Followers

Sunday, 8 January 2017

PEMBERSIH MUKA SAFI BALQIS OXYWHITE

ASSALAMUALAIKUM ^^

Sejak sejak ni Zyra rasa produk Safi Balqis selalu sangat berubah packaging.
Tah berapa kali lah dorang nak tukar and setiap kali tukar packaging,
mesti formula yang digunakan pon diupgrade juga.
Huuuhuuu...

This time, Zyra dah cuba pencuci muka Oxywhite ni.
so far so good.
Nak kata banyak sangat naik jerawat, tak juga..

Rasa nya pencuci ni lagi best dari yang sebelum ni.
Rasa muka lagi ringan bila dah cuci dengan Oxywhite.


Safi menggunakan Nano Oxygen dan Nano Biowhite.
that's why dia lagi best dari sebelum ni rasanya.
Sesiapa pengguna Safi sebelum ni , boleh rasa perbezaan dia.
So rasa nya Zyra tak menyesal cuba pencuci muka yang ni.

^^


Tuesday, 3 January 2017

EXO Dino Chen Doll


ASSALAMUALAIKUM... 
Happy Tuesday and happy working. 
Hahaha... 
Ok readers, Zyra taknak cerita fasal kerja.. 
Nanti rosak mood pula 
Pfttt... 

Ok harini Zyra nak share fasal Exo doll yang paling Zyra sayang. 

So ni la Dino Chen. 
Dalam group Exo, zyra suka sangat suara Chen. 
So, kebetulan kat Instagram ada K-pop shop yang jual
Exo dolls,  dengan excited nye zyra beli. 

Harga doll ni rm35 include postage tak silap. 
Dah lupa pula sebab dah lama beli... 
Yang kelakar nye,  seller ni orang Malaysia, 
Tapi dia posting direct dari kilang dekat Guangzhou, China. 
So bila sampai kat rumah, terkejut tengok alamat lain macam. 
Hahahahaha... 
Maklum lah, first time beli then packaging dia alamat dari China. 

Zyra ni memang suka teddy bear.. 
So bila ada Dino Chen ni, selalu usung dia kalau balik kampung kat pahang. 
Lagipun saiz dia memang kecil je.. Tak besar mana pun. 
Ada macam macam doll members EXO.,
Naik rambang Mata! Dah la semua comel comel hahahaha... 

Time ni sebelum nak gerak balik Pahang.
Tersengih je budak Chen ni..  Hahahaha.... 

Ni time Krismas..
Pergi Mall area rumah zyra, then ternampak snowman ni..
comel pula benda tu..
so beli, kasi buat kawan dengan Dino Chen.

hahaha.
macam budak budak kan zyra ni..
ok la, next time zyra cerita lagi journey Chen ni..
Byeeee