Followers

Thursday, 28 September 2017

CABIN STEAK HOUSE KUALA LUMPUR


Yuhuuuuuu people !!!
Ok ada sesiapa yang terliur tak tengok gambar burger Zyra ni??
Baik ngaku cepat!!
HAHAHAHAHHA...

Ok lah, tak nak cerita banyak. nak straight to the point je.
Baru baru ni Zyra ada try makan dekat Cabin Steak House area Jalan Kuching, KL.
Dulu kedai ni dikenali sebagai Restoran Selera Sri Delima.
Sesiapa suka makan burger macam Zyra ni, boleh sekali sekala datang makan sini.
Harga dia murah, sangat berbaloi dengan size yang korang pilih.

Gambar paling atas tu,Zyra order Chillax n Tasty Burger (double)
Korang boleh pilih standard, double atau triple.
Waiter tu kata sepatutnye roti burger tu warna hitam, tapi dah habis so dorang 
pakai yang warna standard.. 
hurmmmm baru nak tengok burger color color gitu hahahha!!!!!
harga dia dah lupa, yang pasti range RM13-14.++ macam tu je.
tak cecah RM15 seingat Zyra.

ok yang ni seingat Zyra nama dia King Cheesy Burger.
kakak pilih yang triple sebab boleh share dengan family yang lain.
Disebabkan zyra ni kuat pelupa so tak ingat harga.
Maybe dalam range RM17-RM20 gitu.
sebab nye triple kan.

Bagi Zyra, burger kat sini just nice la.
Nak kata sedap gila tak juga, nak kata tak sedap, ok je Zyra makan!
Korang kena cuba sendiri la baru tahu.
Daging tu pun memang dorang buat sendiri,so bila makan memang ada juice daging tu.
Yang tu memang best ! Hahahah

Banyak banyak air, Zyra punya air paling special.
Family yang lain order biasa biasa je.
Ni nama nye ice-blended snickers 
Alaaaaa coklat snickers tu.
Dorang buat ice-blended and rasa dia memang sedap weii..
Serious tak tipu.
First time minum hahaha rasa macam wow gila.
Harga segelas besar ni, RM10

Overall, rasa burger kat sini just nice untuk sekali sekala korang teringin nak 
makan burger, size yang besar tapi harga yang sangat berbaloi.
Tak terlalu mahal.

Cuma yang buat Zyra terkilan,
niat makan kat sini sebenarnye nak tengok burger yang color color tu,
hahaha tapi burger yang Zyra pilih tu, warna hitam ditukar bun yang biasa.
Then, ice blended snickers ni kalau di google haritu,
rupa dia lagi meriah dari apa zyra dapat.
Ada coklat, ada waffer roll.
Hmmm selamat rasa dia memang sedap!
Then ok la kan...

Ini alamat kalau korang nak try datang makan sini.

CABIN STEAK HOUSE,
Lot 426,  No. 01-A Jalan Jambu, Kepong,
52000 Kuala Lumpur.
(belakang Crystal Crown Hotel)  

Contact : 019 – 3202039 (WhatsApp)
Facebook:  Cabin SteakHouse KL
Intagram:   @cabinsteakhouse



4 comments:

Shafyqah Azry said...

lahai tengok gambar dah terliur dah T.T follow sini :) http://shafyqahazahar.blogspot.com/2017/09/print-gambar-sebagai-kenangan.html

Blogger said...

Do you need free Twitter Followers?
Did you know that you can get these AUTOMATICALLY & ABSOLUTELY FREE by registering on Like 4 Like?

Mar Mansor said...

tingginya burger tu..camne nak gigit tu..
JanjiKita

Mawardi Yunus said...

wah meriah betul burger dia, nampak sangat menyelerakan. nak kena pergi cari ni.