Followers

Tuesday, 29 September 2015

Preloved Novel Suara Hati by Anis Ayuni



ASSALAMUALAIKUM

Sinopsis
Cinta tidak semestinya bersatu. Terperangkap dalam dilema membuatkan dia terpaksa membuat kepu-tusan. Pilihan ibu dan ayahkah yang perlu dituruti sedangkan jauh di lubuk hati, selaut kasihnya telah tercurah pada Haris, pilihan sendiri.

Hari berganti, bulan berlalu, Haris yang dinanti menghilang tanpa khabar berita. Separuh rela, lamaran Naim terpaksa diterima. Mereka berbahagia. Namun, sayangnya mendung menjelma. Dalam penantian menyambut kelahiran anak kedua, suami tercinta pergi buat selamanya.

Tika duka membadai di hati, terjadilah pertemuan tanpa diduga. Haris yang disangka telah mengalih cinta, ingin kembali dalam hidupnya semula. Sudikah dia menerima lelaki itu sedangkan luka di hati masih terasa. Dan... andai cinta pertama telah di-kecewakan, masih wujudkah cinta untuk kali kedua? 

Ada sesiapa yang berminat dengan novel Suara Hati ni?
Zyra jual preloved novel ni dengan harga RM7
Postage : RM6/SM , RM10/SS
*Harga still boleh runding

Condition 9/10
Reason nak let go sebab dah tak minat baca novel Melayu.

Whatsapp/Wechat : +6 010-2875228 (Zyra)

Preloved Novel Kau Kekasihku by Anis Ayuni



ASSALAMUALAIKUM

SINOPSIS:
Dhira yang baru sahaja dilukai oleh seorang lelaki menyatakan bahawa dia tidak mahu bercinta lagi. Namun, hatinya kalah dengan kenyataannya itu apabila terpaut dengan Zairi ketika melancong ke Beijing. Sejak pertemuan yang membibitkan kenangan manis, hubungan Dhira dengan Zairi semakin mesra selepas pulang dari melancong. Namun, Dhira pasrah walaupun Zairi menunjukkan sikap prihatinnya dan cemburu, lelaki itu agak sukar menyatakan cinta kepadanya. Akhirnya, lafaz cinta keluar dari bibir Zairi dan ingin melamar Dhira menjadi suri dalam hidupnya. Namun, ada sesuatu yang menjadi persoalan dalam diri Dhira, apabila dia tidak pernah disentuh oleh suaminya sendiri selama di alam perkahwinan. Apakah masalah yang sedang dihadapi oleh Zairi? Mengapa dia tidak mahu menyentuh Dhira sedangkan tanggungjawab lain ditunaikan? Adakah kerana Dhira yang menjadi puncanya? Akhirnya, Dhira dapat menemui jawapannya yang sering membelenggu dirinya. Antara kasihan dan kasih, perlukah Dhira mengharunginya bersama suami tercinta?

Ada sesiapa yang berminat dengan novel Kau Kekasihku ni?
Zyra jual preloved novel ni dengan harga RM12
Postage : RM6/SM , RM10/SS
*Harga still boleh runding

Condition 9/10
Reason nak let go sebab dah tak minat baca novel Melayu.

Whatsapp/Wechat : +6 010-2875228 (Zyra)

Preloved Novel Kau Pemilik Hati By Ayumi Syafiqah



Assalamuaikum
Sinopsis:
Sejak pulang dari luar negara, Qarissa menjadi semakin lupa diri. Tingkahnya yang sering saja di luar batasan dari hari ke hari itu nyata menimbulkan kebimbangan di hati Dato’ Rashid. Khuatir Qarissa bakal terpesong dari landasan agama, Dato’ Rashid bertindak menjodohkan Qarissa dengan Zafril, pekerja kesayangan yang juga merupakan anak kepada arwah rakan baiknya. Walaupun Qarissa membantah keras, Dato’ Rashid tetap dengan keputusannya kerana dia yakin Zafril mampu membimbing Qarissa menjadi wanita yang lebih baik.
Bagi Zafril, Qarissa adalah cinta pertamanya. Walaupun gadis itu selalu bersikap sombong dan melayannya dengan buruk, namun kuasa cinta mengatasi segala-galanya.
“Saya tahu awak tak cintakan saya. Tapi percayalah, saya akan jadi suami yang terbaik untuk awak lepas kita kahwin. Saya tak akan kecewakan harapan papa awak pada saya. Saya tahu papa awak nak saya bimbing awak jadi isteri solehah. Dan saya akan cuba laksanakan tanggungjawab tu sebaik mungkin….” – Zafrril.
Bagi Qarissa pula, mana mungkin lelaki yang hanya tahu menyakiti hatinya itu boleh membahagiakannya. Namun semakin lama, hatinya semakin terpaut dengan keikhlasan yang ditunjukkan. Lantas, lamaran Zafril diterima dengan hati yang separuh rela.
Baru saja Qarissa mahu mengecap kebahagiaan yang selama ini dinanti-nantikan, muncul pula insan lain yang memusnahkan segala-galanya. Zafril menjauh akibat fitnah. Qarissa pula menderita atas dosa lampau. Lantas, untuk apa lagi ditagih cinta yang telah hilang? Jika berpisah adalah jalan yang terbaik, Qarissa sedar dia harus reda.
“Risa mintak maaf, mama. Tapi Risa perlukan masa. Risa dah tak boleh berdepan dengan Abang Ril kalau dia sendiri dah bencikan Risa….” – Qarissa.
Masih adakah sinar kebahagiaan untuk mereka sekiranya kata maaf seperti sudah tidak bermakna apa-apa lagi?
Ada sesiapa yang berminat dengan novel Kau Pemilik Hati ni?
Zyra jual preloved novel ni dengan harga RM12
Postage : RM6/SM , RM10/SS
*Harga still boleh runding

Condition 9/10
Reason nak let go sebab dah tak minat baca novel Melayu.

Whatsapp/Wechat : +6 010-2875228 (Zyra)

Preloved Novel Bukan Bisikan by Sharina Elisa




Assalamuaikum
Ada sesiapa yang berminat dengan novel Bukan Bisikan ni?
Zyra jual preloved novel ni dengan harga RM11
Postage : RM6/SM , RM10/SS
*Harga still boleh runding

Condition 9/10
Reason nak let go sebab dah tak minat baca novel Melayu.

Whatsapp/Wechat : +6 010-2875228 (Zyra)

Preloved Novel Suamiku Mr. Blind by Danisyarahmat


ASSALAMUALAIKUM

SINOPSIS:
“Kalau kau buta lagi bagus. Tak adalah nak menyemak buat masalah di sekolah lagi.” Ain Syuhada, pengawas yang sebesar anak gajah itu ingin balas dendam kerana ditolak jatuh ke dalam lumpur sawah.
Racun serangga jenama Redinsect segera disembur ke muka Aidil Zafran.
“Aku tak nampak apa-apalah!”
Ah, sudah! Sungguh Ain Syuhada tidak menyangka racun serangga itu mampu meragut penglihatan Aidil Zafran. Kalau dia sanggup jadi hamba tebusan seumur hidup untuk membayar apa yang telah dilakukan kepada Aidil Zafran pun, dia masih tak akan mampu melunaskan hutangnya itu.
“Jangan muncul di hadapan aku lagi. Aku tak mahu dengar nama kau lagi. Apa saja yang berkaitan dengan kau, aku tak mahu tahu.” – AIDIL ZAFRAN.
Cuma kalau dah namanya jodoh, larilah ke penghujung dunia sekalipun, pasti akan bertemu juga. Sebelas tahun kemudian… Aidil Zafran menerima seorang pekerja baru di syarikatnya.
Errr… Saya Ain… Ain Syuhada Ismail. PA bos.”
AIN SYUHADA muncul kembali dalam hidup Aidil Zafran tanpa dirancang sedangkan Aidil Zafran tidak dapat mengenal pasti siapa Ain Syuhada. Dah namanya pun mr. blind!
Hati Aidil Zafran diketuk perasaan yang luar biasa sewaktu bersama PAnya yang menjaganya penuh kasih. Cinta mula datang walaupun tidak terlihat, maklumlah cinta itu buta!
Pada saat pernikahan Ain Syuhada dengan Rayyan Aziz dibatalkan, Aidil Zafran datang dengan rela menjadi galang ganti. Namun, saat lafaz akad dilafazkan, masih relakah dia apabila identiti Ain Syuhada terbongkar?
“Kau sengaja nak perangkap aku, kan? Kau jangan ingat bila aku dah kahwin dengan kau, aku dapat maafkan kau. Aku akan pastikan kau hidup merana, Ain.”
Benarkah cinta itu hilang saat dendam merajainya? 
Ada sesiapa yang berminat dengan novel Suamiku Mr.Blind ni?
Zyra jual preloved novel ni dengan harga RM11
Postage : RM6/SM , RM10/SS
*Harga still boleh runding

Condition 9/10
Reason nak let go sebab dah tak minat baca novel Melayu.

Whatsapp/Wechat : +6 010-2875228 (Zyra)

Preloved Novel Keranamu Aku Rela by Sania Yasmin



ASSALAMUALAIKUM

Sinopsis
Air mata Tasnim tidak pernah kering. Merebut cinta Jeffrey dia dibenci keluarga lelaki itu. Namun jodoh mereka kuat. Dia bahagia. Malangnya takdir menentukan Jeffrey disahkan menghidap leukimia.

Setiap hari menunggu mati, Jeffrey hiba melihat derita Tasnim. Dia merencana sendiri. Isterinya berhak memiliki bahagia kedua. Jadi, Tasnim mesti dilepaskan. Tasnim akan dipaksa kahwin lain. Dia sendiri sudah memilih lelaki yang bakal menjadi suami baru Tasnim. Cinta Tasnim cinta mati. Berulang kali dia menolak kemahuan Jeffrey. Dia rela jadi balu daripada mereka bercerai hidup! 

Namun, Jeffrey tetap melafazkan talak. Tasnim pasrah. Hatinya remuk-redam. Mereka berpisah bukan dek sengketa! Cuma, dia bingung disuruh mengahwini lelaki yang memang dikenalinya. Kuatkah Jeffrey melihat dia bersama lelaki itu? 
Bahagialah, Tasnim. Cinta matimu hidup dalam hatiku.

Ada sesiapa yang berminat dengan novel Keranamu Aku Rela ni?
Zyra jual preloved novel ni dengan harga RM10
Postage : RM6/SM , RM10/SS
*Harga still boleh runding

Condition 9/10
Reason nak let go sebab dah tak minat baca novel Melayu.

Whatsapp/Wechat : +6 010-2875228 (Zyra)

Preloved Novel Te Amo Sayang By Adra Adlina



Assalamualaikum.

Sinopsis
Faaeq Rifqi begitu pembersih dan tidak mampu bertolak ansur dengan sebarang bentuk kotoran walau habuk sekalipun. Kerjaya sebagai pramugara menjadikan dia lebih teliti dalam apa jua keadaan. Namun dapatkah Faaeq Rifqi memastikan dia akan jatuh cinta dengan wanita yang bersikap serupa dengannya?

Taipei menjadi destinasi pertemuan antara anak muda ini dengan si editor cemerkap Sara Irdina. Sara Irdina akhirnya tertawan dengan kematangan Faaeq Rifqi meski jejaka itu muda empat tahun daripadanya.Ikatan pernikahan membuka sisi baru buat mereka. Faaeq si pembersih rupanya berpasangan dengan Sara yang langsung tidak pandai melakukan kerja-kerja rumah.

Lalu bagaimanakah pasangan ini berkomunikasi? Dapatkah Faaeq bertahan dengan sikap isterinya yang ternyata amat kontra itu?

Ada sesiapa yang berminat dengan novel Te Amo Sayang ni?
Zyra jual preloved novel ni dengan harga RM11
Postage : RM6/SM , RM10/SS
*Harga still boleh runding

Condition 9/10
Reason nak let go sebab dah tak minat baca novel Melayu.

Whatsapp/Wechat : +6 010-2875228 (Zyra)




Tuesday, 22 September 2015

Konsert Afgan Di Malaysia


Assalamualaikum...

Berapa ramai yang masih makan hati sebab tak dapat
pergi konsert Afgan minggu lepas??
Mohon berhuhuhu beramai ramai bersama sayaaaaaa.......

:'D

Siapa yang tak kenal Afgan Shah Reza ni kan..
Penyanyi dari Indonesia.
Suara tak payah cerita la weyh!!
Memang superb lahh!!!!


Dah la bijak orangnye..
Dengan dimples nye...
Alahaiii anakk oiii...
Mak tak kuat tengok kauuuuuu.....
Melting sungguh lah !!!

NOTED:
Before ni mak pernah lah dapat seorang AYAH acah acah Afgan.
Nerd nerd, specky bagai...
Kata nak Afgan...
Harus lah cari yang acah Afgan clone pon jadi lah!
HAHAHAHAHA...

Jom lah kita merawat hati yang lara sambil layan video
Jodoh Pasti Bertemu by Afgan.