Followers

Wednesday, 9 April 2014

Dendam Ratu Ular!!


Assalamualaikum..
awesome tak title entry zyra malam nie??
DENDAM RATU ULAR??
apakah??
alaa dah tengok gambar so mesti la korang dah tahu kan pasal apa...

actually tu tajuk novel yang tengah zyra baca sekarang..
*ok tak!!sebenarnya bacaan zyra tergendala sebab "terlayan" k-drama Master's Sun
huhu^^

seram tak gambar nie??
oh please la kata seram!!
hahaha...
dah macam cik ponti dah dengan rambut serabainya...

by the way novel nie agak best jugak taw..
seram tapi still ada selit cinta cintun juga la...

Sinopsis
KAIRA, gadis malang yang menjadi mangsa hinaan penduduk kampung disebabkan fizikalnya yang cacat dan hodoh. Akibat perbuatan khianat Kalsum yang sekian lama menyimpan dendam terhadap keluarganya, rumahnya dibakar. Neneknya terbunuh dalam kejadian itu. Kaira yang terselamat dari bencana itu kini hilang tempat bergantung hidup.

Dia membawa diri jauh dari kampung bersama segunung rasa sedih dan dendam yang berapi. Segalanya berubah apabila dia dihumban ke dalam sebuah perigi buta oleh satu kuasa ghaib,lalu bertemulah Kaira dengan Raja Ganerin,iaitu raja ular jadian daripada bangsa jin. Syarat perjanjian dimeterai, Kaira berubah menjadi cantik tetapi sangat berbisa! Dengan kecantikan miliknya, dia kembali untuk melunaskan dendam. Namun cinta yang akan menjadi racun dalam hidupnya datang tanpa diduga. Keadaan menjadi semakin sukar. Derita sentiasa mengekori Kaira.

“Bagaimana untuk aku hidup bersamanya, sedangkan dia begitu taat kepada TUHANnya? Manakala aku pula makhluk yang dilaknat.” – KAIRA

“Sayangku, usahlah kau menangis. Aku ada bersama kau. Kau bukan lagi manusia biasa. Kini kau menjadi milikku. Jasad kau saja manusia. Tetapi jiwa kau sudah mati! Kau kini makhluk jadian. Kau adalah ratu ular!” - RAJA GANERIN

“Kalau kau berani, cubalah! Aku juga akan pastikan kau tak akan terlepas. Kau jangan lupa, walaupun itu cadangan aku, tapi kau yang membakar rumah tu!” – KALSUM

sesiapa yang tak pernah baca lagi cuba la baca novel yang macam nie pulak..
zyra beli guna baucer buku yang zyra dapat baru-baru nie..hehe
dah bosan baca yang cinta je so try baca yang seram-seram pulak..

p/s:bila mood dah datang baru zyra sambung balik baca novel nie haha


2 comments:

Lee Wa Wan said...

novel angker ke wey...ohhh seram >_<

Keranda Malam said...

Mekasih dear