Followers

Monday, 29 December 2014

Cheap & Cute BluePink Earphone^^


yeahhh!!!!
see my new cutie earphone??!!
comel kan??
ohh please lah kata comel.!!
hahahahha....

zyra dah berkenan dengan earphone ni since last Friday lagi..
warna dia yang sangat menarik perhatian ku dan kotak dia sangat comel ok!!
ada butterfly bagai!!
hahaha...
harga dia pon sangat murah tapi condition dia so far , not bad!!
boleh dengar oii beats dia..!!
superb!!

tragedi malang telah berlaku dekat earphone zyra yang selama ni zyra tatang bagai minyak yang penuh..
earphone original handphone Lenovo zyra dah putus sebab kucing kakak zyra pergi KUNYAH!!!!!!

ohhh i hate that beruk!!
beruk ok...not kucing...!!hahahaaha
beruk warna kelabu tu lah yang telah korban kan earphone pengarang jantung zyra!!
(beruk adalah gelaran terhormat zyra bagi kat kucing-kucing kakak zyra!!!)

disebabkan zyra memang tak boleh hidup kalau takde earphone, so zyra beli lah baru.
actually ada je lagi 1 earphone, tapi yang tu mic dia no good la weyh!!!

hope my cutie earphone ni tak terkorban lagi dimulut beruk tu!
huh!

Sunday, 28 December 2014

johnson's baby cooling gel lotion


ASSALAMUALAIKUM

malam ni nak share dengan readers losyen apa yang zyra suka pakai..
haa yang kat atas tu lah losyen yang memalam zyra akan pakai before tido..
losyen ni memang best sebab dia sejuk!!!!
losyen ni memang lain dari losyen-losyen jenama johnson..

losyen ni agak cair, macam air je rasa..
tak rasa melekit pon!!
then bila kita pakai, memang sejuk berangin je..
before Malaysia mengalami musim hujan ni, tiap tiap hari panas je kan?
so memang zyra akan pakai losyen ni..
so, sejuk la sikit bila nak tido haaa..

readers kat luar sana pakai losyen jenama apa??
share lah sikit!
hehehe....

Saturday, 27 December 2014

Redondo Chocolate Cream Wafers christmas special


Kan zyra dah cakap, zyra memang pantang kalau tengok benda-benda yang berkaitan dengan Krismas ni...
disebabkan packaging ni comel sangat, then zyra pon dengan pantas, tengok harga, then terus beli!!
Rm3.99 tak silap harga dia..


bukan main comel pulak box ni haa...
box ni untuk yang christmas special sebab corak-corak box yang lain semua nye berkaitan dengan Krismas..
ada yang snowman...

lagipon zyra memang suka makan biskut stick macam ni haa...
so alang-alang beli laa..
boleh buat breakfast before pergi office..
hehe...

bukan setakat tu je...
zyra dengan kakak-kakak borong pula ASTICK ni haa...
sedap oiii...
YOGI pon beli jugak...

buruk lantak betul kitaorang ni 
hahaha...

Layan angin petang di tasik ulu yam


ASSALAMUALAIKUM^^

petang tadi zyra dan kakak-kakak pergi beli barang dapur kat Giant Batu Caves..
kebetulan pula masa tu cuaca baiikkkkk punya!!!!!!!!!
bukan main panas hah!!
siap makan ais-krim lagi kitaorang ...

dah habis beli barang , zyra ajak kakak-kakak zyra pergi lepak mana-mama tasik...
then diaorang cakap lepak je la  kat tasik ulu yam..
dah alang-alang dekat dengan Giant kan...

sampai sana je bukan main gelap gelita haaa!!!!
angin pon bukan main seram sejuk !!!!
sempat duduk dalam 10 minit ke 15 minit ha lepas tu terus hujan!!!
hahahahha....

tapi takpe la kan...
at least dapat jugak dapat angin petang ...
sempat la jugak kitaorang dok selfie bagai sambil tengok abang abang dok mancing ikan kat tasik tu....

hilang sikit bosan dari cuti krismas haritu duduk rumah je!!!!

Thursday, 25 December 2014

emilay whitening clear spot


ASSALAMUALAIKUM^^

zyra nak share sikit pengalaman zyra menggunakan collagen Emilay Whitening Clear Spot.
jujurnya zyra makan collagen ni tak lama pon...
ada la dalam sebulan 2 je..
lepas tu dah malas nak repeat order..
collegen ni zyra beli online kat INSTAGRAM.

bila kita makan ,kapsul tu ada rasa manis-manis sikit..
tapi bau minyak ikan tu still ada la...
muka zyra banyak parut jerawat ,then bila makan collagen ni ada la pudar sikit...
dah la warna kapsul tu ,purple..
rasa macam comel sangat hahahah!!!!!

harga collagen ni zyra memang dah lupa...
tapi rasanya tak mahal...
memang mampu milik especially student macam zyra..
harga dia maybe around RM 20 ke bawah!!

whatever is, produk ni not bad jugak...
so readers boleh la try kalau nak..

^^


Wednesday, 24 December 2014

Breakfast pisang goreng cheese!


yuhuuu!!!!
dah nak masuk waktu lunch ni....
ok excited nak makan!!
haha...

ni saja gedik nak tayang zyra breakfast tadi makan pisang goreng cheese.!
kelass tak i ??
hahahaha.....
semalam beli sampai 2 bekas/ RM10 
pastu tak habis so pagi tadi kasi masuk dalam microwave then kita telan untuk breakfast.

ok sekian
xoxo^^

Monday, 22 December 2014

Popcorn



Assalamualaikum readers...
Sejak-sejak ni tekak zyra asyik nak makan popcorn je...
Sekali beli bukan yang bekas biasa, tapi bekas yang besar taw!!!! 
Hahahaha... nampak tak teruk nye tahap craving zyra ni.. 
Tambah-tambah pulak popcorn ni ada colour colour pulak!! 
Bukan main suka zyra.....!! 
Hahaha.. bak kata kakak zyra, kanak kanak riang 
;D

Friday, 19 December 2014

Lotte French Cheese Ice Cream


Assalamualaikum readers tersayang^^

ada sesiapa yang terliur tak tengok ais krim zyra nie??
hehehehe...
finally hajat zyra nak makan aiskrim cheese tercapai juga!!!!
punya lah bertahun-tahun zyra berangan nak makan aiskrim cheese...
asyik terfikir je kat Malaysia ni mana aku nak jumpa??
lain la kat Overseas memang ada je kalau makanan pelik-pelik nie..


ais-krim ni zyra beli dekat Giant Batu Cave..
tak sangka pulak jenama LOTTE yang terkenal dengan produknya, PEPERO tu ada ais-krim juga....wahhh memang suka sangat la kan !!!


harga ais-krim ni dalam Rm3.++ atau Rm4.++ 
sorry ye sebab zyra pon dah lupa..
syok sangat makan ais-krim ni..
hahaha...
serious rasa ais-krim nie memang sedap gila!!!
tak terlalu muak, tak terlalu manis..
so-so je..
yang best nye ais-krim ni agak besar juga..puas makan!!!
and cone tu pula tak "crispy" macam ais-krim biasa.
tapi dia agak lembut..
bila makan, macam waffel laaaa....

funny kan sebab ni first time zyra makan..
padahal readers semua dah selalu je makan ais-krim nie..
hehe...
apa la kau zyra

:D

Silkygirl eye shadow flushed maple 08


Assalamualaikum

lepas lunch tadi kebetulan officemate zyra nak pergi Guardian..
so apa lagi kan, mata dok perhatian merata laaa....
bila dok usha-usha Silkygirl punya counter tu, then zyra pon ternampak eyeshadow ni tengah ada less ok!!!!
daripada harga asal Rm13.++ terus jadi Rm 10.33 !!!!!!!!!!!!!!!!!!!
murah la tu kan??????!!!!!!

even zyra dah ada eyeshadow colour yang lebih kurang ni, tapi zyra still DEGIL nak beli!!
hahahaha membazir je kan??
tapi ye la kan, bila fikir balik dah alang-alang harga dah murah so beli je la..
lagi pon size dia yang kecil ni senang nak masuk dalam handbag so boleh usung merata hala!!

^^


Thursday, 4 December 2014

MAMA 2014,exo won 4 awards!!!


4 awards ok...!!
wahhh daebakkk!!!!
Exo menang sakan semalam ye..

antara awards yang telah dimenangi oleh Exo:

*UnionPay Artist Of The Year in Asia
*Best Asian Style Award (Red Carpet Category)
*Best Male Group
*UnionPay Album of The Year (Overdose)


Exo punya performance memang awesome .
cuma zyra pelik why part rapping and ada lagi certain part yang dorang just miming??

 vokal D.O tak perlu dipertikaikan..
memang sedap la suara dia...
my baby^^

 my baby panda,Tao...
handsome sangat semalam^^
ehh la!!si putih ni pon sibuk nak interframe kat bawah tu!!

 my love Suho always look charming..
superb voice!!!


my baby Chen^^

tah kenapa zyra rasa macam sebak gila time tengok Exo bagi speech tiap kali menang awards..
yang betul betul buat zyra rasa sebak speech Suho ..
semua tahu apa yang dah Exo lalui sepanjang tahun 2014 ni kan?

but yaa...hope 2015 gonna be "nice" to them.
tak sabar nak tunggu Exo buat comeback next year...


MAMA 2014,tahniah my hubbies INFINITE^^


yuhuuu.........
siapa yang tengok Mnet Asian Music Awards 2014 semalam?
ok zyra pon tengok juga and seriously best kan!!!!!!
ramai yang gempak-gempak buat performance semalam..
ada Exo,Infinite,G-Dragon and Taeyang,BTS,Block B ..,ehh ramai lah kan!


Infinite berjaya merangkul 2 awards malam tadi.
*K-pop Fan's Choice 
*The Best Dance Performance (Last Romeo)







as an Inspirit,zyra happy sangat sebab Infinite ada menang semalam..
at least dorang takde la balik Korea dengan tangan kosong.
terjerit-jerit tengok Infinite buat performance semalam..
tu belum lagi time masa dorang annouce pemenang !
hahaha...

i'm a happy girl ok
;D

Tuesday, 2 December 2014

Tablo and Haru stop joining The Return of Superman :(


Haii readers..
mesti ramai dah tahu kan Tablo dan anak perempuan dia yang comel tu,Haru tak akan sertai lagi reality show The Return Of Superman..
hurmm macam sedih plak bila zyra dapat tahu pasal news tu...

main reasons why dia orang dah tak boleh nak join show ni sebab Tablo sibuk dengan aktiviti nyanyian dia..
lebih-lebih lagi Epik High kan baru je buat comeback..

trust me la...,episode terakhir Tablo gan Haru ni nanti mesti zyra menangis!!
waaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!

hope lepas ni boleh tengok lagi kisah family yang sporting ni ha...
and semoga Haru membesar dengan baik and be a good daughter^^

*lepas ni pelakon Uhm Tae woong and baby girl dia pula yang akan mengantikan tempat Tablo and Haru.
ok tak sabar nak tengok..

:D

Mister donut only Rm5

Yuhuuuu...
I'm donut lover ..
Pergi makan kat Jaya Jusco Wangsa Maju semalam,then ternampak la kat kedai donut baru tu,3 donuts only Rm5!!!
Pantang tengok donut je terus laju pergi beli..
Hahaha..

banyak lagi pilihan perisa yang ada..tapi yang ni antara favorite hehehe...

Safi Balqis White Trilogy kawalan minyak dan jerawat


ASSALAMUALAIKUM^^

nak tunjuk sikit new skincare zyra ni haaa....
hehehe poyo gila kau jah!!
ni firstime zyra menggunakan produk keluaran Safi.

tak tahu la kenapa sejak-sejak ni muka zyra senang sangat naik jerawat di bahagian pipi.
selama ni tak pon,selalu nye akan banyak di bahagian dahi.
muka zyra memang jenis kuat berminyak!
so,dah tiba masa zyra cari new skincare untuk mengurangkan minyak dan pada masa yang sama boleh mengurangkan jerawat ni haaa!!!!

krim anti jerawat ni bagus juga.
ada jerawat kecil yang baru nak tumbuh dibahagian dahi zyra,malam tu zyra letak sedikit then esok pagi dah kecut .
takde la hilang terus kan,tapi kira kecut laaaa.....

at first zyra macam tak yakin je dengan krim ni,sebab zyra selalu pakai T3.
T3 agak sejuk bila dipakai,tapi krim anti-jerawat  Safi ni tak berangin pun.
but so far still ok la...
harga krim anti jerawat ni cuma Rm 8.72
readers should try this!!
terlupa pula nak snap gambar Skrub Buih Pembersih Kawalan Minyak ni.
hehehe...
disebabkan ini adalah first try zyra,so zyra just beli yang pencuci skrub je.
size nye agak kecil dan harga nya pon lagi murah kalau nak dibandingkan pencuci muka 2 in 1 tu..
so far,best juga pakai skrub ni and zyra buat sebagai daily use.
ok harga skrub ni,Rm 7.84

Krim kecantikan sari pokok lidah buaya ni also not bad!!
krim ni dapat membantu menghilangkan parut/bekas jerawat disamping menghalus/mencantikkan kulit kita.
(thats my goal actuualy hahahhaha....)
yang paling zyra suka bila apply krim ni,muka zyra tak berminyak pon.

i mean tak la berminyak sangat ..
krim-krim muka yang zyra pakai before ni kebanyakkan nye berminyak.
dah la muka zyra jenis berminyak jugak..
perghh!!!!
dah macam apa je bershining-shining!!
harga krim ni cuma,Rm 5.44 

total untuk 3 items ni dibawah Rm30
not bad bukan??
siapa kata produk yang murah tiada kualiti??
so far zyra rasa muka zyra agak sesuai dengan produk ni.
muka pon dah takde jerawat.
alhamdulillah..

harap lepas ni tak perlu nak tukar produk lagi 
hehehe...

Sunday, 30 November 2014

colourful teddy and christmas^^

comel nye!!!
macam-macam warna ada!!

YUHUUUU......

second entry for tonight..
hehehe...
ok zyra nak cerita pulak petang tadi lepas ziarah kubur arwah opah,zyra ada pergi beli barang di Giant,Batu Caves.
biasa la kan kalau dah masuk sana,merayap semua tempat tengok apa yang best boleh dibeli..

sampai la kat satu part tu,mata zyra terus tertarik kat susunan colourful teddy bear and ada christmas tree.

setiap tahun,zyra akan ternanti-nanti kan christmas season ,sebab apa??
haaa sebab-sebab macam ni la!!!
semua barang-barang yang dijual sangat comel and colourful...bling bling...!!
wahhh!!!
^^

disebabkan zyra ni memang suka kan teddy bear,and sangat tak tahan dengan godaan kelembutan si bulus gebus tu,zyra pon decide beli la sorang..
ditambah pula dengan harga nye yang TERSANGAT MURAH!!
just RM10 je??
my god...serious macam tak percaya!!banyak kali zyra check harga tu..
hehehe...
bertambah la sorang lagi anak beber zyra..

jenuh pikir nak beli warna apa tadi..hahaha...
ni pon nama tak cari lagi ni..
readers ada any suggestion tak??

^^

Wednesday, 26 November 2014

MISTERI TERKABULNYA DOA


ASSALAMUALAIKUM^^

hari ni zyra nak share bahan bacaan yang zyra suka sangat baca.
sangat tertarik dengan tajuk buku ni,belek-belek sikit then terus beli.
Misteri Terkabulnya Doa tulisan Muhammad Suhadi yang berasal dari Blora,Jawa Tengah,Indonesia.

di bawah adalah sedikit ilmu yang zyra nak share dengan readers hasil pembacaan buku ni:

DOA YANG DIKABULKAN OLEH ALLAH

PERTAMA:Penuhi syarat-syarat berdoa
  1. Tanamkan sifat ikhlas dalam hati
  2. Lakukan sesuatu dengan tuntutan Rasulullah s.a.w

KEDUA:Laksanakan adab-adab berdoa
  1. Memulakan dan menutup doa dengan pujian kepada ALLAH S.W.T dan selawat ke atas Rasulullah s.a.w
  2. Mantapkan hati ketika berdoa
  3. Jangan terburu-buru mengharap kan pengabulan doa
  4. Tidak meninggikan suara
  5. Menghadap ke arah kiblat
  6. Mengangkat kedua-dua belah tangan
  7. Berdoa dengan kusyuk
  8. Berbaik sangka dengan Allah
  9. Berdoa berulang-ulang kali

KETIGA:Pilih waktu yang tepat

  1. Ketika bersujud
  2. Ketika berpuasa pada bulan Ramadhan
  3. Malam lailatulqadar
  4. Berdoa antata azan dan iqamat
  5. Pada hari Jumaat
  6. Sepertiga malam terakhir
  7. Sesudah solat fardhu
  8. Ketika hari hujan

DOA-DOA YANG DIKABULKAN
  1. Doa seorang Muslim kepada saudara Muslimnya tanpa pengetahuannya.
  2. Doa orang yang teraniaya
  3. Doa baik daripada ibu bapa kepada anaknya
  4. Doa buruk daripada ibu bapa kepada anaknya
  5. Doa anak yang berbakti kepada ibu bapanya
  6. Doa musafir
  7. Doa orang berpuasa
  8. Doa pemimpin yang adil
  9. Doa orang yang baru bangun tidur
  10. Doa orang yang berdoa seperti doa Dzub-Nun (Nabi Yunus)
  11. Doa orang yang pergi haji,umrah dan orang yang berperang di jalan Allah

*semoga sedikit ilmu ni boleh menambah pengetahun readers ye^^
dan juga semoga doa-doa kita akan dikabulkan oleh ALLAH s.w.t
insyaallah

Friday, 21 November 2014

Magic Fast Henna Tube


ASSALAMUALAIKUM^^
malam ni sengaja zyra nak tayang kuku tangan zyra yang dah bertukar warna..!
hehehe...

untuk pengetahuan readers,yang zyra pakai ni bukan pewarna/pengilat kuku yang biasa tu.
tapi ini adalah inai/henna.
haaa mesti ada setengah daripada readers tak pernah dengar dan lihat,bukan??

ni la kotak nye kalau readers nak tahu.
inai ni firstime kat India taw!!
wahh wahhh...
ok mana zyra beli inai ni??
ohh bukan zyra yang beli tapi kakak zyra.
*perghhhh!!kakak lagi..haha
ye KAKAK,sebab zyra ada 4 KAKAK takde langsung ABANG!

dia cakap dia beli kat kawan dia.
kebetulan pula kawan dia berkahwin dengan lelaki berbangsa India.

*mohon abaikan tangan yang serupa lelaki tu :D

so ni dia hasil nya bila dah kering.
gila kan....?
setiap jari zyra buat lain-lain warna!hahaha...
yang paling syok,lagi seminggu lebih daripada sekarang zyra dah nak start praktikal tapi boleh pula zyra pergi buat kuku macam ni.

ya ampunnnn...
harap sempat la hilang inai ni.
kalau tak habis la zyra nanti :'D

Wednesday, 19 November 2014

Aloevera Moisture Soothing Gel

Alhamdulillah...
Hari ni cuaca agak baik..
Cerah juga di luar tu..
Terasa panas lah hari ni , sekarang musim hujan je kan...
asyik Mendung je kat KL ..

Disebabkan hari ni rasa panas sikit, zyra pon pakai la moisture soothing gel keluaran Dabo Eco Life Style ni..

Bila pakai, rasa sejuk je..
Kulit muka pon rasa tegang..
Muka zyra jenis berminyak, so bila pakai gel ni muka pon kurang berminyak ^^
Bau gel ni pon wangi je...
Suka betul lah.

Banyak lagi manfaat moisture soothing gel ni..
Readers boleh Google,mesti terus tertarik nak cuba pakai. Hehehe..

Tuesday, 18 November 2014

Novel Rahsia Perindu


Assalamualaikum^^

siapa pernah baca novel Rahsia Perindu hasil karya Ramlee Awang Murshid??
memang superb lah novel ni!!!
RAM memang dah terkenal dengan hasil karya nya yang berunsur thriller!!!
serius memang suka baca novel genre macam nie.

Sinopsis
Amylia bersetuju membela seorang penjenayah yang kemungkinan besar akan menghadapi hukuman mati mandatori kerana membunuh. Setelah meneliti mental anak guamannya, Amylia mendapati sesuatu yang tidak munasabah berlaku. Dia memohon perintah mahkamah untuk mendapatkan khidmat doktor psikiatri bagi melakukan psikoanalisis.

Dr. Azlan mendapati anak guaman Amylia; Leopard mengalami gangguan mental. Pada masa yang sama, usahanya membela Leopard mendapat rintangan. Amylia yang diburu ketakutan mengalami perubahan emosi. Namun begitu, dia tidak mudah mengalah walaupun nyawanya sentiasa diburu maut oleh pembunuh yang sentiasa mengintai pergerakannya. 

Perjuangan tetap diteruskan juga. Oleh kerana tidak tertahan menanggung pelbagai dugaan, suatu hari Amylia jatuh pengsan. Dan apabila dia sedar semula, segala-galanya telah berubah. 

*bagi pendapat zyra,novel ni sangat menarik!!!
kalau readers tak fokus and suka skip chapter,then readers tak akan faham jalan cerita novel ni.
zyra respect gila dekat writers yang buat cerita yang berunsur kan thriller macam ni.
mereka sangat kreatif dan daya imaginasi mereka sangat tinggi!!

bila baca novel ni,sometimes zyra pula boleh jadi sakit mental sebab terlalu feeling sangat!
hahaha...
whatever is,sila la beli dan baca novel ni kalau ada readers yang tak pernah baca lagi.
memang tak rugi beli^^