa menerima Erica kerana dua sebab. Pertama, sebab wasiat arwah Tengku Khaleeda. Kedua, kerana tidak tahan dengan perangai berlagak Erica. Lagipun bukan lama sangat dia perlu bergelar suami pada diva berlagak itu, tiga tahun sahaja. Dalam tempoh perkahwinan mereka jatuh cinta. Tapi... cinta itu bukan milik mereka berdua. Milik siapa ya?Peninglah, kalau dah dapat suami sotong. Bukan hanya lembut fizikaltapi lembut juga hatinya. Erica pula terpaksa terus bersama dengan Encik Sotongnya kerana cinta. Encik sotong bukan lelaki biasa, tetapi lelaki yang sanggup berkorban segala-galanya demi tidak mahu melihat Erica merana. Walaupun jiwa lelakinya menderita, tapi sampai bila?

“Amboi sedap aje mulut kau mengata kat aku. Aku pun tak ingin nak ambil perempuan macam kau ni jadi isteri aku tau. Mulut macam puaka.” - Farish

“Bukanlah Kak Ain, bukan Rica nak sembunyikan suami Rica. Tapi dia sibuk maklumlah nak jahit baju pertunangan Izhan dengan Qarina. Faham-faham ajelah golongan tengku-tengku ni bertunang pun kena buat yang grand. Baju tu kalau boleh bukan setakat labuci, lampu lip-lap tu pun kalau boleh suruh dipasang kat baju. Itu yang suami saya sakit kepala. Nak fikir macammana nak letak lampu lip-lap kat pergelangan tangan.” - Erica
sejujurnya lakonan Sharnaaz Ahmad memang hebat..
beri je la watak apa pon kat dia..
memang sempoi je dia berlakon.
zyra memang dari dulu suka tengok lakonan dia,even tak semua drama lakonan dia zyra tengok.
well sebab sibuk dengan kolej pe semua.

kita lupa kan la kisah silam Sharnaaz yang dulu agak kurang baik tu.
sebab bagi zyra semua orang ada buat silap.
and setiap orang ada baik,ada jahat dia yang tersendiri.
itu prinsip zyra.

*zyra tak pernah baca lagi novel ni
so kena la tengok drama je kan.
dah alang-alang Sharnaaz pulak yang berlakon hehe

Sunday, 16 November 2014

The Triplets ,The Return Of Superman


Aiigoooooooo....!!
kyeopta!!!
seronok nye kalau ada baby kembar macam ni..
bukan kembar 2 ok,kembar 3!!!
memang pening jugak la nak jaga kan..
hehe..

petang tadi syok je tgk Return Of Superman.
ralit tgk dorang..
^^

triplets ni memang famous dalam reality show,The Return Of Superman.
Manse,Minguk dan Daehan.

sejujurnya zyra ada masalah nak kenal kembar!!
zyra ada classmate kembar since sekolah rendah sampai lah sekolah menengah,
tapi still tak cam muka dorang!!
nama je ingat,tapi tuan badan tak cam sangat muka!
hahaha..
daya ingatan zyra memang agak lemah.
betul tak tipu.
:'D

zyra paling suka Manse.
sebab dia paling comel.
tapi actually 3-3 comel kan,dah nama pon kembar.hehehe
Manse ni aktif sikit..tu pasal zyra suka dia..
nakal pon dia jugak la!!

alololo....
comel nye!!!!
geram betul lah tengok triplets nie..
kalau lah ada rezeki dapat baby kembar..
pffttt!!
hahaha...

xoxo^^

jackson got7 in Roomate2


hii readers!!!
tetiba pula rasa nak bercerita pasal jackson daripada group got7 ni,
hehehe..
penangan roomate 2 la kata ko...

zyra takde la selalu sangat tengok roomate 1 & 2 sebab takde idol yang zyra suka.
hahaha...
tapi sekali sekala tu layan jugak la kan.
seronok tgk Lee Dongwook :D
musim yang pertama tu pula sebab ada Chanyeol daripada group Exo,harus la nak tgk kan.
even chanyeol is not my bias okeyhh!!!!...haha

ok patah balik cerita pasal Jackson ye anak-anak..haha...
bila tengok lama-lama si Jackson nie,comel la pulak!!
bukan just sebab muka dia,tapi sebab memang perangai dia tu buat dia nampak comel sangat!

sejujur-jujurnya zyra tak minat sangat Got7 so tak berapa kenal semua members.
just kenal JB,JR dan Bambam..hahaha

alaaa comel nye dongwook oppa and Jackson^^
hahaha...

episode yang Jackson jumpa Gayeon (ehh betul ke nama dia?haha),
memang lawak habis lah!!
asyik tergelak je bila part Jackson kena tendangan rendah tu,,
actually memang sakit kot..
dengar bunyi pon dah serammmmmm!!!

tak sabar nak tgk next episode ..
macam lagi happening je ada yona dengan danny,
:D

Friday, 14 November 2014

SASSY Treatment Shine Serum


yuhuuuuu.......
hair serum zyra dah nyawa-nyawa ikan je nie..
so zyra ada beli yang baru...
tapi......,
jenama yang zyra selalu pakai dah habis stok pulak!!!!
so terpaksa beli jenama yang lain..


ni firts time zyra cuba jenama ni.
so far tak pernah beli or dengar jenama ni..
adakah zyra je yang ketinggalan zaman tak tahu pasal jenama Sassy ni?
hahahaha...

first trial menggunakan hair serum ni hurrrmmmmmmmm,
harga dia agak murah,cuma Rm14.90 
tapi dari segi bau dia,zyra tak berapa suka sebab actually tak wangi!!
i mean,bau dia tak kuat,so,rambut zyra tak wangi bila apply serum ni.

bila zyra pakai hair serum jenama Ginvera tu,ada bau green tea so agak wangi bila dipakai.
perbezaan botol pula,hair serum Ginvera diperbuat daripada kaca dan Sassy hair serum cuma mengguna kan botol plastik.
*at least kurang risiko untuk pecah la kan hehe.

tapi pada pendapat zyra,zyra lebih suka Ginvera daripada Sassy..
tapi readers boleh je try pakai jenama Sassy ni..
actually not bad jugak.
^^

musik-musik 29 semi final


ASSALAMUALAIKUM^^

zyra baru je habis tengok musik-musik 29 semi final di tv3 tu haaa...
mesti readers pon pakat ramai-ramai tgk jugak kan??
hehehe...

zyra takde la excited sangat nak tgk,tapi dah tebukak tu alang-alang tgk je la kannnn.....

tak nak cite panjang..
just nak cakap,zyra bukan fans shila amzah..
tapi zyra dapat rasa kan lagu ,Masih Aku Cinta boleh lepas masuk final.

sebab lirik,melodi semua memang tiptop...
kira taste zyra la even zyra jarang dengar lagu melayu..

harap lagu ni dapat masuk final..
confirm syahdu punya kalau guna okestra!!
perghh!!!

Lirik Lagu Masih Aku Cinta - Shila Amzah

Biarpun kau tak lagi ada dengan ku
Takkan ku bisa melupakan mu
Caramu memanggil nama ku
Terasa seolah kau masih ada

Jauh di dalam sanubari ku
Tak ku relakan pemergianmu
Namun ku,’kan selalu doakan mu
Agar kau takkan terus terluka

Kau kan temui bahagia
Walaupun aku tidak bersama
Jangan kau gusar
Aku akan selalu ada
Dari jauh engkau masih ku cinta
Dari jauh aku masih mencinta

Takkan pernah ada penggantimu
Yang mem pertahankan ku sepertimu
Satu dunia,menentang cinta kita
Akhirnya kita terpisah jua

Yang mengenal mu cuma aku
Tidak ku menyesal mencintaimu
Yang ku harapkan
Kau juga mendoakan ku

Thursday, 13 November 2014

PEPERO DAY!


ASSALAMUAILKUM

mesti ramai yang dah tahu kan,11 November yang lepas adalah Pepero Day yang sering disambut oleh masyarakat Korea Selatan pada setiap tahun.

apa tu pepero??
pepero tu sejenis biskut berbentuk stick dan disalut coklat.
pepero juga adalah hasil keluaran Lotte Confectionery ,yang berasal dari Korea Selatan sejak tahun 1983.
disebabkan itu lah,Pepero Day selalunya disambut oleh masyarakat di sana.

Pepero Day ni lebih kurang macam Valentine's Day la..
mereka akan saling bertukar Pepero antara kawan atau orang-orang tersayang dengan harapan akan semakin ' taller and thinner' dan juga perasaan sayang^^

so far,zyra pernah makan yang ada almond..
memang sedap!!

actually ,kita nak buat sendiri Pepero ni pon boleh.
senang je.hehe..
paling best,boleh deco sendri apa yang kita nak.



pepero dan artis kpop memang tak boleh dipisahkan!
hahahah....
Hongbin & Leo (Vixx)

L & Sungyeol (Infinite)

D.O & Kai (exo)
*comel nye D.O makan..!!!!!

Seungho & Cheundong (MBLAQ)
*yang nie epic gila!!hahahahha........!!!jahat Mir tolak dorang


Friday, 7 November 2014

pisang goreng cheese


ASSALAMUALAIKUM^^

siapa pernah makan pisang goreng cheese ni??
angkat tangan cepat!!!!
hehehehe....

sekarang nie zyra memang suka sangat la makan pisang goreng ni.
sedap sangat sampai menjilat jari!!
*perghhh!!!!!ayat kau jah...hehehe...

zyra nie memang peminat cheese.
so kalau apa je makanan yang ada cheese memang zyra laju je telan!
*sebab tu la kot jerawat zyra banyak semacam je..hurmmm
*betul ke makan cheese banyak boleh buat muka kita ada jerawat?hahaha

arghh!!!
lantak la..
janji dapat makan hehehe...

kalau ada readers yang rumah dakat setapak/danau kota,KL,
boleh la try beli pisang goreng cheese ni .
ada 2 stall yang jual area tepi jalan apartment setapak indah tu.

^^