Followers

Tuesday, 31 December 2013

Krim muka apa erk??


Haii readers..
Nak tanya nie korang tahu tak mana-mana produk yang ok??
Krim muka zyra dah habis so ingat nak try produk yang baru pulak.
Ada pape cadangan tak???
Pleaseeeeee.....

posted from Bloggeroid

Monday, 30 December 2013

Magazine in the MAKING


ASSALAMUALAIKUM^^
baca title atas tu??
kelassssss kau jah!!!hahaha....
magazine apa lak yang in the making tu kan??
hari nie zyra dapat assignment baru and kena create MAGAZINE SENDIRI..

lecturer cakap tak boleh create magazine yang dah ada dekat pasaran.
so agak-agak korang, zyra buat magazine pasal apa??
CUBA KORANG TEKA!???
hahahahahhahaha.....

Sunday, 29 December 2013

kelas pagiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!!!


aduhaiii malas nye nak pergi kelas esok pagi....
sepatutnye esok kelas start pukul 12.30 tengahari.
tapi esok ada kelas ganti untuk hari khamis nie,Lecturer tu bercuti so dia buat la pagi esok..
rasa malas je nak bangun awal..

good nite readers!!
assalamualaikum^^

Kdrama yang Diadaptasi daripada Komik


ASSLAMUALAIKUM & HAPPY SUNDAY^^
dekat Malaysia sekarang nie tengh famous dengan trend drama diadaptasikan drpd novel.
by the way,negara korea dan negara lain pula lebih banyak menghasilkan drama yang diadaptasi drpd komik Jepun dan ada juga dari korea sendiri...

kita sendiri pon tahu yang Malaysia kurang sikit dalam penghasilan komik tp kalau novel...,
pffttt!!! berlambak gila sampai dah boleh agak jalan cerita,agak BOSAN laa...

BOYS OVER FLOWER 
*semua pelakon drama nie haruslah korang kenal kan???
lebih-lebih lagi LEE MINHO dan KIM HYUN JOONG yang handsome dalam F4!!!!
Diadaptasi daripada komik bertajuk "HANA YORI TANGO" hasil karya Yoko Komio yang berasal dari Jepun.
dua-dua ver. korea/Jepun zyra dah tgk..ada la sikit perbezaan nye hehe


TO THE BEAUTIFUL YOU
diadaptasi daripada komik HANA KIMI oleh Hisaya Nakajo,Jepun.
Pelakon utama Choi Minho dan Sulli
drama nie zyra tak tengok sebab yang 1st ver,Jepun zyra dah tengok,HANA KIMI.
so dah tahu jalan cte ,buat apa tengok even ada Minho MY BIAS :')
tp ramai kpoppers beria nak tengok sebab dalam drama nie ada MINHO dan paling penting ada ahli EXO yang berlakon!!!


PLAYFULL KISS
Drama nie dihasil daripada komik Itazura na Kiss.
well pelakon utama still KIM HYUN JOONG!!!!

FULL HOUSE
diadaptasi daripada komik yang memang berasal dari korea.
memang romatik gila la cite nie..
melting betul tengok RAIN!!!haha

CITY HUNTER
Diadaptasi daripada komik yang dihasilkan Tsukasa Hojo
tak payah kenalkan sape lagi la sape pelakon lelaki tu ..
semua dah kenal kan LEE MINHO..pffftt!!!

still ada lagi beberapa drama tapi malas lah zyra nak google dah!hahaha...
thats all for today.
pyooonnnng!!!!










Saturday, 28 December 2013

SONG JI HO BERLAKON DRAMA EMERGENCY MAN&WOMAN


HAI readers!!!
mesti peminat running man dan peminat song ji ho excited gila nak tengok drama ni kan?
drama nie akan bersiaran 24 Januari 2014..
oh ye!pelakon lelaki pula Choi Jin Hyuk...

bila baca sinopsis drama nie rasa nye macam best la..
pasal married couple asyik bergadoh je...

p/s:minion gemuk mesti excited nak tengok drama nie sebab dia SUKA SANGAT song ji ho..

NOVEL:beli atau pinjam?


ASSALAMUALAIKUM

zyra sure 100 % kebanyakkan blogger perempuan memang suka baca novel,betul tak?
hehehe zyra dah tahu sangat dah!!!!
zyra pon suka baca,TAPI tak suka BELI!!!*hehehe*
selalu nye zyra akan pinjam dekat kawan-kawan...
kalau zyra rasa minat betul dengan novel tu,baru zyra beli.

sejak-sejak nie zyra lebih suka pinjam novel dekat library..
tak perlu nak membazir duit beli novel yang berharga belasan sampailah puluhan ringgit!!
cuma bayar 50 SEN sebagai SEWA..
tak kisah la kan..

sekarang nie zyra tengah dalam proses nak menghabiskan novel nie!!!
hehe...
pinjam kat library kolej :D

Friday, 27 December 2013

JUMAAT YANG TERAKHIR


ASSALAMUALAIKUM^^
bersyukur sangat masih dipanjangkan umur..
masih mampu lakukan semua rutin harian macam biasa..
27 December,jumaat yang terakhir bagi tahun 2013 nie..

semoga ALLAH masih memanjangkan umur kita semua.
INSYALLAH.

Wednesday, 25 December 2013

Bibo and pou celebrating xmas!!




Sempena xmas nie bibo dapat hadiah lagi iaitu Christmas tree!!!!
Cantik kan...???
Christmas gift drpd zyra plak zyra belikan buku dan carpet baru untuk bibo.
Dalam blik tido pula zyra belikan lampu so takde la gelap sangat bilik tu nanti..hehe^^



Pou pon celebrate xmas hari nie..
Sebagai hadiah Nye zyra belikan wallpaper baru !!
Baru la semangat xmas kan..
:-D

posted from Bloggeroid

FAST AND FURIOUS 7 PASTI DI TAYANGKAN!!


salam readers..
semua dah tahu yang zyra memang DIE HARD FANS movie nie..
so secara rasmi nye movie FAST & FURIOUS 7 AKAN DITAYANGKAN.
mana zyra tahu??
ok dekat internet semua dah keluar pasal nie..
yang buatkan zyra lagi percaya bila Vin Diesel ada post status dekat akaun FACEBOOK RASMI dia...

The last scene we filmed together…

There was a unique sense of completion, of pride we shared… in the film we were now completing… the magic captured… and, in just how far we've come… 

Fast and Furious 7 will be released…

April 10th 2015!

P.s. He'd want you to know first…

serius zyra tak sabar nak tengok cite nie....
harap sangat adik mendiang Paul Walker,Cody Walker akan berlakon sebagai watak Brian ..

Tuesday, 24 December 2013

FIRST GIVEAWAY BY PUTI & SYUDA

Bismillah...
hari nie join GA nie..
harap-harap ada rezeki la kan^^.
insyaallah

nak join jugak??
SILA KLIK SINI^^

Monday, 23 December 2013

mata-mata blog pilihan zyra^^


third entry for tonight!!
pergh!!!!!
dok zyra blog walking back ,then ternampak la yang kat atas tu..
ehehehe....terharu gitu...
thanks akak....
jum naik kan trafik blog akk ni,http://kacangsebuncis.blogspot.com/

rahsia LUKISAN zyra!!


ASSALAMUALAIKUM^^
malam nie zyra nak cerita pasal apa yang zyra belajar dalam kelas MGT pagi tadi.
tiba-tiba je Sir suruh kteorang melukis!!
dia sebut objek apa yang nak kena ada dalam lukisan tu nanti..
dah la zyra nie memang tak reti MELUKIS!!!
memang hancur la hasil seni zyra kan...

actually lukisan nie ada kaitan dengan subjek MGT.

BUKIT=kalau dilukis secara besar dan tinggi maknanya orang tu BERCITA-CITA TINGGI

MATAHARI=dilukis dalam berkeadaan rendah bermakna orang tu PEMALU&KURANG                                     BERANI
POKOK=ketinggian lebih daripada rumah,seorang yang MEMETINGKAN KELUARGA

RUMAH=mengambarkan DIRI SESEORANG*rumah zyra buruk!!hahaha!!!

BATU=berada diluar sungai bermakna orang tu bukan jenis KUAT MENANGIS!

SAWAH=kalau lukisan sawah luas so LUAS LA PEMIKIRAN ORANG TU

BUNGA=lebih daripada setangkai so bukan jenis yang setia!!*hahaha zyra la tuh!

BURUNG=lebih dprd 4 ekor,seorang yang PENTINGKAN PERSAHABATAN*zyra ada 2 je!

SUNGAI=LUPA LA!HAHA

ULAR=dilukis dekat dengan rumah bermakna JODOH DAH DEKAT!!*oh my god! <3

ok la setakat tu je zyra nak share gan korang pasal lukisan nie hehe..
by the way kalau nak lukis lukisan nie mesti jujur.
baru la kita tahu pasal diri sebenar kita^^

Bibo jadi santa claus!!!







Hi readers^^
Hari ni bibo dapat hadiah...!
Topi Santa Claus!!
Bibo dapat awal la Christmas gift..hehe..
Disebabkan bibo dapat gift ni so zyra belikan baju baru untuk dia..
Macam Santa Claus tak???
Hahahahaha...

posted from Bloggeroid

Sunday, 22 December 2013

NOSE PACK BY DAISO


ASSALAMUALAIKUM^^
HAPPY WEEKEND ^^
nak tanye sape pernah pergi sini???
daiso japan nie banyak menjual barang macam cenderahati.
tp actually kat dalam tu macam-macama ada!!
yang paling best harga nye semua RM5!!!
dah la barang-barang kat sana comel sangat!!


dah berbulan-bulan zyra beli Nose Pack nie tp baru nak pakai!hahah...
benda ni untuk apa??
alaa untuk menanggalkan blackhead kat hidung^^

 haha mohon gelak beramai-ramai!!!!
tengok muka zyra yang sakai gila nie...
dengan eyes bag teruknye,dengan duckface nye!!!
*penyu pink tu kawan zyra punya harap maklum*

best jugak la pakai nie.
sapu kat hidung dalam 15 minit,bila dah kering just kopek je!!
harga pon murah,rm5^^

sape yang tak nak bazirkan duit beli produk yang mahal-mahal,korang borong la kat DAISO JAPAN ye..
sekian.....!
<3

Saturday, 21 December 2013

MOOD KRISMAS DAH DATANG!!!!


happy saturday ^^
just tinggal berapa hari je lagi nak krismas kan!!
serious talk zyra suka sgt time krismas sebab decoration semua nye colourful and bling-bling!!!

oh ye btw jangan la ada yang salah faham pasal zyra ye..
ada setengah org nak bash-bash sbb krismas nie kan perayaan utk org Kristian.
bagi zyra,as long niat kita BETUL,takde salah nye kan..
1 Malaysia ,remember??

and paling penting background music blog zyra pon dah bertukar!!!!!
white confession by Infinite <3
lagu nie time krismas 2 tahun lepas kot,,
dah lupa la..hehe..
tp comel je dorang dalam MV nie^^

Simple Giveaway by Licha


BISMILLAH....
hari nie zyra join GA licha..
insyallah kalau ada rezeki dapat la merasa salah satu hadiah tu hehe..
korang pon jom la join sekali!!!!

goodluck readers!!!

Thursday, 19 December 2013

Bibo jadi hadiah???







Haha tengok apa dah jadi dengan Bibo???!!!
Semalam masa zyra bukak game nie then dapat gift...
Zyra klik je terus Bibo jadi mcm nie haaa...
Kelakar je kan...!!
Haha!!

posted from Bloggeroid

Wednesday, 18 December 2013

CODY WALKER BERLAKON FILEM FAST & FURIOUS 7???


ASSALAMUALAIKUM ^^
korang ada dengar tak news terbaru pasal mendiang Paul Walker??
dok bosan-bosan tadi zyra selongkar Yahoo,then terbaca pasal adik bongsu kepada PW,
CODY WALKER...

dalam artikel tu,ada cadangan oleh #teamfastfamily (tu gelaran fans F&F bg) and dorang tengah pertimbangkan idea bernas tu..!
IDEA APAKAH??
dorang cakap Cody Walker nie muka dia agak iras-iras dengan PW,and kemungkinan dia akan ditawarkan berlakon sebagai watak Brian dalam F&F 7.
pengambaran F&F 7 masih berbaki sedikit so dorang berminat utk Cody yang menghabiskan scene-scene watak Brian..

jujur cakap,muka dorang adik beradik memang seiras!!

tah kenapa bila tengok gambar nie mata zyra dah start berair..
please don't cry zyra!!!!

zyra ada terbaca salah satu komen fans yang zyra rasa bernas jugak..
hope ending F&F 7 nie,kira nye watak Brian pon mati juga..
bukan apa,biar la tamatkan je cte nie and tak perlu ada skuel lain..
bg fans,kematian "Brian" seolah-olah penghormatan terakhir dan semua fans sentiasa akan teringatkan mengenai mendiang PAUL WALKER :')

zyra harap sangat yang dorang akan teruskan dengan idea untuk mengambil CODY WALKER berlakon dalam F&F 7 nie...!!



Terukir Cinta.DONE!!!


Ok zyra bertapa Kat library just nak habiskan baca novel nie..
Haha..
Happy ending..dapat kahwin dengan CEO kau jah!!kelasss!!!

posted from Bloggeroid

Tuesday, 17 December 2013

FOLLOWER WIDGET HILANG!!!!!!


ASSALAMUALAIKUM READERS...
ok rasa nye semua dah taw kan pasal masalah yang tengah dihadapi kebanyakkan blogger..
hal widget follower ini hilang pon zyra boleh taw sebab BFF zyra,AZUAN yang bagitaw..
dah la penat-penat jalan kaki dari kolej sampai je bilik sewa terus dapat IM dekat FB,azuan bagitaw pasal nie..
WHATTTTT???!!!
macam mana nak follow back kalau widget tu dah hilang???!!
SPOIL!!!

Monday, 16 December 2013

Buddyz Giveaway

Assalamualaikum .




Giveaway ini merupakan giveaway pertama dianjurkan oleh Farhah dan buddyz buddyz iaitu Sofea , Izzah , Iqqah .

Anda semua dijemput join giveaway bagi memeriahkan lagi giveaway ini .


Senarai Hadiah 


Tempat Pertama :
Topup RM20 ( Celcom / Maxis / Digi )
Review / promote blog oleh aku dan Sofea

Tempat Kedua :
Topup RM15 ( Celcom / Maxis / Digi )
Review / promote blog oleh aku dan Sofea

Tempat Ketiga :
Topup RM10 ( Celcom / Maxis / Digi )
Review / promote blog oleh aku dan Sofea

Tempat Keempat :
Topup RM5 ( Celcom / Maxis / Digi )
Review / promote blog oleh aku dan Sofea

Tempat Kelima :
* Pilih antara salah satu *
Toup RM5 ( Celcom / Maxis / Digi )
atau
Review / promote blog oleh aku dan Sofea

GIVEAWAY INI SECARA AUTOMATIK AKAN DIBATAL JIKA TIDAK MENDAPAT PESERTA LEBIH DARIPADADA 10 ORANG .

Undian : Random.org / Cabutan bertuah

Anda semua dijemput untuk join giveaway ini .

Klik SINI untuk join .

p/s:over size plak banner tu!
haha malas nak tukar,,lantak p la kan..
rasa dah lama tak join mana2 GA..kalau de rezeki boleh la dapat kan salah satu..
actually sje2 je nie join..just nak naik kan traffic je haha..

PAGEVIEWS JATUH TERGOLEK!!!


ASSALAMUALAIKUM^^
ok dah nampak print screen kat atas tu??
pageviews today setakat pukul 10.27 pm nie cuma sebanyak 50!!!!
sedih ok sedih!!!
time cuti sem dulu,dalam sehari zyra boleh dapat pageviews dalam 200 lebih..
paling banyak pernah dapat 300 lebih..
tu pon sebab entry zyra mengenai mendiang Paul Walker :"(

disebabkan dah start sem baru,and zyra jarang blog walking so tak ramai la yg nak terjah blog zyra nie haa...
takpe la ,at least still ada yg sudi BW sini..
thanks ye SAYANG KORANG!!!

p/s:dengar cite area selangor and KL akan mengalami masalah air..ok nie yg tak suka nie. :(

Sunday, 15 December 2013

Cousin's wedding



Salam readers!!!
Semalam sepupu lelaki zyra nie berkahwin and majlis ni diadakan di rumah pengantin perempuan..
Area2 felda taib andak..
Semoga kekal bahagia ...



With my sisters..
Orang tgh sibuk nak akad nikah kitaorang dok dalam bilik pengantin then snap gambar sndri haha..


Nie anak buah zyra..arisha nama dia.
Baru form 1 tp semua tak pcye sebab dia lagi tinggi and matang dripd maksu dia :'(
posted from Bloggeroid