Followers

Wednesday, 26 November 2014

MISTERI TERKABULNYA DOA


ASSALAMUALAIKUM^^

hari ni zyra nak share bahan bacaan yang zyra suka sangat baca.
sangat tertarik dengan tajuk buku ni,belek-belek sikit then terus beli.
Misteri Terkabulnya Doa tulisan Muhammad Suhadi yang berasal dari Blora,Jawa Tengah,Indonesia.

di bawah adalah sedikit ilmu yang zyra nak share dengan readers hasil pembacaan buku ni:

DOA YANG DIKABULKAN OLEH ALLAH

PERTAMA:Penuhi syarat-syarat berdoa
  1. Tanamkan sifat ikhlas dalam hati
  2. Lakukan sesuatu dengan tuntutan Rasulullah s.a.w

KEDUA:Laksanakan adab-adab berdoa
  1. Memulakan dan menutup doa dengan pujian kepada ALLAH S.W.T dan selawat ke atas Rasulullah s.a.w
  2. Mantapkan hati ketika berdoa
  3. Jangan terburu-buru mengharap kan pengabulan doa
  4. Tidak meninggikan suara
  5. Menghadap ke arah kiblat
  6. Mengangkat kedua-dua belah tangan
  7. Berdoa dengan kusyuk
  8. Berbaik sangka dengan Allah
  9. Berdoa berulang-ulang kali

KETIGA:Pilih waktu yang tepat

  1. Ketika bersujud
  2. Ketika berpuasa pada bulan Ramadhan
  3. Malam lailatulqadar
  4. Berdoa antata azan dan iqamat
  5. Pada hari Jumaat
  6. Sepertiga malam terakhir
  7. Sesudah solat fardhu
  8. Ketika hari hujan

DOA-DOA YANG DIKABULKAN
  1. Doa seorang Muslim kepada saudara Muslimnya tanpa pengetahuannya.
  2. Doa orang yang teraniaya
  3. Doa baik daripada ibu bapa kepada anaknya
  4. Doa buruk daripada ibu bapa kepada anaknya
  5. Doa anak yang berbakti kepada ibu bapanya
  6. Doa musafir
  7. Doa orang berpuasa
  8. Doa pemimpin yang adil
  9. Doa orang yang baru bangun tidur
  10. Doa orang yang berdoa seperti doa Dzub-Nun (Nabi Yunus)
  11. Doa orang yang pergi haji,umrah dan orang yang berperang di jalan Allah

*semoga sedikit ilmu ni boleh menambah pengetahun readers ye^^
dan juga semoga doa-doa kita akan dikabulkan oleh ALLAH s.w.t
insyaallah

2 comments:

Liza Licha said...

nice sharing dear

Liza Licha said...

nice sharing dear :)