Followers

Monday, 18 December 2017

CAFFE BEAN COOKIES AND CREAM BINGSU


ASSALAMUALAIKUM...

Sejak kebelakangan ni zyra asyik post pasal Bingsu je kan??
Hehehehe...
Bukan apa, sejak dah banyak cafe yang menjual dessert Korea ni,
so pilihan pun makin banyak dan boleh la pergi ikut bajet kita.
so takde la terseksa sangat nak makan, tapi harga aduhh mahal nye.

Pilihan kali ini, zyra pilih perisa Cookies and Cream.
alaa senang cerita rasa biskut Oreo tu...
Topping atas dia tu pun di letaknya biskut Oreo sekeping .

Untuk pengetahuan kau orang,
time ni zyra makan di Caffe Bean cawangan Sunway Pyramid.
Size yang zyra order ni yang SMALL punya ok!!
Tapi kuantiti dia still besar cukup untuk makan 2 orang.
Harga untuk small ni, RM16.++
lupa sen dia berapa. 
hehehe...

So, kesimpulan nya, still tak menyesal kalau order size SMALL pun sebab still puas makan.
kuantiti dia besar dan banyak.
harga pun kira murah .
zyra lagi sanggup beli ni dari beli STARBUCKS 1 cup tu pun punya la mahal rasanya !
hahahah...

Friday, 15 December 2017

SOPOONG STRAWBERRY BINGSU


ASSALAMUALAIKUM ^^

Kali ini zyra nak share pula mengalaman makan Bingsu di Sopoong Melawati Mall.
Ini kali pertama zyra makan Bingsu di Sopoong so agak puas hati juga lah!!
first sekali, zyra nak bagitahu kau orang, yang ais dia sangat halus!!!
patut lah dia orang dok sebut 'White Snow' segala.
ini lah sebab nya!!!!

ais yang dikisar tu sangat halus dan kalau kita dok makan sambil borak-borak
atau dok bergossip, memang boleh tersembur kalau dah over sangat bercakap tu!
hahahaha..
zyra tak tipu ok.. 

dah nama pun Strawberry Bingsu, so harus lah ada banyak strawberry.
dan diatas tu, diletak kan pula beberapa ketul Mari Tteok( kalau tak silap la nama dia)
Rasa dia macam mochi tu..
liat liat dan inti dalam tu ada kacang merah.

harga untuk semangkuk Bingsu ni RM25.90
harga berlainan untuk setiap perisa.
perisa strawberry ni kira yang antara mahal juga lah..

ini antara perisa yang boleh dicuba di Sopoong.
whatever is, tak menyesal makan Bingsu ni.
boleh share makan/bayar ramai ramai (at leat 2-3 orang)




Wednesday, 13 December 2017

KUMA'S RAINBOW CHEESE TOAST


ASSALAMUALAIKUM....

Pada Sabtu yang lepas , zyra pergi ke Ipoh, Perak untuk menghadiri perkahwinan kawan.
so, lepas kita kenyang makan nasi kenduri,
kita jalan jalan pula dekat bandar.
Disebabkan kita bukan orang Ipoh kan,
so kita ikut je la kemana pun kawan kawan zyra bawa.
Diaorang memang orang sana, so dah memang tahu la selok belok jalan di Ipoh tu.

tempat pertama yang zyra pergi ialah Concubine Lane.
tak reti nak explain dekat kau orang macam mana tempat tu.
sila la google ye.
yang pasti lorong lorong sana dipenuhi gerai gerai street food makanan cina.
ada juga aksesori so kalau nak membeli tak ada masalah.

sambil berjalan tu mata melilau je tengok apa yang ada dijual disana.
Sempat la juga merasa ais kepal .
tapi sayang zyra tak snap gambarnye.
size dia sederhana besar dan berharga rm5.

sebelah gerai ais kepal tu, ada small shop yang menjual rainbow cheese toast ni.
nama shop tu, Kuma's Cheese Toast
disebabkan cheese dia rainbow comel macam tu,
gigihkan juga beli walaupun agak mahal bagi zyra, RM13.90
kalau normal cheese harga dia RM7.90 kalau tak silap.

bagi zyra, setakat nak merasa boleh la..
tak ada yang special sangat pun rasa dia, cuma rupa je cantik.
rasa dia sama macam roti yang diletak kan cheese dengan kuantiti sederhana penuh.
then roti tu ada sedikit kaya pandan gitu.
tapi tak banyak.

cheese tu dah nampak kurang cantik and keras.
sebab nye zyra tak makan time panas-panas.
maybe kalau time panas-panas , cheese tu cantik macam kita tarik pizza tu 
hehehe...

Tuesday, 12 December 2017

PENGABDI SETAN


Filem seram terbaru dari Indonesia yang tengah 'hit' sekarang, Pengabdi Setan.
Meraih kutipan berjuta juta !!!!
Mungkin boleh dikata kan , filem horror ni yang terbaik bagi tahun 2017 di Indonesia.

Alright people,
siapa yang dah tengok movie ni??
Sila angkat kaki !!! hahahah ok gurau..
Zyra dah tengok movie ni and mahu diberi berapa bintang yaaa???
hehehe..
8/10 zyra bagi untuk movie ni..
(ending dia buat kan zyra tak bagi 10/10)
ramai yang cakap movie ni bapak seram and best..
actually mereka ngak tipu kok..
emang benar movie ini angker banget!!!
*hahhaha tetiba cakap indon terus. ok ni penangan Mas Ariel (Noah) gue ni!!!
kalau korang tak faham apa yang zyra mengarut ni,

Untuk permulaan nye, kita layan kan dulu trailer movie Pengabdi Setan ni.


Apa yang menarik mengenai movie ni,
pihak produksi berkerjasama dengan produksi terkenal dari Korea Selatan,
CJ ENTERTAINMENT.
Pada mula nye zyra sangat terkejut bila terbaca nama CJ ENTERTAINMENT!!
sebagai kpoppers (cewahhh!!!! poyoorrr!!!)
and sesiapa yang suka tengok movie korea, mesti dah familiar dengan produksi tu.
Then bila tengok movie indon, naik pula  CJ E&M..
we like, 'kok bisa sih???' hahahaha....

Pengabdi Setan 2017 mengisahkan sebuah keluarga yang baru kematian si ibu.
Tinggal lah si ayah dan 4 orang anak dan ditemani nenek dorang di rumah tu.

kisah angker bermula bila si ibu meninggal.
Dan sejak daripada itu, penampakan ibu selalu berlegar di rumah.
At first zyra pikir, mesti kes SAKA nieh ! hahaha..
but nope!!!!!
oh ye, sewaktu hidup, si ibu ialah seorang penyanyi terkenal sewaktu tahun 1980 (konon-kononnye gitewwww)
story line dia sangat menarik.
so zyra tak nak bagi spoiler.
korang kena tengok sendiri tak kisah la kat wayang ke atau tunggu je kat 
ASTRO FIRST !!
zyra pun nak  tengok lagi sekali kalau kat Astro ada keluar.


persoalan di kepala zyra..
kalau betul ibu korang rupa seperti Ibu Mawarni, 
ramai tak anak anak sanggup menjaga dia sewaktu sakit???

antara sceen yang semua orang automatik nak mencarut hahah
bukan terkejut dah.. tapi rasa nak lempang je ibu Mawarni.

Ian
anak bongsu .
zyra paling suka watak dia sebab comel sangat.
tapi senyuman dia tu, omg sangat power.
nak tahu kenapa, sila la tengok ok!
time tu hilang dah korang punya senyum tu hahahah

sebagai orang Malaysia, rasa bangga juga la tengok ada pelakon kita dapat 
berlakon dalam movie Indonesia.
bukan senang kita nak tengok artis Malaysia masuk market sana kan.
Lakonan Bront Palarae sebagai Ayah agak simple tapi nampak cool.
Even rasa lucu la bila dengar dia bercakap bahasa indonesia.

Rumah diguna untuk movie Pengabdi Setan ni memang dah angker .
so sangat sesuai dijadi kan background movie momok dan sebagai nya.
hahaha...
dengar cerita rumah ni memang ada pantang larang dia kalau nak masuk.
ok semua dah boleh check youtube ye lepas ni!!!

overall, Pengabdi Setan sangat best dan seram.
bukan macam movie hantu indonesia yang selalu kita tengok penuh
adengan sex sumbang mahram semua hahahha..
just story line dia mungkin ada yang pening sikit so kena memikir.
salah satu faktor maybe sebab ada produksi Korea kan,
so kita ni memang kena memikir secara bijak la macam dorang.
dan yang pasti hantu movie ni memang kelas A solekan dia.
Special effect dia memang meletup..
zyra suka gila tengok solekan ibu Mawarni tu..

apa yang zyra berani cakap,
korang tak akan rasa menyesal bayar tiket untuk tengok movie Pengabdi Setan ni.
elemen seram dan terkejut then ditambah lagi sound effect dia,
persekitaran rumah yang digunakan, memang wow lah!!!

sebagai penutup, mari lah kita menghayati nyayian si ibu Mawarni,
Kelam Malam.



Friday, 8 December 2017

CAFFE BENE STRAWBERRY BINGSU



ASSALAMUALAIKUM

Sesiapa yang suka tengok drama Korea,
mesti kau orang selalu disogok dengan scene scene makan, betul tak?
Lagi sakit hati bila kita tengok,  terus terliur tengok dia orang makan !!
Aduhhh stress terus jadi nya...

Di Korea sangat terkenal dengan cafe-cafe yang unik dan hipster gitew.
And dessert dia orang memang mengancam la ..
Geram je rasa..
Then bila dah makin banyak restoran makanan Korea dekat KL ni,
so why not kita cuba sendiri kan dessert dessert yang selalu kita nampak dalam TV tu.

Caffe Bene (Sunway Pyramid) salah satu cafe yang zyra pernah cuba dessert nye.
Di Korea , di panggil Bingsu 
( shaved ice/ais kepal atau ais batu campur la bak kata orang Melayu)

Perisa yang zyra pilih adalah, strawberry.
Ini size large, memang besar lah cerita dia.
tapi berkongsi dengan kawan, so alhamdulillah boleh habiskan.

Harga untuk size large ni, bagi zyra boleh tahan lah mahal.
RM27.35 
(seingat zyra lah)

Kalau yang size kecil cuma RM16.90
but still, size bowl dia besar and boleh makan untuk 2 orang okeyh!!


Bingsu Strawberry ni rasa dia masam masam manis.
Ada aiskrim strawberry sikit dalam tu.
Then ada kacang merah.
Texture ice dia tu, memang kasar sikit lah.
Terserlah shaved ice dia !!
hahaha..
kalau Bingsu di restoran Sopoong, lebih halus.

siapa yang teringin nak makan dessert korea, sila la cuba.

Ini senarai lokasi cafe dia orang yang ada di MALAYSIA ni..

1. Sunway Pyramid Shopping Mall

Lot OB5, G-2 Oasis Boulevard, Ground Floor, Sunway Pyramid Shopping Mall, No 3, Jalan PJS 11/15 Bandar Sunway 46150 Petaling Jaya.

Business Hours: 10.00am - 10.30pm

2. Solaris Mont Kiara

K-G-04, Solaris Mon't Kiara, No.2, Jalan Solaris , 50480 Kuala Lumpur.

Business Hours: 11.00am - 12 Midnight

3. Gurney Paragon Mall (Penang)

Lot 163D-1-06, Persiaran Gurney, 10250 Pulau Pinang.

Business Hours: 10.00am - 10.30pm

4. Gamuda Walk
(Kota Kemuning)

G-18, Gamuda Walk, No.12, Persiaran Anggerik Vanilla, Kota Kemuning Seksyen 31, 40460 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Business Hours: 10.00am - 10.30pm

5. Terminal Pahlawan
(Malacca)

Lot G69-G70, Ground Floor, Hatten Square, Jalan Merdeka Bandar Hilir, 75000 Melaka.

Business Hours: 10.00am - 10.30pm

6. iOi Mall Puchong

Lot EG002A, IOI Mall Batu 9, Jalan Puchong, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan.

Business Hours: 10.00am – 10.30pm

7. Imago Shopping Mall (Sabah)

Lot G-32A, Imago Shopping Mall, KK Times Square, Off Coastal Highway, 88100 Kota Kinabalu Sabah.

Business Hours: 10.00am - 10.30pm

8. Da:men (USJ)

Lot LG43A, No.1, Persiaran Kewajipan, USJ 1, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Business Hours: 10.00am – 10.30pm

9. Vivacity Megamall (Kuching)

Lot G75, Vivacity Megamall Jalan Wan Alwi, Tabuan Jaya Baru 2, 93350 Kuching Sarawak Malaysia.

Business hour : 10am to 10pm

10. City Square, Johor Bahru

Lot J3-13, Level 3 Johor Bahru City Square Shopping Mall 106 - 108 Jalan Wong Ah Fook, 80000 Johor Bahru

Business hour : 10am to 10pm

11. Sunway Velocity Mall

Lot 1-03, First Floor, Sunway Velocity Shopping Mall 80, Jalan Cheras, Maluri, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Business hour : 10am to 10pm

12. Lot 10 Shopping Center

F30, First Floor, 50, Jalan Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Business hour : 10am to 10pm

13. 1 Utama

Lot G129a, Ground Floor, (old Wing) Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama City Centre, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Business hour : 10am to 10.30pm

Tuesday, 5 December 2017

BLUSHER AND BRUSH FROM DAISO


Hello make-up lover.
Ada sesiapa yang suka shopping dekat Daiso tak?
Well, zaman kolej dulu zyra memang suka pergi Daiso yang ada di Aeon Taman Maluri tu.
Kira tempat wajib lah kena singgah kalau ke Aeon.
that time, semua barang still RM5, takde lagi GST.
sekarang ni barang dah jadi RM5.90 pftttt...


Dah lama tak beli makeup stuff dekat Daiso ni.
Kebetulan memang nak cari blusher .
Dah alang alang masuk Daiso untuk beli barang lain juga, so why not kan.
Blusher yang zyra ada sebelum ni more to bright pink (jenama IN2IT) ,
so kali ni saja nak try warna yang natural sikit.
zyra pilih ELLEFAR PRINCESS DUO COLOR CHEEK (ORANGE)

just nice warna dia..
siap ada highlighter kat sebelah tu.
dah nama pun Duo kan.
so berbaloi lah dengan harga RM5.90
actually zyra pakai blusher murah atau mahal, tetap sama.
still nampak tak cantik dan warna tak balance!
hahaha..

Zyra suka kan brush ni sebab dia kecil je , sesuai la untuk travel.
takde la kecil sangat , just nice la.
Then sebab berkenan warna dia.
hahahah...
bulu dia pun takde la kasar sangat, ok ok je.
cuma time nak apply ke muka tu, tak tahu la nak cakap.
best atau tak.
maybe sebab skill zyra yang tak reti pakai blusher atau memang bulu dia rasa kurang umphh..

but still, untuk barang berharga RM5.90 
boleh dikata kan ok untuk dipakai.
jangan nak demand sangat.
hehehe..

NOAH LIVE IN KUALA LUMPUR


ASSALAMUALAIKUM..

Sekian lama tak ber'update blog ni..
so moh la kita share sikit apa aktiviti zyra 2 minggu lepas!!!
Hehehehehe...

Kau orang for sure la kan tahu Indonesian boyband Noah,
atau sebelum ini dikenali sebagai Peterpan.
sesiapa yang tak tahu group Peterpan, alahaiii zaman sekolah,
zaman muda mudi korang tak awesome la weii !
Hahahahha
 ok gurau.. jangan sentap pula.


Konsert Noah diadakan di Stadium Negara pada 25 Nov 2017 yang lalu.
Zyra excited gila ok nak tengok konsert dorang ,
especially nak jumpa Mas Ariel gue (hahahaha..)
Ini kali kedua zyra melihat Noah in real life.
Sebulan yang lepas, Noah ada datang ke KL untuk Meet & Greet.
So zyra salah seorang lucky fans yang dapat photo group with Noah..
auwwww...


Untuk pengetahuan semua,
Zyra beli tiket yang paling murah sekali, iaitu CAT3 berharga RM95
But trust me, this is the best concert yang zyra pernah pergi!!!!
kenapa??
Sebab nye, sebelum konsert start, staff kata all CAT3 section boleh turun ke bawah.
makna nye, kitaorang boleh pergi area ROCKZONE.
even diaorang ada pasang penghadang untuk ROCKZONE and CAT3,
but still, korang boleh turun joget joget and nampak Noah jelas ok!!!
tapi disebabkan ketinggian zyra tak mengizinkan, so zyra duduk je kat kerusi tu.
at least nak rakam pun boleh nampak semua haha.

And perkara yang buat zyra rasa best gila, 
organizer ni tak straight langsung!!!
dorang tak kisah fans rakam video sepanjang konsert.
Hello ni kalau konsert kpop, nahas la korang!!!
Asyik kena suluh lampu dengan staff je ok!!!
Dah la zyra still trauma dengan Stadium Negara ni
hahaha..
ni semua sebab tragedi time konsert Seventeen haritu.

Time sekolah dulu, mengaku je lah yang korang pun mesti crush gila dengan Ariel kan?
zyra mengaku.. time sekolah dulu memang suka kat Ariel ni.
hahaha..
Bila dah makin berumur, dia makin handsome ok!!
Sumpah tak tipu..
Tak kira la fans lelaki ke perempuan,
semua terjerit jerit panggil Ariel!!!!


The best concert ever!!!
Fanservice yang Ariel bagi tak leh dipertikaikan!!
dia layan fans sama rata..
lepas dia nyanyi side kiri, then dia akan pergi ke kanan pula..
Interaction dengan fans semua, memang tip top.

No wonder Noah/Peterpan sangat digilai dan disayangi oleh kebanyakan masyarakt Indonesia.

Segala gimik, musik yang sangat best, song arrangement,
senang kata, malam tu semua nye perfect!!!
Memang banyak kali Ariel agak pancit sikit,
tapi tak boleh nak cakap apa,
sebabnya dia sendiri siap tukar baju , berpeluh lenjun kau!!
berlari ke sana ke sini..

sekejap ke kiri ke kanan,
depan belakang..
then berapa kali dia paling pemetik gitar ke arah fans sebagai kenang-kenangan kata dia.
sempat juga Ariel bagitahu,
selalu nya di Indonesia, dia akan buka baju then baling ke fans.
tapi di Malaysia dia kena behave sikit 
hahahah..

Ariel, Ukiey, Luqman, David dan seorang lagi drummer yang dibawa sendiri oleh Noah,
zyra lupa nama dia.
Korang memang the best lah!!!!!
Tak menyesal pergi!!!!!!
Get ready for their new album ok,
hope next time dorang datang Malaysia lagi.
Ada rezeki ,zyra nak pergi lagi..

So, ini ada sedikit video yang zyra nak share untuk tatapan korang.
sorry kalau tak seberapa.
hehehe..
sebab nye zyra memang terlalu enjoy malam tu, so tangan pun mengigil 



Tuesday, 17 October 2017

FENTY BEAUTY COSMIC GLOSS LIP GLITTER LIMITED EDITION


Yuhuuuuu girls.
Rasa nye semua dah tahu mengenai Fenty Beauty by Rihanna nieh.
Time baru masuk Sephora haritu,
kemain ramai pengemar makeup dan blogger blogger famous nak membeli dan mencuba dan merasai sendiri apa yang hebat sangat barangan kosmetik Rihanna ni kan..

Secara jujurnya, Zyra cuma pakai barangan makeup yang dijual di drugstore je,
harga yang murah, and mampu dibeli oleh Zyra yang tak berapa nak masyuk ni.

Nak dijadikan cerita, ada singgah sekejap di Sephora .
Hanya untuk mencuci mata dan melihat sendiri 'keindahan' Highlighter Fenty Beauty yang sangat famous tu.. 

and ya.. sangat 'indah' ok Highlighter dia , sepadan dengan harga dia !
Hahahaha....


CODE DARI KIRI :
ASTRO- NAUGHTY
GAL ON THE MOON
PLUTONIC RELATIONSHIP
SPACESUIT
Bila mata dah melilau lilau dekat rak tu,
mula la dah nampak macam macam then hati tertarik dengan Cosmic Gloss Lip Glitter ni.
Zyra tak tahu menahu pula yang ini adalah limited edition punya.
Selain Cosmic Gloss Lip Glitter ni, ada banyak lagi pilihan lain yang boleh dipilih sebagai koleksi dan melengkapkan siri 'GALAXY' by Rihanna gitewww...

Dengan hati yang berat dan berbelah bahagi, Zyra pun keluarkan juga la RM80 untuk sebatang lip gloss yang penuh dengan glitter glitter ni!
Hahahahah...
Ni code SPACESUIT
Untuk maklumat semua ye, Zyra tersalah ambil code!! Walaweii
Padahal nak beli code PLUTONIC RELATIONSHIP!!!
aduhhhh stress je..
rasa dah check time nak bayar tu..
Mak is sooooo pasrah right now.

Warna dia just nice sebab warna peach gitu kan, so natural look laa..
Just ada glitter tapi tak melekit sangat pun.
Sedang elok nak apply.
Cuma nude color is not my style!
So kurang suka code ni.
Maybe next time kalau ada kewangan melimpah sikit baru nak usha code PLUTONIC RELATIONSHIP atau ASTRO-NAUGHTY

Thursday, 28 September 2017

CABIN STEAK HOUSE KUALA LUMPUR


Yuhuuuuuu people !!!
Ok ada sesiapa yang terliur tak tengok gambar burger Zyra ni??
Baik ngaku cepat!!
HAHAHAHAHHA...

Ok lah, tak nak cerita banyak. nak straight to the point je.
Baru baru ni Zyra ada try makan dekat Cabin Steak House area Jalan Kuching, KL.
Dulu kedai ni dikenali sebagai Restoran Selera Sri Delima.
Sesiapa suka makan burger macam Zyra ni, boleh sekali sekala datang makan sini.
Harga dia murah, sangat berbaloi dengan size yang korang pilih.

Gambar paling atas tu,Zyra order Chillax n Tasty Burger (double)
Korang boleh pilih standard, double atau triple.
Waiter tu kata sepatutnye roti burger tu warna hitam, tapi dah habis so dorang 
pakai yang warna standard.. 
hurmmmm baru nak tengok burger color color gitu hahahha!!!!!
harga dia dah lupa, yang pasti range RM13-14.++ macam tu je.
tak cecah RM15 seingat Zyra.

ok yang ni seingat Zyra nama dia King Cheesy Burger.
kakak pilih yang triple sebab boleh share dengan family yang lain.
Disebabkan zyra ni kuat pelupa so tak ingat harga.
Maybe dalam range RM17-RM20 gitu.
sebab nye triple kan.

Bagi Zyra, burger kat sini just nice la.
Nak kata sedap gila tak juga, nak kata tak sedap, ok je Zyra makan!
Korang kena cuba sendiri la baru tahu.
Daging tu pun memang dorang buat sendiri,so bila makan memang ada juice daging tu.
Yang tu memang best ! Hahahah

Banyak banyak air, Zyra punya air paling special.
Family yang lain order biasa biasa je.
Ni nama nye ice-blended snickers 
Alaaaaa coklat snickers tu.
Dorang buat ice-blended and rasa dia memang sedap weii..
Serious tak tipu.
First time minum hahaha rasa macam wow gila.
Harga segelas besar ni, RM10

Overall, rasa burger kat sini just nice untuk sekali sekala korang teringin nak 
makan burger, size yang besar tapi harga yang sangat berbaloi.
Tak terlalu mahal.

Cuma yang buat Zyra terkilan,
niat makan kat sini sebenarnye nak tengok burger yang color color tu,
hahaha tapi burger yang Zyra pilih tu, warna hitam ditukar bun yang biasa.
Then, ice blended snickers ni kalau di google haritu,
rupa dia lagi meriah dari apa zyra dapat.
Ada coklat, ada waffer roll.
Hmmm selamat rasa dia memang sedap!
Then ok la kan...

Ini alamat kalau korang nak try datang makan sini.

CABIN STEAK HOUSE,
Lot 426,  No. 01-A Jalan Jambu, Kepong,
52000 Kuala Lumpur.
(belakang Crystal Crown Hotel)  

Contact : 019 – 3202039 (WhatsApp)
Facebook:  Cabin SteakHouse KL
Intagram:   @cabinsteakhouse



Tuesday, 26 September 2017

IN2IT WATERPROOF TRIPLE BLUSH


Heyyy yaaa...

Entry kali ni, Zyra nak share blusher yang selalu Zyra guna.
Jenama IN2IT ni memang selalu kita jumpa dekat Watson la kan.
Ok tempat favorite semua orang perempuan pergi !!
HAHAHAH...
Brand ni yang best nye sebab kebanyakan harga produk dia 
agak berpatutan lah, pelajar pun still mampu beli.



Apa yang buat Zyra suka kan blusher ni adalah,
dia lengkap dengan brush dan juga cermin cenonet tu.
Well, takde la besar mana cermin tu, at least ok la untuk kita telek sambil apply kat muka.
So senang cerita, blusher ni memang sesuai kalau nak bawak travel and selit dalam handbag.
tak payah susah susah nak angkut brush dengan cermin banyak banyak!


Dah nama pun triple, so cerita dia , blusher ni ada 3 tones warna dalam 1 palate.
kalau dilihat betul betul, blusher ni ada shimmer sikit.
Sesiapa yang tak suka kilat kilat tu, jangan beli. hehehe
Tapi shimmer dia tak terlalu pekat pun so tak nampak sangat kilat tu.
So dont worry!

Seingat Zyra blusher ni ada 3 codes yang boleh dipilih.
Zyra pilih warna coklat coklat gitu..
Nak pakai pink pink , rasa segan!
HEHEHEHE.

By the way, harga blusher ni RM23.90 dan boleh dibeli di Watson.
sesiapa nak suggest blusher mana yang murah dan ok tak?

 ^^