Followers

Sunday, 30 November 2014

colourful teddy and christmas^^

comel nye!!!
macam-macam warna ada!!

YUHUUUU......

second entry for tonight..
hehehe...
ok zyra nak cerita pulak petang tadi lepas ziarah kubur arwah opah,zyra ada pergi beli barang di Giant,Batu Caves.
biasa la kan kalau dah masuk sana,merayap semua tempat tengok apa yang best boleh dibeli..

sampai la kat satu part tu,mata zyra terus tertarik kat susunan colourful teddy bear and ada christmas tree.

setiap tahun,zyra akan ternanti-nanti kan christmas season ,sebab apa??
haaa sebab-sebab macam ni la!!!
semua barang-barang yang dijual sangat comel and colourful...bling bling...!!
wahhh!!!
^^

disebabkan zyra ni memang suka kan teddy bear,and sangat tak tahan dengan godaan kelembutan si bulus gebus tu,zyra pon decide beli la sorang..
ditambah pula dengan harga nye yang TERSANGAT MURAH!!
just RM10 je??
my god...serious macam tak percaya!!banyak kali zyra check harga tu..
hehehe...
bertambah la sorang lagi anak beber zyra..

jenuh pikir nak beli warna apa tadi..hahaha...
ni pon nama tak cari lagi ni..
readers ada any suggestion tak??

^^

pizza,okonomiyaki pin cake and sushi,kasi borong semua!!


ASSALAMUALAIKUM^^

nampak tak apa kat atas tu??
amboiiii mak ngah meriah betul kan??
hahahaha....
ni makan ke melantak ni??!!!

nak cerita semalam zyra dan kakak-kakak zyra pergi Jaya Jusco Wangsa Maju.
seminggu sekali kitaorang adik-beradik memang suka cari makan macam tak pernah makan SETAHUN!!!!
pantang nampak makanan je terus je pergi beli..

kebetulan masa lalu kat area bakery dalam JJ,ternampak la orang jual pizza 5 keping,percuma 1 keping.
haaa apa lagi kitaorang terus la pilih 6 flavor untuk beli...
pergh!!!!
dah macam apa je...
ohh ye,bukan setakat beli pizza,sushi dan okonomiyaki pin cake(ehh betul ke nama dia?hahaha...),tapi kitaorang pon ada beli roti and apple pie,DAN LAIN-LAIN PERISA..
;D

this is my apple pie..
masuk kereta terus bedal!!
kebetulan pula time ni hujan lebat ye..
ok sekian..

xoxo^^

Friday, 28 November 2014

Honey star pon boleh...

Dah berapa minggu tak makan popcorn my favorite tu..
Hahahaha...
Mengidam plak mak ni haaa..

Takpe la..kat rumah ada honey star pon jadi la.
Kuning jugak kan...
Tapi tak boleh jadi ni..nanti nak cari juga popcorn!!!

Thursday, 27 November 2014

kalau sehari tak baca surat khabar


ASSALAMUALAIKUM^^
amalan rajin membaca ni sangat bagus untuk kita semua..
especially untuk student.
salah satu hobi zyra juga adalah membaca.
tak kisah la baca buku cerita apa pon,novel ke ,blog ke.
yang pasti bahan yang boleh dibaca and haruslah bagi kita pengetahuan kan?
hahaha...

bagi zyra la kan,kalau sehari tak baca surat khabar,rasa macam tak lengkap je life zyra.
zyra akan menghadap "paper" tu berjam-jam untuk baca artikel apa yang ada.
zyra ni jenis malas nak tengok berita kat tv pukul 8 tu.
so,baca la paper untuk tahu perkembangan semasa.

memang lah kat internet kita boleh tahu perkembangan semasa juga,tapi zyra lagi puas kalau dapat baca surat khabar tu and belek 1-1 artikel.
tabiat zyra ,kalau sehari tak dapat baca surat khabar disebabkan takde masa,then esok tu zyra akan kumpul semua surat khabar yang zyra tak baca lagi.


*ok yang ni paling zyra anti!!
time nak baca je mesti ada penyibuk nak bertandang sekali...
ishhh sakit nye la hati kita ni haaaaaaaaaaaaaa!!

Krabby Patty ,Spongebob Squarepants


Haii readers^^

hari ni nak kasi share sikit antara Krabby Patty yang ada dijual di Krusty Krab.
Siapa antara readers suka makan burger??
ok kita geng!!!!!
zyra suka sangat makan burger.
for me,burger yang dijual di gerai tepi jalan adalah THE BEST!!
hehehehe...

ok jom kita tengok antara Krabby Patty yang dibuat oleh Spongebob Si Kuning tu.
^^

ORIGINAL KRABBY PATTY

ohhh sedap nya!!!!
untuk pengetahuan readers,cuma nama je Krabby,tapi bahan yang di gunakan adalah daging!
bukan ketam ye anak-anak..
hahahaha...
tipu je spongebob ni!

DOUBLE TRIPLE PATTY DELUXE

ok ni baru lah heaven kalau dapat makan....
kenyang habiiiiisssssss!!!
:'D

JELLY PATTY

jelly yang digunakan adalah obor-obor...
hahahaha pelik je kan spongebob ni,,
ada siapa-siapa nak makan burger ni??

PRETTY PATTY

masih menggunakan resepi/bahan yang sama.
cuma burger ni spongebob menambah bahan pewarna untuk pelbagai kan krabby patty nye 
:p

KRUSTY DOG

spongebob membentuk kan daging yang selalu digunakan menjadi seperti hot dog.
hahaha bijak budak ni rupanya..

KRUSTY KRAB PIZZA

ohhh ni lagi la heaven kalau dapat makan!!
piazza and burger adalah makanan favorite zyra okeennnnggg!!

KIDDIE PATTY

alolololo comel nye!!
tak sanggup nak makan..
hehehe..

SPONGY PATTY

Mr.Krab memberi idea untuk membuat krabby patty yang berkaitan dengan spongebob dan terhasil lah Spongy Patty.
bahan yang digunakan adalah span yang telah rosak.!
disebabkan pelangan mengadu sakit setelah makan Spongy patty,akhirnya burger tersebut tidak lagi dijual di Krusty Krab.

ok lah...
tu antara yang zyra boleh share hari ni.
ada lagi yang zyra tak tunjuk...
kang ada yang tak sanggup nak makan burger lepas ni..
oppppssss!!!!

^^



Wednesday, 26 November 2014

smile


*WE DESERVE TO
:D

MISTERI TERKABULNYA DOA


ASSALAMUALAIKUM^^

hari ni zyra nak share bahan bacaan yang zyra suka sangat baca.
sangat tertarik dengan tajuk buku ni,belek-belek sikit then terus beli.
Misteri Terkabulnya Doa tulisan Muhammad Suhadi yang berasal dari Blora,Jawa Tengah,Indonesia.

di bawah adalah sedikit ilmu yang zyra nak share dengan readers hasil pembacaan buku ni:

DOA YANG DIKABULKAN OLEH ALLAH

PERTAMA:Penuhi syarat-syarat berdoa
  1. Tanamkan sifat ikhlas dalam hati
  2. Lakukan sesuatu dengan tuntutan Rasulullah s.a.w

KEDUA:Laksanakan adab-adab berdoa
  1. Memulakan dan menutup doa dengan pujian kepada ALLAH S.W.T dan selawat ke atas Rasulullah s.a.w
  2. Mantapkan hati ketika berdoa
  3. Jangan terburu-buru mengharap kan pengabulan doa
  4. Tidak meninggikan suara
  5. Menghadap ke arah kiblat
  6. Mengangkat kedua-dua belah tangan
  7. Berdoa dengan kusyuk
  8. Berbaik sangka dengan Allah
  9. Berdoa berulang-ulang kali

KETIGA:Pilih waktu yang tepat

  1. Ketika bersujud
  2. Ketika berpuasa pada bulan Ramadhan
  3. Malam lailatulqadar
  4. Berdoa antata azan dan iqamat
  5. Pada hari Jumaat
  6. Sepertiga malam terakhir
  7. Sesudah solat fardhu
  8. Ketika hari hujan

DOA-DOA YANG DIKABULKAN
  1. Doa seorang Muslim kepada saudara Muslimnya tanpa pengetahuannya.
  2. Doa orang yang teraniaya
  3. Doa baik daripada ibu bapa kepada anaknya
  4. Doa buruk daripada ibu bapa kepada anaknya
  5. Doa anak yang berbakti kepada ibu bapanya
  6. Doa musafir
  7. Doa orang berpuasa
  8. Doa pemimpin yang adil
  9. Doa orang yang baru bangun tidur
  10. Doa orang yang berdoa seperti doa Dzub-Nun (Nabi Yunus)
  11. Doa orang yang pergi haji,umrah dan orang yang berperang di jalan Allah

*semoga sedikit ilmu ni boleh menambah pengetahun readers ye^^
dan juga semoga doa-doa kita akan dikabulkan oleh ALLAH s.w.t
insyaallah

Tuesday, 25 November 2014

Kursus Penjenamaan Imej ABC bersama Encik Hafiz Mustapha di Hotel Vistana

*bersenang-lenang kat belakang macam hotel aku yang punyaaaaa!!
hahahahahahahaha..*laugh evil ;D

ASSALAMUALAIKUM^^

banyak hari zyra tak update blog..
mana hilang??
ohh minggu ni banyak pula aktiviti nye..
so tak sempat nak on lappy ke nak update blog bagai.


zyra nak share cerita yang zyra terjebak secara tak sengaja dengan Kursus ni.
hahahah..
zyra bukan peserta pon ye..
just ikot kakak zyra yang juga terlibat dengan kursus ni.
so it's good jugak la sebab at least zyra boleh dapat new info about penampilan daripada Encik Hafiz Mustapha.

*hasil pencarian di google.

Encik Hafiz ialah seorang fashion blogger,image consultants dan harus lah seorang speaker yang aktif membuat seminar like this.
mesti ramai hot bloggers kat luar sana kenal dengan Encik Hafiz ni kan?
beliau sangat sporting and very friendly.
and talk beliau juga sangat bagus.

time nie kakak zyra tengah tunjuk simple make-up untuk ke office and bagi tips-tips about solekan dan skincare yang lain.
well..harus lah peserta wanita yang berminat lebih kan??
haha..
btw kalau ada yang berminat untuk mendapatkan khidmat solekan perkahwinan,boleh la usha-usha dulu page kakak zyra ni ye ,NAZA SENTUHAN DERIINA atau pon di FB


Saturday, 22 November 2014

esok kawan nak sanding,kau???


haii readers....
macam biasa,time time macam ni la zyra baru rasa ada feel nak update blog.
berbalik dengan title.apa cer tu kan??

ok..esok kawan zyra,classmate kat kolej nak bersanding.
tapi sayang nye zyra tak dapat pergi wedding dia,so zyra just sent text saja la kat dia.
rasa terkilan juga tak dapat pergi.

ramai antara kawan zyra yang dah bertunang dan nak berkahwin.
alhamdulillah cepat jodoh dia orang kan.
some times jealous jugak!!hahahaha....

zyra bila lagi??
pergh!!!
tu memang syahdu kalau fikir kan.
praktikal pon baru nak start..
graduate pon belum..
paling tragis,takde siapa pon nak kat zyra!!
hahahaha..

still tak de yang nak pandang zyra ni.
zyra tak mintak lebih pon.
dapat encik husband macam Song Jae Rim pon jadi lah!
kahkahkah,,,


Friday, 21 November 2014

Magic Fast Henna Tube


ASSALAMUALAIKUM^^
malam ni sengaja zyra nak tayang kuku tangan zyra yang dah bertukar warna..!
hehehe...

untuk pengetahuan readers,yang zyra pakai ni bukan pewarna/pengilat kuku yang biasa tu.
tapi ini adalah inai/henna.
haaa mesti ada setengah daripada readers tak pernah dengar dan lihat,bukan??

ni la kotak nye kalau readers nak tahu.
inai ni firstime kat India taw!!
wahh wahhh...
ok mana zyra beli inai ni??
ohh bukan zyra yang beli tapi kakak zyra.
*perghhhh!!kakak lagi..haha
ye KAKAK,sebab zyra ada 4 KAKAK takde langsung ABANG!

dia cakap dia beli kat kawan dia.
kebetulan pula kawan dia berkahwin dengan lelaki berbangsa India.

*mohon abaikan tangan yang serupa lelaki tu :D

so ni dia hasil nya bila dah kering.
gila kan....?
setiap jari zyra buat lain-lain warna!hahaha...
yang paling syok,lagi seminggu lebih daripada sekarang zyra dah nak start praktikal tapi boleh pula zyra pergi buat kuku macam ni.

ya ampunnnn...
harap sempat la hilang inai ni.
kalau tak habis la zyra nanti :'D

Thursday, 20 November 2014

puding roti untuk lunch tadi^^


ASSALAMUALAIKUM^^

sekian lama tak makan puding roti.
hari ni bangun tido je tengok-tengok kakak zyra dah buat .
hahahaha...
rezeki hari ni dapat makan^^

harap kan zyra yang nak buat memang tak la.
bukan pandai pon.
hahahahaha..
tapi kalau ada resepi insyaallah boleh kot buat sendiri.

:p

Wednesday, 19 November 2014

Aloevera Moisture Soothing Gel

Alhamdulillah...
Hari ni cuaca agak baik..
Cerah juga di luar tu..
Terasa panas lah hari ni , sekarang musim hujan je kan...
asyik Mendung je kat KL ..

Disebabkan hari ni rasa panas sikit, zyra pon pakai la moisture soothing gel keluaran Dabo Eco Life Style ni..

Bila pakai, rasa sejuk je..
Kulit muka pon rasa tegang..
Muka zyra jenis berminyak, so bila pakai gel ni muka pon kurang berminyak ^^
Bau gel ni pon wangi je...
Suka betul lah.

Banyak lagi manfaat moisture soothing gel ni..
Readers boleh Google,mesti terus tertarik nak cuba pakai. Hehehe..

Tuesday, 18 November 2014

Novel Rahsia Perindu


Assalamualaikum^^

siapa pernah baca novel Rahsia Perindu hasil karya Ramlee Awang Murshid??
memang superb lah novel ni!!!
RAM memang dah terkenal dengan hasil karya nya yang berunsur thriller!!!
serius memang suka baca novel genre macam nie.

Sinopsis
Amylia bersetuju membela seorang penjenayah yang kemungkinan besar akan menghadapi hukuman mati mandatori kerana membunuh. Setelah meneliti mental anak guamannya, Amylia mendapati sesuatu yang tidak munasabah berlaku. Dia memohon perintah mahkamah untuk mendapatkan khidmat doktor psikiatri bagi melakukan psikoanalisis.

Dr. Azlan mendapati anak guaman Amylia; Leopard mengalami gangguan mental. Pada masa yang sama, usahanya membela Leopard mendapat rintangan. Amylia yang diburu ketakutan mengalami perubahan emosi. Namun begitu, dia tidak mudah mengalah walaupun nyawanya sentiasa diburu maut oleh pembunuh yang sentiasa mengintai pergerakannya. 

Perjuangan tetap diteruskan juga. Oleh kerana tidak tertahan menanggung pelbagai dugaan, suatu hari Amylia jatuh pengsan. Dan apabila dia sedar semula, segala-galanya telah berubah. 

*bagi pendapat zyra,novel ni sangat menarik!!!
kalau readers tak fokus and suka skip chapter,then readers tak akan faham jalan cerita novel ni.
zyra respect gila dekat writers yang buat cerita yang berunsur kan thriller macam ni.
mereka sangat kreatif dan daya imaginasi mereka sangat tinggi!!

bila baca novel ni,sometimes zyra pula boleh jadi sakit mental sebab terlalu feeling sangat!
hahaha...
whatever is,sila la beli dan baca novel ni kalau ada readers yang tak pernah baca lagi.
memang tak rugi beli^^

Pewarna Rambut Alaisyah,Koper




ASSAMALUALAIKUM^^
sekian lama zyra nak buat review pewarna rambut Alaisyah,Koper ni.
tapi asyik terlupa je.
hehe...

actually dah lama zyra warnakan rambut menggunakan pewarna ni.
dan alhamdulillah..
akhirnya dapat jugak warna yang zyra nak selama ni.


bagi mereka yang beragama Islam tak perlu risau sebab pewarna rambut Alaisyah ni halal.
dah 2 kali zyra warna kan rambut dan masih tak dapat warna yang macam zyra nak .
so kali ke tiga ni ,menjadi juga!!

pada pendapat zyra,jenama Alaisyah nie not bad.
bau tak terlalu kuat,agak wangi.
yang penting rambut zyra tak terlalu kasar bila warnakan menggunakan pewarna tu.

rambut zyra tak terlalu terang macam dalam kotak tu
but still boleh nampak la ..

kalau ada readers yang nak cuba,di persila kan^^
hehe..


Monday, 17 November 2014

suamiku encik sotong


ASSALAMUALAIKUM^^

zyra baru je habis tengok drama Suami ku Encik Sotong di astro.
memang best kan drama lakonan Sharnaaz ni..
asyik nak tergelak je..
hahahaha...

drama ni diadaptasi daripada sebuah novel yang tajuk nya juga sama,Suami Ku Encik Sotong.

Sinopsis
ERICA SOFFEA melonjak kegembiraan. Mana tidaknya, dialah bakal peneraju Khaleeda Holding. Walaupun hubungannya dengan arwah nenda bu-kanlah baik sangat pun. Terasa macam hendak buat aksi akrobatik ketika namanya diumumkan. Naik senak kepala Erica bila dia terpaksa dijodohkan dengan sotong peliharaan nendanya, Farish. Dah lah tak macho, pakai baju warna pink. Kalau bercakap tangan bukan main lentik lagi macam orang nak main mak yong. Farish terpaksa menerima Erica kerana dua sebab. Pertama, sebab wasiat arwah Tengku Khaleeda. Kedua, kerana tidak tahan dengan perangai berlagak Erica. Lagipun bukan lama sangat dia perlu bergelar suami pada diva berlagak itu, tiga tahun sahaja. Dalam tempoh perkahwinan mereka jatuh cinta. Tapi... cinta itu bukan milik mereka berdua. Milik siapa ya?Peninglah, kalau dah dapat suami sotong. Bukan hanya lembut fizikaltapi lembut juga hatinya. Erica pula terpaksa terus bersama dengan Encik Sotongnya kerana cinta. Encik sotong bukan lelaki biasa, tetapi lelaki yang sanggup berkorban segala-galanya demi tidak mahu melihat Erica merana. Walaupun jiwa lelakinya menderita, tapi sampai bila?

“Amboi sedap aje mulut kau mengata kat aku. Aku pun tak ingin nak ambil perempuan macam kau ni jadi isteri aku tau. Mulut macam puaka.” - Farish

“Bukanlah Kak Ain, bukan Rica nak sembunyikan suami Rica. Tapi dia sibuk maklumlah nak jahit baju pertunangan Izhan dengan Qarina. Faham-faham ajelah golongan tengku-tengku ni bertunang pun kena buat yang grand. Baju tu kalau boleh bukan setakat labuci, lampu lip-lap tu pun kalau boleh suruh dipasang kat baju. Itu yang suami saya sakit kepala. Nak fikir macammana nak letak lampu lip-lap kat pergelangan tangan.” - Erica
sejujurnya lakonan Sharnaaz Ahmad memang hebat..
beri je la watak apa pon kat dia..
memang sempoi je dia berlakon.
zyra memang dari dulu suka tengok lakonan dia,even tak semua drama lakonan dia zyra tengok.
well sebab sibuk dengan kolej pe semua.

kita lupa kan la kisah silam Sharnaaz yang dulu agak kurang baik tu.
sebab bagi zyra semua orang ada buat silap.
and setiap orang ada baik,ada jahat dia yang tersendiri.
itu prinsip zyra.

*zyra tak pernah baca lagi novel ni
so kena la tengok drama je kan.
dah alang-alang Sharnaaz pulak yang berlakon hehe

Sunday, 16 November 2014

The Triplets ,The Return Of Superman


Aiigoooooooo....!!
kyeopta!!!
seronok nye kalau ada baby kembar macam ni..
bukan kembar 2 ok,kembar 3!!!
memang pening jugak la nak jaga kan..
hehe..

petang tadi syok je tgk Return Of Superman.
ralit tgk dorang..
^^

triplets ni memang famous dalam reality show,The Return Of Superman.
Manse,Minguk dan Daehan.

sejujurnya zyra ada masalah nak kenal kembar!!
zyra ada classmate kembar since sekolah rendah sampai lah sekolah menengah,
tapi still tak cam muka dorang!!
nama je ingat,tapi tuan badan tak cam sangat muka!
hahaha..
daya ingatan zyra memang agak lemah.
betul tak tipu.
:'D

zyra paling suka Manse.
sebab dia paling comel.
tapi actually 3-3 comel kan,dah nama pon kembar.hehehe
Manse ni aktif sikit..tu pasal zyra suka dia..
nakal pon dia jugak la!!

alololo....
comel nye!!!!
geram betul lah tengok triplets nie..
kalau lah ada rezeki dapat baby kembar..
pffttt!!
hahaha...

xoxo^^

cara mudah untuk memakai lip tint


ASSALAMUALAIKUM^^

siapa di antara readers yang suka pakai lip tint??
mesti ramai yang suka betul tak??
dah la ada pelbagai warna.
bau pon wangi and botol nye pula sangat comel!!

zyra tak berapa suka sangat pakai lip tint sebab tah kenapa rasa macam susah je nak apply.
and bila pakai rasa macam pelik je???hurrrmmmmm......
so far zyra ada 1 je,jenama obuse no.4
agak terang jugak warna merah tu bila dah pakai even zyra rasa macam tak terang masa beli.

*mohon abaikan parut jerawat itu!
tengok gambar ni pon rasa macam dah seram kan?hahaha

macam cacat je bila zyra pakai lip tint ni.
hahahaha...
sebab tu zyra lagi suka pakai lip gloss..
and zyra jarang pakai lipstick.
bila dah start belajar and ambil course secretary ni,ada la jugak try pakai lipstick bila pergi kolej.
huhu^^

cara mudah memakai lip tint:
hasil pencarian di google.
bukan susah pon nak pakai lip tint ni.
sama je macam lip gloss pe semua.
cuma tah laaa.....
zyra kurang berjodoh kot dengan lip tint ni.
hahaha..