Followers

Thursday, 28 September 2017

CABIN STEAK HOUSE KUALA LUMPUR


Yuhuuuuuu people !!!
Ok ada sesiapa yang terliur tak tengok gambar burger Zyra ni??
Baik ngaku cepat!!
HAHAHAHAHHA...

Ok lah, tak nak cerita banyak. nak straight to the point je.
Baru baru ni Zyra ada try makan dekat Cabin Steak House area Jalan Kuching, KL.
Dulu kedai ni dikenali sebagai Restoran Selera Sri Delima.
Sesiapa suka makan burger macam Zyra ni, boleh sekali sekala datang makan sini.
Harga dia murah, sangat berbaloi dengan size yang korang pilih.

Gambar paling atas tu,Zyra order Chillax n Tasty Burger (double)
Korang boleh pilih standard, double atau triple.
Waiter tu kata sepatutnye roti burger tu warna hitam, tapi dah habis so dorang 
pakai yang warna standard.. 
hurmmmm baru nak tengok burger color color gitu hahahha!!!!!
harga dia dah lupa, yang pasti range RM13-14.++ macam tu je.
tak cecah RM15 seingat Zyra.

ok yang ni seingat Zyra nama dia King Cheesy Burger.
kakak pilih yang triple sebab boleh share dengan family yang lain.
Disebabkan zyra ni kuat pelupa so tak ingat harga.
Maybe dalam range RM17-RM20 gitu.
sebab nye triple kan.

Bagi Zyra, burger kat sini just nice la.
Nak kata sedap gila tak juga, nak kata tak sedap, ok je Zyra makan!
Korang kena cuba sendiri la baru tahu.
Daging tu pun memang dorang buat sendiri,so bila makan memang ada juice daging tu.
Yang tu memang best ! Hahahah

Banyak banyak air, Zyra punya air paling special.
Family yang lain order biasa biasa je.
Ni nama nye ice-blended snickers 
Alaaaaa coklat snickers tu.
Dorang buat ice-blended and rasa dia memang sedap weii..
Serious tak tipu.
First time minum hahaha rasa macam wow gila.
Harga segelas besar ni, RM10

Overall, rasa burger kat sini just nice untuk sekali sekala korang teringin nak 
makan burger, size yang besar tapi harga yang sangat berbaloi.
Tak terlalu mahal.

Cuma yang buat Zyra terkilan,
niat makan kat sini sebenarnye nak tengok burger yang color color tu,
hahaha tapi burger yang Zyra pilih tu, warna hitam ditukar bun yang biasa.
Then, ice blended snickers ni kalau di google haritu,
rupa dia lagi meriah dari apa zyra dapat.
Ada coklat, ada waffer roll.
Hmmm selamat rasa dia memang sedap!
Then ok la kan...

Ini alamat kalau korang nak try datang makan sini.

CABIN STEAK HOUSE,
Lot 426,  No. 01-A Jalan Jambu, Kepong,
52000 Kuala Lumpur.
(belakang Crystal Crown Hotel)  

Contact : 019 – 3202039 (WhatsApp)
Facebook:  Cabin SteakHouse KL
Intagram:   @cabinsteakhouse



Tuesday, 26 September 2017

IN2IT WATERPROOF TRIPLE BLUSH


Heyyy yaaa...

Entry kali ni, Zyra nak share blusher yang selalu Zyra guna.
Jenama IN2IT ni memang selalu kita jumpa dekat Watson la kan.
Ok tempat favorite semua orang perempuan pergi !!
HAHAHAH...
Brand ni yang best nye sebab kebanyakan harga produk dia 
agak berpatutan lah, pelajar pun still mampu beli.



Apa yang buat Zyra suka kan blusher ni adalah,
dia lengkap dengan brush dan juga cermin cenonet tu.
Well, takde la besar mana cermin tu, at least ok la untuk kita telek sambil apply kat muka.
So senang cerita, blusher ni memang sesuai kalau nak bawak travel and selit dalam handbag.
tak payah susah susah nak angkut brush dengan cermin banyak banyak!


Dah nama pun triple, so cerita dia , blusher ni ada 3 tones warna dalam 1 palate.
kalau dilihat betul betul, blusher ni ada shimmer sikit.
Sesiapa yang tak suka kilat kilat tu, jangan beli. hehehe
Tapi shimmer dia tak terlalu pekat pun so tak nampak sangat kilat tu.
So dont worry!

Seingat Zyra blusher ni ada 3 codes yang boleh dipilih.
Zyra pilih warna coklat coklat gitu..
Nak pakai pink pink , rasa segan!
HEHEHEHE.

By the way, harga blusher ni RM23.90 dan boleh dibeli di Watson.
sesiapa nak suggest blusher mana yang murah dan ok tak?

 ^^

Monday, 25 September 2017

ELIANTO STAY COMFORT LIQUID FOUNDATION


ASSALAMUALAIKUM.

Hari nie dah masuk hari Isnin, so ada yang Monday Blues tak?
kalau tanya zyra, jawapan nye YES!
hahaah..
rasa macam lemauuuu gilaa nak masuk kerja.
Boringggggg...

Ok, so nak chill chill kan hati,
Zyra nak share mengenai foundation yang baru zyra cuba.
Hari Sabtu yang lepas, zyra ada pergi ke Melawati Mall yang baru je buka 
dalam sebulan lebih ni.

Kebetulan Elianto baru saja dibuka disana, so harus lah pergi jenguk!
Hehehe..
Asalnya cuma kawan yang nak beli blusher, tapi dengan kita sekali terjebak!
ok, tu la maksud kawan yang sebenarnya!
HAHAHAHA..!!!!


Ok panjang pula mukadimah nye dik non.
so, zyra straight to the point je la ye hehehehe..
sejujurnya, zyra tak pernah cuba Elianto punya foundation.
so this is my first time.
Sangat terkejut sebab harga per bottle cuma RM15.90 !!!!!!!!!!!!
serious laa????!!!!!
Terus tanya dekat sellers girl dorang tu then dia kata yes, harga foundation ni RM15.90

Foundation ni cuma ada 2 shades/tones sahaja.
Medium Beige
Natural Beige
zyra pilih Medium , sesuai la kot untuk kulit orang malay.
chinesse boleh beli yang Natural ok.

apa yang zyra boleh cakap, foundation ni NOT BAD.
sorry sebab lupa nak snap gambar liquid dia
warna medium ni memang warna standard yang korang selalu tengok BB Cream gitu lah.
texture dia sangat nipis dan ringan.
bila apply dekat muka, dia terus serap !!!
tak melekit pun.
then bau dia agak wangi.
takde la wangi semerbak, tapi ada lah bau dia tak macam standard foundation mahal tu.
hehehe..

kalau nak pakai untuk daily use, pergi office, then nak sembahyang pula,
tak kan tiap tiap hari nak pakai foundation mahal kan??
so, foundation ni sangat lah berbaloi dibeli.
harga murah, kualiti pun just nice.

so, tak menyesal beli ^^

Wednesday, 13 September 2017

KONSERT SEVENTEEN DIAMOND EDGE IN KUALA LUMPUR


(SUMBER DARI GOOGLE. TQ TO OWNER)

ASSALAMUALAIKUM SEMUA..
Harini rasa rajin pula nak menaip dan share pengalaman sewaktu
menonton konsert group kpop, SEVENTEEN pada 9 september yang lepas
di Stadium Negara. 


Ini konsert yang pertama zyra pergi, time tu hujan!!!
selama ni pergi konsert, hujan juga. tapi tak kena hujan, 
i mean tak basah sebab time tu dalam train,
sampai je stadium, hujan dah berhenti! hahahaha...

Tapi kali ni , konsert seventeen agak berembun juga la ye kita.
last last beli juga la baju hujan. melayang RM5 hakak!!
Kasut pun warna pink pink gitewww..
semangat Seventeen lah kata nya.


suka sangat lightstick ni.. 
falling in love gila......


ok tadi tu just opening je and sekarang baru boleh cerita panjang lebar
tentang apa yang best dan tak best sepanjang konsert SEVENTEEN 
ni berlangsung.

Zyra dan kawan beli tiket CAT1 LL4 .
maksudnya tingkat bawah sebelah kiri stage.
mula nya bersyukur gila sebab dapat ROW 2!!
rasa macam ok, !! boleh nampak dorang dekat gila la nieh!!!!!

Tapi bila dah duduk, then kaji balik seat kitaorang,
hmmm rasa kurang best sebab nye stage agak jauh juga.
Then depan kitaorang asyik kena block je.
abang abang cina / kakak kakak/ makcik pakcik RELA 
yang jaga dekat pintu masuk ROCKZONE tu selalu 
halang pandangan kitaorang yang duduk ROW 1 dan ROW 2!!!
dan malang nye zyra salah pilih seat sebab , seat kitaorang terlalu tepi sangat.


Semua orang dah tahu, basic rules pergi mana mana konsert pun,
NO RECORDING!!!
tapi ni la 1st konsert yang zyra rasa bapak straight gila staff dia!!!!!
tak boleh bawak berbincang!!!!!!!!
Kitaorang cuma dapat rakam SEVENTEEN perform dalam 2-3 lagu saja,
Lepas tu, rasa macam kena rush dengan pencengah maksiat!!!
HAAHAHA.
staff dorang dok laser laser lampu merah dekat sesiapa yang dok rakam guna handphone.
and of course, zyra salah seoarang mangsa nya hehehe..

Fansite-nim juga ramai yang terkantoi kamera dan dibawa keluar dari kawasan
Rockzone ok!!!!... tragis gila time tu.
dalam 6-7 fansite-nim yang kantoi bawak kamera DSLR.


COMEL NYE LAA BONG BONG NI
tapi ada tragedi sikit berlaku dekat Bong Bong tu hehehehe...


so sepanjang konsert ni berlangsung, zyra tak banyak rakam video 
sebab banyak kali kena usha dengan abang abang crew pfttt!!!!

whatever is, jujur cakap persembahan SEVENTEEN memang superb!!
dorang punya fans service, vocal dorang, tarian dorang!!!!!
yang paling suka of course la HIP-HOP UNIT!!!
hehehehhe...
melting gila dengar S.COUPS, VERNON, MINGYU dengan WONWOO rapping!!


so ni antara video (fancam) yang sempat la zyra rakam
sebelum kena rush dengan abang abang crew sekalian alam!!


time ni sebelum tepat pukul 7.30 pm ,
sebelum seventeen keluar perform, dorang tetiba tayang MV lagu DONT WANNA CRY.
hampir sejam lebih kitaorang duduk dalam stadium tu,
dorang asyik tayang MV MANSAE, PRETTY U, BOOM BOOM, HEALING 
dan debut song, ADORE U.
so bila tetiba keluar MV Dont Wanna Cry, kitaorang semua bersorak kuat gila
and of course karok beramai ramai .
HAHAHAHA...

Disebab kan zyra suka semua members,
tiap kali dorang lambai ke arah kitaorang,
zyra dah macam orang gila terjerit jerit, lagi lagi time panggil
Hoshi dengan SCOUPS!!
hahaha.....

overall, konsert ni memang best !!
seventeen semua sporting and hyper!
selalu sebut AKU CINTA KAMU
dan asyik lambai tangan dekat semua section!!
paling bertuah of course ROCKZONE.


hope tahun depan dorang datang malaysia lagi.
janji dorang, dorang pasti akan datang lagi ke MALAYSIA.
im waiting for you babies...!!!
panjang umur kita jumpa lagi.

Carats love you, SEVENTEEN...!!!