Followers

Sunday, 14 April 2013

~KAU PEMILIK HATI~


assalamualaikum^^
apa aktiviti korg time cuti hujung minggu nie??
zyra?
hah!!duduk rumah je lah kan...hahaha..
SAD LIFE :')
terasa blog nie dah lama plak tak berupdate so hari ni nak buat review novel lah!!!!!!!!
*haa nmpak tak tahan teruja kat situ?byk tul kan tanda seru nye haha..
novel yg zyra nak riview nie tajuk nye,KAU PEMILIK HATI

serius ckp,zyra memang suka lahh jln cte novel nie...
dari seorang gurl yg dressup dia agak moden and berkelakuan liar,
bila dah kawen dia terus berubah...

tapi kan,watak gurl nie pada mula nye sangat2 annoying!!
rasa macam nak sepak2 je muka dia!
bapak berlagak!huh!!

pasal watak laki pulak,aduhai!!!!!
punya lahh sweet,walaupun dia bukan anak org kaya,tp dia agak awesome lah
sabar je dia dapat isteri kaya and kerek uwh!!
HAHAHA...

btw korang nak baca sinopsis novel nie tak?
ok baca bawah ni ya!

Sinopsis:

Sejak pulang dari luar negara, Qarissa menjadi semakin lupa diri. Tingkahnya yang sering saja di luar batasan dari hari ke hari itu nyata menimbulkan kebimbangan di hati Dato’ Rashid. Khuatir Qarissa bakal terpesong dari landasan agama, Dato’ Rashid bertindak menjodohkan Qarissa dengan Zafril, pekerja kesayangan yang juga merupakan anak kepada arwah rakan baiknya. Walaupun Qarissa membantah keras, Dato’ Rashid tetap dengan keputusannya kerana dia yakin Zafril mampu membimbing Qarissa menjadi wanita yang lebih baik.

Bagi Zafril, Qarissa adalah cinta pertamanya. Walaupun gadis itu selalu bersikap sombong dan melayannya dengan buruk, namun kuasa cinta mengatasi segala-galanya.

“Saya tahu awak tak cintakan saya. Tapi percayalah, saya akan jadi suami yang terbaik untuk awak lepas kita kahwin. Saya tak akan kecewakan harapan papa awak pada saya. Saya tahu papa awak nak saya bimbing awak jadi isteri solehah. Dan saya akan cuba laksanakan tanggungjawab tu sebaik mungkin….” – Zafrril.

Bagi Qarissa pula, mana mungkin lelaki yang hanya tahu menyakiti hatinya itu boleh membahagiakannya. Namun semakin lama, hatinya semakin terpaut dengan keikhlasan yang ditunjukkan. Lantas, lamaran Zafril diterima dengan hati yang separuh rela.

Baru saja Qarissa mahu mengecap kebahagiaan yang selama ini dinanti-nantikan, muncul pula insan lain yang memusnahkan segala-galanya. Zafril menjauh akibat fitnah. Qarissa pula menderita atas dosa lampau. Lantas, untuk apa lagi ditagih cinta yang telah hilang? Jika berpisah adalah jalan yang terbaik, Qarissa sedar dia harus reda.

“Risa mintak maaf, mama. Tapi Risa perlukan masa. Risa dah tak boleh berdepan dengan Abang Ril kalau dia sendiri dah bencikan Risa….” – Qarissa.

Masih adakah sinar kebahagiaan untuk mereka sekiranya kata maaf seperti sudah tidak bermakna apa-apa lagi?

kalau korang minat baca novel,try pulak baca novel nie!
sure best...
novel ape lagi yg best ea??
share2 lah!!
hehe :)

3 comments:

nur liyana said...

Wow. Sinopsis dia mcm menarik lah ;) Mesti syok an ? Kena cr cepat2 neh .

http://yanasajew.blogspot.com/2013/04/change-and-10-things.html

Nur Najihah said...

macam best je..

meisnani said...

ending dia mesti bahagia kan? waahahha tau dah novel2 ni.. btw, sy tak mnt sgt bace novel.. sy suka bace komik je.. cube cite pasal komik zint lak.. ekekekekeke :P