Followers

Monday, 17 November 2014

suamiku encik sotong


ASSALAMUALAIKUM^^

zyra baru je habis tengok drama Suami ku Encik Sotong di astro.
memang best kan drama lakonan Sharnaaz ni..
asyik nak tergelak je..
hahahaha...

drama ni diadaptasi daripada sebuah novel yang tajuk nya juga sama,Suami Ku Encik Sotong.

Sinopsis
ERICA SOFFEA melonjak kegembiraan. Mana tidaknya, dialah bakal peneraju Khaleeda Holding. Walaupun hubungannya dengan arwah nenda bu-kanlah baik sangat pun. Terasa macam hendak buat aksi akrobatik ketika namanya diumumkan. Naik senak kepala Erica bila dia terpaksa dijodohkan dengan sotong peliharaan nendanya, Farish. Dah lah tak macho, pakai baju warna pink. Kalau bercakap tangan bukan main lentik lagi macam orang nak main mak yong. Farish terpaksa menerima Erica kerana dua sebab. Pertama, sebab wasiat arwah Tengku Khaleeda. Kedua, kerana tidak tahan dengan perangai berlagak Erica. Lagipun bukan lama sangat dia perlu bergelar suami pada diva berlagak itu, tiga tahun sahaja. Dalam tempoh perkahwinan mereka jatuh cinta. Tapi... cinta itu bukan milik mereka berdua. Milik siapa ya?Peninglah, kalau dah dapat suami sotong. Bukan hanya lembut fizikaltapi lembut juga hatinya. Erica pula terpaksa terus bersama dengan Encik Sotongnya kerana cinta. Encik sotong bukan lelaki biasa, tetapi lelaki yang sanggup berkorban segala-galanya demi tidak mahu melihat Erica merana. Walaupun jiwa lelakinya menderita, tapi sampai bila?

“Amboi sedap aje mulut kau mengata kat aku. Aku pun tak ingin nak ambil perempuan macam kau ni jadi isteri aku tau. Mulut macam puaka.” - Farish

“Bukanlah Kak Ain, bukan Rica nak sembunyikan suami Rica. Tapi dia sibuk maklumlah nak jahit baju pertunangan Izhan dengan Qarina. Faham-faham ajelah golongan tengku-tengku ni bertunang pun kena buat yang grand. Baju tu kalau boleh bukan setakat labuci, lampu lip-lap tu pun kalau boleh suruh dipasang kat baju. Itu yang suami saya sakit kepala. Nak fikir macammana nak letak lampu lip-lap kat pergelangan tangan.” - Erica
sejujurnya lakonan Sharnaaz Ahmad memang hebat..
beri je la watak apa pon kat dia..
memang sempoi je dia berlakon.
zyra memang dari dulu suka tengok lakonan dia,even tak semua drama lakonan dia zyra tengok.
well sebab sibuk dengan kolej pe semua.

kita lupa kan la kisah silam Sharnaaz yang dulu agak kurang baik tu.
sebab bagi zyra semua orang ada buat silap.
and setiap orang ada baik,ada jahat dia yang tersendiri.
itu prinsip zyra.

*zyra tak pernah baca lagi novel ni
so kena la tengok drama je kan.
dah alang-alang Sharnaaz pulak yang berlakon hehe

1 comment:

Izzati Amira said...

sharnaaz ni bila ade rambut nampak laa hensem dia tu banyak sikit. kalo botak kita takut.. hahah

klik inti 5x (: