Followers

Wednesday, 16 December 2015

I Promise by Harris J


ASSALAMUALAIKUM..

Well... Well.. Well...
Malam malam ni tiba tiba pula datang mood nak update blog.
Hehehehe...

Tak nak cerita panjang lebar.
Just nak bagitahu yang Zyra dah falling in love betul lah
dengan si Harris J ni since tengok dia nyanyi live masa
di program Meletop di Astro last week!!!


Sejujurnya Zyra tak tahu pon lagu Salam Alaikum ni
adalah lagu Harris J.
Rupa penyanyi tu pon Zyra tak tahu!!!
Betapa ketinggalannye Zyra!!
Hahahahaha...
* coz i'm tooo focus dengan kpop dan Afgan!Pftttt.............!!!

Bila first time dengar Harris J nyanyi dekat Meletop.
Masyaallah!!
Sedap betul suara anak orang ni..
Dengan handsome nye!!
Ya ampun!!!!


Masa game tebar roti canai tu,
tak tahu mana satu nak tengok!!
Nak tengok Afgan ke, nak tengok Harris!
2-2 handsome!
2-2 kelakar!!!!!
Pfttt!!!

Menyesalnye tak buat video masa Harris J 
nyanyi lagu I Promise dengan Salam Alaikum.
:(

Nak selfie pon tak sempat sebab slot dia pon sekejap je.
Then habis part tebar roti canai tu,
Harris dah pergi.
Maybe ada interview dengan reporters atau pon masuk bilik rehat.
IDK.

Zyra paling suka lagu Harris J yang ni.
Promise.
ok jom layannnnnn.....




Saturday, 12 December 2015

Peluang Bertemu Afgan Syahreza Di Meletop & Meletop Kebaboom


ASSALAMULAIKUM ^^

Dah banyak hari tak update blog ni kan.
So hari ni Zyra nak share pengalaman manis sewaktu Zyra 
berpeluang bertemu penyanyi kesukaan Zyra, Afgan Syahreza.

Siapa yang tak kenal Afgan kan?
Penyanyi lelaki Indonesia yang memang terkenal sekarang ni.
Dan a few months ago baru je adakan konsert di Malaysia.

Pada Jumaat yang lepas ( 4 December 2015),
Zyra ada terlihat contest di IG dan pemenang akan berpeluang bertemu Afgan
di program Astro.

Dalam hati selalu berdoa, one day nanti nak sangat jumpa Afgan 
dan dengar dia nyanyi LIVE!!
Memang suka lagu dia dari zaman sekolah and time tu first single dia
 'TERIMA KASIH CINTA'..

Disebabkan contest di IG tu di upload dalam pukul 6 lebih (pm).
So Zyra decide, selepas sembahyang Maghrib,
Zyra nak try jawab 2 soalan yang diberikan tu dan email secepat mungkin!!


Alhamdulillah...
Pada hari Isnin ( 7 December 2015),
Zyra telah terima balasan email dari Admin MY Afganisme dan
memaklumkan bahawa Zyra telah memenangi 2 pass untuk menyaksikan 
Afgan dalam program Meletop dan Meletop Kebaboom.


Sebab lambat sangat nak berebut seat depan,
dapat duduk barisan ke-3 pon ok lah.
At least nampak juga Afgan.
HAHAHAHA...


*Sorry kualiti video tak bagus.

Kedatangan Afgan ke Malaysia adalah untuk mempromosi kan single
Knock Me Out.
Antara favorite Zyra selain Jodoh Pasti Bertemu.
:D


Sedih juga sebab tak dapat selfie dengan Afgan.
Well, ramai sangat fans and keep tolak tolak.
Macam kasihan juga kat Afgan.
But at least ada fans yang share photo group ni and ada lah terselit Zyra.
Then, i'm happy!
Thanks ye Sis Azra.
:'D


 Ini sewaktu Afgan di program Meletop Kebaboom.
Sudah tukar baju..
Yeayyyy....!!!
Hahahaha...


Time ni Afgan tengah nyanyi lagu Katakan Tidak.
Pada permulaan program, Afgan nyanyikan lagu kesukaan Zyra juga,
Pesan Cinta.

Kita curi curi tengok awak.
Maaf Pa Gan.
(Only Afganisme je tahu nama gelaran tu!hahahaha...)
By the way, thanks ye.
Next time, Insyaallah ada lagi.
Zyra terharu sangat.
*Don't ask apa maksud nye..Hehehe.
Biar lah rahsia.
:)

'Katakan Tidak'

Before balik para pemenang dan Admin (Afganisme)
bergambar beramai-ramai sebagai tanda kenangan.
*Zyra berdiri di barisan hadapan.
2 dari kanan.
Menyesal tak pakai wedges tinggi sikit!!
Kalau tak , maybe dalam photo group tu nampak jelas sikit muka Zyra.
:'D

Free style and shouted, 'Afgannnnnnnnn......!!!!!!'

Hope dapat jumpa Afgan lagi lepas ni.
Oh jebal..........
Dan harap perkenalan kami antra Afganisme yang lain tak kan terputus macam tu je.
Ramai lagi yang tak sempat nak bertegur.

Whatever is, Zyra bersyukur sangat dapat spent time dengan Afganisme malam tu
dan harus lah puas hati bila dah dapat face to face dengan Afgan.
Especially dapat tengok dia sedekat tu.

Semoga kita bertemu di lain hari ya Gan.
Dan kamu juga, Afganisme.......

:P

Friday, 4 December 2015

Got7 Dan BTS Di MAMA2015, Hong Kong


Yuhuuuu!!!!

Siapa yang still dalam mood MAMA2015 yang baru je diadakan di Hong Kong
pada hari Rabu yang lepas??
Mesti ramai lagi yang tak habis fangirling kan??
Hahahaha...
Same here!!



Performance antara Got7 dan BTS memang best lah.
Well..
Almost setahun tertunggu tunggu bila lah 2 group ni
akan dapat chance untuk perform masa MAMA.
Last year, diaorang ni still boleh dikata kan rookie group la kannnn..

Tahun ni memang masing masing dah famous!!
Of course lah boleh dapat perform!
Oh yeahhh...............!!!!


Got7 & BTS Collaboration + If You Do

Run, BTS

Sunday, 29 November 2015

Oreo Cheese Cake


Assalamualaikum^^

Sempena birthday kakak Zyra pada esok hari,
kami adik beradik decided la buat cake yang simple and tak perlu dibakar.

Sekarang kan dah macam macam resepi yang ada di FB dan Youtube.
So kitaorang tengok dari situ je lah!

Next time boleh lah buat lagi.
hehehehehe....

Monday, 9 November 2015

Percayalah ,Afgan & Raisa


Semua Afganisme mesti dah tahu kan single terbaru Afgan & Raisa?
my goshhh...!!
Best gila kan lagu Percayalah..

My new lullaby song la !
hahahaha...

Dengan suara Afgan yang totally sedap gilerrr...
Tambah pula suara Raisa.
Hakak melting sangat nokkk!!!




Sweet je tengok diaorang nie haa...
Tapi zyra tetap suka Afgan & Rossa. 
HAHAHAHA....

Takde official video ke lagu nie?
Ada yang lirik je.
Ok lah.
 Sesiapa tak dengar lagi lagu PERCAYALAH,
jom play video di bawah ye.
huhu..


ICE BLENDED BIG CUP RM5!




ASSALAMUALAIKUM ^^

Ada sesiapa yang suka minum ice blended?
Ehh harus lah ramai yang suka minum .
Betul tak??

Zyra saja nak share ice blended yang zyra beli di Uptown Danau Kota.
Cup dia bukan main besar gabakkkk....!!
RM5 saja.
memang berbaloi beli.
Free topping ye anak anak..

Ada cup yang size keecil, RM3.50 (tak silap).
Topping kena cas.

Yang zyra beli ni perisa Yam+oreo (topping).
Tapi sayang la takde pearl/bubble.

Sesiapa teringin nak cuba,
sila beli dan cari di Uptown Danau Kota ye.
so far, ada 1 stall tu je yang jual ice blended yang big cup ni.
Dah la sedap, cup besar gabak, cantik pulak. 
sebab air tu dia layer kan dengan susu.

:D

OFFICIALLY GRADUATE


Assalammualaikum.
Lama betul tak update blog ni..

Last week agak sibuk dengan urusan kolej dan juga graduation.
Dengan hal jubah segala..
Rehearsal lagi...

7 November 2015.
Graduate juga akhirnya...
HAHAHAHAHA....

Kepada semua kengkawan teman seperjuangan segossip dulu,
tahniah kakyong ucapkan!

:D

Tuesday, 22 September 2015

Konsert Afgan Di Malaysia


Assalamualaikum...

Berapa ramai yang masih makan hati sebab tak dapat
pergi konsert Afgan minggu lepas??
Mohon berhuhuhu beramai ramai bersama sayaaaaaa.......

:'D

Siapa yang tak kenal Afgan Shah Reza ni kan..
Penyanyi dari Indonesia.
Suara tak payah cerita la weyh!!
Memang superb lahh!!!!


Dah la bijak orangnye..
Dengan dimples nye...
Alahaiii anakk oiii...
Mak tak kuat tengok kauuuuuu.....
Melting sungguh lah !!!

NOTED:
Before ni mak pernah lah dapat seorang AYAH acah acah Afgan.
Nerd nerd, specky bagai...
Kata nak Afgan...
Harus lah cari yang acah Afgan clone pon jadi lah!
HAHAHAHAHA...

Jom lah kita merawat hati yang lara sambil layan video
Jodoh Pasti Bertemu by Afgan.


Friday, 21 August 2015

Sebab..


Sebab percaya..
Sebab sayang..
Sebab yakin..

Ego..
Maruah..
Buang jauh ke tepi..

Sebab bodoh?
Tak....
Sebab sayang..

Tapi takpe..
Andai kata berjodoh...
YOU CAN'T SAY NO.

^^

Tuesday, 28 July 2015

Novel Let It Snow


Kalau readers kaki novel, 
mesti semua dah tahu kan pasal novel ni.
Agak famous juga lah..

Baru-baru ni Zyra beli la 1 dengan menggunakan Baucer Buku tu haaa...
Tertarik nak beli sebab ternampak nama penulis dia, JOHN GREEN.

Alaaa...
Sape tak kenal John Green.
Novelis untuk novel The Fault In Our Star dan Paper Town.

Disebabkan salah seorang novelis untuk novel Let It Snow ni ada John, 
so zyra decided untuk beli.

Dalam novel ni ada 3 kisah berkaitan love dan Christmas.
Zyra baru baca separuh.
So far, kena dengan taste zyra..

Cerita yang simple, relaks tapi best.
So, berbaloi untuk dibeli
^^

RM31.++ harga senaskah.
Tak terlalu mahal.

Maybelline Pure Concealer Mineral


Hi readers!!
ni first time Zyra beli concealer jenama Maybelline.
Gigih juga pergi beli sehari sebelum Hari Raya sebab
nak cover jerawat punya pasal!
hahahaha....

Hello...
Semua orang nak nampak santek time pagi raya kan?
:'D

Tak tahu la pulak concealer ni ada berapa code warna.
Tapi Zyra ada jumpa 01 dengan 02 .
Code 02 ni agak gelap, so sesuai la dengan warna kulit Zyra.
Tapi kalau yang amoiii amoii Cina, diaorang sesuai pakai code 01 ye.

Agak best juga pakai concealer ni.
Tapi rasa, lagi best kalau dapat beli yang jenama Zaa .
Tapi harga dia pon best juga la!
:'D

Maybelline Concealer ni tak mahal, 
mampu milik.
Tak silap Zyra, RM18.++
Ehh yeke??
Alamakkk lupa pulak..
hehehe......

Tapi serious, harga concealer ni tak lebih dari RM30.
nanti readers try la beli 1 
^^

Novel The Girl With All The Gift by M.R.Carey


Yuhuu....
sejujur nya Zyra tak habis baca lagi novel ni..
Tahap ketebalan dia boleh tahan juga lah dying dia..
hahahahaha....
So, dengan tahap kemalasan yang macam apa ni,
Zyra baca 2-3 pages, lepastu sambung next week nyaaaaa...
HAHAHAHAHA.....

so far, bagi Zyra novel ni agak best!!!
Dia menceritakan kisah Melanie, budak perempuan yang dah kena affected
dengan virus apa tah laa.
So, cerita ni lebih kurang macam cerita zombie la..

readers kena baca novel ni..
serious tak rugi...
Tapi tak silap Zyra, novel ni ada movie yang keluar kat cinema!

Kita tengok movie dia je lah!
Rasa macam malas pula nak habiskan baca novel ni.
hehehehe...



Friday, 10 July 2015

Novel SUMBAT by Faizal Sulaiman


ASSALAMUALAIKUM.

fixi lovers here...
huhu^^

ok takde la lover sangat kan..
sebab banyak lagi collection novel Fixi yang Zyra takde!
hahaha...

Semalam baru habis baca novel SUMBAT.
orang lain dah berkurun khatam novel ni,
Zyra baru terhegeh hegeh nak baca.. hahahaha...

Motif utama Zyra suka novel ni sebab cover dia yang comel penuh dengan MACAROONS!
hehehehe....
nampak tak yang Zyra ni memang pentingkan luaran?
WHATEVER....!
*flip hair*

Bila baca sinopsis novel ni,
terus tertarik nak baca sampai habis lah!!

Jangan tertipu dengan kecomelan cover novel ni.
Sebab jalan cerita novel ni sangat BEST and penuh dengan DENDAM,
DARAH, dan HASAD DENGKI.
ok, that's damn cool mannnnn....

Zyra memang suka kan cerita yang thriller macam ni.
Bunuh bunuh... Seram....
Memang my taste laaa...

Sesiapa tak pernah baca lagi novel SUMBAT,
why not korang try baca..
Serious awesome..
hahaha...

SINOPSIS SUMBAT

Ramuan SUMBAT:
  • 250 ml Dendam, jenama “Silam”
  • 150 gm Rahsia Hitam
  • 50 gm Cinta, paket “Terhalang”
  • 3 sudu besar Air Mata
  • Setengah cawan Pengorbanan
  • 5 ulas Kesetiaan (dihiris nipis)
  • 8 kuntum Senyuman (sebagai hiasan)
Caranya:
Ayakkan 150 gm Rahsia Hitam dengan 50 gm Cinta Terhalang.Pastikan dapat tekstur halus. Pukulkan 250 ml Dendam Silam hingga kembang. Campurkan dengan adunan yang diayak tadi perlahan-lahan. Kacau rata. Selang selikan dengan setengah cawan Pengorbanan dan 3 sudu besar Air Mata. Bila sebati, masukkan hirisan Kesetiaan. Kacau dengan teknikfolding. Tuang ke dalam baking tray dan bakarlah sepuas hati. Hias dengan kuntum senyuman. Voila!

Thursday, 2 July 2015

The Privileged , Korean Drama


Yuhuuu...

Siapa setiap hari Selasa dan Rabu dok terpacak depan tv bukak channel SBS
sebab nak tengok drama The Privileged ni?
Cepat memasing angkat tangan!!
hahahahaha.....

Zyra salah seorang daripada mangsa keadaan daripada terus melekat depan TV sebab
nak tengok drama ni punya pasal..
hehehehe....

Hero-hero nye semua Zyra suka.
especially Hyungsik daripada group Ze'a tu.
alahaiiii comel betul mata dia..

Bagi Zyra, drama ni best bukan saja sebab pelakon-pelakon dia memang talented,
tapi jalan cerita drama ni sendiri.

SINOPSIS
Jang Yoon-ha is the youngest daughter of a chaebol family. Despite her wealth, she works part-time at a food market and hides her true identity as an heiress because all she wants is to find a man who'll love her for herself and not her money.Choi Joon-ki grew up in extreme poverty, and has a huge chip on his shoulder about his poor parents being belittled. Now working as a middle manager for a conglomerate, Joon-ki is smart and talented but also jaded and calculating, believing that love is a luxury only for the wealthy.


 Makin lama makin ter'melting pula tengok si Hyungsik ni. 
Sekian lama Zyra melupakan dia lepas Romantic & Idol dah habis, time tu apak laaa romantik gila Hyungsik ni okeyh!


 That smiling eyes!!
aigoooooo
:P

Friday, 12 June 2015

Rose Water Body Care Travel Set by Guardian , LES TEENTATIONS


Assalamualaikum readers.
Salam Jumaat semua.

setelah genap seminggu Zyra hadiahkan diri sendiri dengan hand cream Etude House, (HAHAHA...)
Zyra beli pula this cute body care travel set.


Maaf lah kalau gambar tak cukup jelas...
Maklum lah kita pakai handphone murah, so kualiti camera pon so-so je lah!
Alang alang Guardian dah depan mata, so zyra decide la pergi masuk..
Niat dalam hati nak beli 1 barang je..
Last last ada juga benda lain dibeli nya!!
ok typical Zyra...
hehehe....

Set ni terdiri daripada body wash, body scrub dan body lotion.
ada 3 pilihan bau, rose, grape and lagi 1 apa tah , lupa!!
zyra suka bau grape..
tapi MALANGNYA 2 bau tu takde travel set!!!
yang ada hanya untuk bau ROSE SAHAJA!!
ohh kecewa nyaaa!!!

tapi disebabkan travel set ni nampak MACAM CANTIK JE, MACAM COMEL JE....
Zyra beli juga lah even memang tak suka langsung bau ROSE!
sometimes rasa busuk la bau ROSE ni..
hahahaha.....

Harga untuk 1 set ni cuma RM16.88 sahaja.
Ada dekat Guardian je taw!!
Jangan pergi cari kat Watson or Parkson pula..

:D

Tuesday, 9 June 2015

Novel Fixi KATARSIS by Anastasia Aemilia


Assalamualaikum readers.

ada tak antara readers salah seorang pengemar novel fixi??
ok, novel fixi ni pon dah jadi macam trend, betul tak??
bagi zyra, novel fixi memberi kelainan dan menarik untuk dibaca.

antara novel Fixi yang zyra suka adalah KATARSIS.
hasil karya penulis dari Indonesia, Anastasia Aemilia.
semua tulisan telah diolah kepada bahasa Melayu kita, so mudah la untuk difahami.

Menceritakan kehidupan seorang gadis bernama Tara.
Tara pernah diculik dan dikurung didalam sebuah bekas perkakas kayu.

Cerita thriller ni sangat menarik so readers kena beli dan baca sendiri!
hehehe...

zyra tak nak story panjang panjang..
tak syok la kalau macam tu kan...

:P

* ni adalah cover asal novel KATARSIS.
tah kenapa, zyra lagi suka cover yang ni
nampak lagi psiko si Tara ni hah!

Etude House Hand Bouquet Oh Happy Day


Assalamualaikum.

Rindu pula nak update blog ni haa..
bukan apa, mood nak update tu tak berapa nak datang !
hehehe..

Last Friday, zyra ada pergi shopping complex, KL Festival City.
Kebetulan dah lalu depan Etude House, so mata pon melilau je
tengok barang barang kat atas rak tu hah!!

Dah lama zyra usha hand cream dari jenama Etude House ni..
well, semua dah tahu kan brand ni dari Korea.
so harga nye pon agak mahal sikit lah.

Guest what, Etude House tengah buat promotion untuk hand cream Oh Happy Day ni taw!
1 tube cuma RM10 !!!!!

LIKE SERIOUSLY???!!!

tak nak fikir panjang, terus je grab mana yang zyra berkenan.
kalau tak beli, nanti balik menyesal.
ye la, normal price tak silap zyra, RM23.++ just for 1 tube!

rasa membazir pula kalau beli mahal mahal kan??
dah alang alang tengah murah, so kita pejam mata je lah!
hehehe...

Wednesday, 13 May 2015

My Collection


Assalamualaikum
ramai kaki novel and 'ulat buku' rasa heaven gila bila setiap kali dapat baucer buku.
masa tu lah boleh menyakan beli novel idaman dengan menggunakan baucer RM250 tu..
hehehe....

so far, zyra dah dapat beli novel idaman hati yang dari dulu tak beli beli!!!
novel Joyland dan Sumbat.
tak sabar nak baca novel Sumbat tu!!


kebanyakan novel-novel di atas semua nya zyra dah habis baca.
yang dalam proses 'membaca' sekarang ni, novel KATARSIS.
so, ada berbaki lagi 2 novel yang zyra tak baca lagi,
novel THE GIRL WITH ALL THE GIFT dan SUMBAT.

novel apa yang readers beli menggunakan baucer yang dapat haritu??
share lah sikit..
hehehe..
zyra masih ada baucer RM50 tak guna lagi...

:D

Tuesday, 12 May 2015

Furry Pals Bathing Sand Strawberry Flavour for Hamster

* can you see Valentine there? hahaha....

Assalamualaikum..

nak tayang bathing sand anak bulus kita yang baru!!
hahahaha kepohh la kau minahhhh...

pet shop yang zyra selalu pergi tutup pula.
aishhh terpaksa la pergi pet shop lain.
niat di hati nak beli makanan dan juga bathing sand diaorang ni haa...
tapi pet shop tu tak banyak pilihan pula!!
so beli je la apa yang ada..

first time try guna bathing sand yang ada warna macam ni..
ada bau strawberry (pink),
blueberry (blue)
vanilla (putih)
cheesse (kuning)

saja try bau strawberry ni.
tapi bau dia tak kuat mana pon.
tapi disebabkan cantik pula, siap ada blink blink, so zyra beli je la.
hahaha...

tak boleh blah betul Luhan ni..
tabur je dalam tu, terus dia pergi landing!!!
boleh pulak dia pegi tido hahaha....

Mino join the club!!!!

macam cantik pula sand ni sebab ada glitter bagai..
diaorang ni ada la juga pepe kat situ, tapi so far takde bau lagi.
salah satu kelebihan bathing sand ni, dia memang bagus untuk serap bau..

^^