Followers

Tuesday, 18 November 2014

Novel Rahsia Perindu


Assalamualaikum^^

siapa pernah baca novel Rahsia Perindu hasil karya Ramlee Awang Murshid??
memang superb lah novel ni!!!
RAM memang dah terkenal dengan hasil karya nya yang berunsur thriller!!!
serius memang suka baca novel genre macam nie.

Sinopsis
Amylia bersetuju membela seorang penjenayah yang kemungkinan besar akan menghadapi hukuman mati mandatori kerana membunuh. Setelah meneliti mental anak guamannya, Amylia mendapati sesuatu yang tidak munasabah berlaku. Dia memohon perintah mahkamah untuk mendapatkan khidmat doktor psikiatri bagi melakukan psikoanalisis.

Dr. Azlan mendapati anak guaman Amylia; Leopard mengalami gangguan mental. Pada masa yang sama, usahanya membela Leopard mendapat rintangan. Amylia yang diburu ketakutan mengalami perubahan emosi. Namun begitu, dia tidak mudah mengalah walaupun nyawanya sentiasa diburu maut oleh pembunuh yang sentiasa mengintai pergerakannya. 

Perjuangan tetap diteruskan juga. Oleh kerana tidak tertahan menanggung pelbagai dugaan, suatu hari Amylia jatuh pengsan. Dan apabila dia sedar semula, segala-galanya telah berubah. 

*bagi pendapat zyra,novel ni sangat menarik!!!
kalau readers tak fokus and suka skip chapter,then readers tak akan faham jalan cerita novel ni.
zyra respect gila dekat writers yang buat cerita yang berunsur kan thriller macam ni.
mereka sangat kreatif dan daya imaginasi mereka sangat tinggi!!

bila baca novel ni,sometimes zyra pula boleh jadi sakit mental sebab terlalu feeling sangat!
hahaha...
whatever is,sila la beli dan baca novel ni kalau ada readers yang tak pernah baca lagi.
memang tak rugi beli^^

No comments: