Followers

Wednesday, 13 September 2017

KONSERT SEVENTEEN DIAMOND EDGE IN KUALA LUMPUR


(SUMBER DARI GOOGLE. TQ TO OWNER)

ASSALAMUALAIKUM SEMUA..
Harini rasa rajin pula nak menaip dan share pengalaman sewaktu
menonton konsert group kpop, SEVENTEEN pada 9 september yang lepas
di Stadium Negara. 


Ini konsert yang pertama zyra pergi, time tu hujan!!!
selama ni pergi konsert, hujan juga. tapi tak kena hujan, 
i mean tak basah sebab time tu dalam train,
sampai je stadium, hujan dah berhenti! hahahaha...

Tapi kali ni , konsert seventeen agak berembun juga la ye kita.
last last beli juga la baju hujan. melayang RM5 hakak!!
Kasut pun warna pink pink gitewww..
semangat Seventeen lah kata nya.


suka sangat lightstick ni.. 
falling in love gila......


ok tadi tu just opening je and sekarang baru boleh cerita panjang lebar
tentang apa yang best dan tak best sepanjang konsert SEVENTEEN 
ni berlangsung.

Zyra dan kawan beli tiket CAT1 LL4 .
maksudnya tingkat bawah sebelah kiri stage.
mula nya bersyukur gila sebab dapat ROW 2!!
rasa macam ok, !! boleh nampak dorang dekat gila la nieh!!!!!

Tapi bila dah duduk, then kaji balik seat kitaorang,
hmmm rasa kurang best sebab nye stage agak jauh juga.
Then depan kitaorang asyik kena block je.
abang abang cina / kakak kakak/ makcik pakcik RELA 
yang jaga dekat pintu masuk ROCKZONE tu selalu 
halang pandangan kitaorang yang duduk ROW 1 dan ROW 2!!!
dan malang nye zyra salah pilih seat sebab , seat kitaorang terlalu tepi sangat.


Semua orang dah tahu, basic rules pergi mana mana konsert pun,
NO RECORDING!!!
tapi ni la 1st konsert yang zyra rasa bapak straight gila staff dia!!!!!
tak boleh bawak berbincang!!!!!!!!
Kitaorang cuma dapat rakam SEVENTEEN perform dalam 2-3 lagu saja,
Lepas tu, rasa macam kena rush dengan pencengah maksiat!!!
HAAHAHA.
staff dorang dok laser laser lampu merah dekat sesiapa yang dok rakam guna handphone.
and of course, zyra salah seoarang mangsa nya hehehe..

Fansite-nim juga ramai yang terkantoi kamera dan dibawa keluar dari kawasan
Rockzone ok!!!!... tragis gila time tu.
dalam 6-7 fansite-nim yang kantoi bawak kamera DSLR.


COMEL NYE LAA BONG BONG NI
tapi ada tragedi sikit berlaku dekat Bong Bong tu hehehehe...


so sepanjang konsert ni berlangsung, zyra tak banyak rakam video 
sebab banyak kali kena usha dengan abang abang crew pfttt!!!!

whatever is, jujur cakap persembahan SEVENTEEN memang superb!!
dorang punya fans service, vocal dorang, tarian dorang!!!!!
yang paling suka of course la HIP-HOP UNIT!!!
hehehehhe...
melting gila dengar S.COUPS, VERNON, MINGYU dengan WONWOO rapping!!

video

so ni antara video (fancam) yang sempat la zyra rakam
sebelum kena rush dengan abang abang crew sekalian alam!!

video

video
time ni sebelum tepat pukul 7.30 pm ,
sebelum seventeen keluar perform, dorang tetiba tayang MV lagu DONT WANNA CRY.
hampir sejam lebih kitaorang duduk dalam stadium tu,
dorang asyik tayang MV MANSAE, PRETTY U, BOOM BOOM, HEALING 
dan debut song, ADORE U.
so bila tetiba keluar MV Dont Wanna Cry, kitaorang semua bersorak kuat gila
and of course karok beramai ramai .
HAHAHAHA...

Disebab kan zyra suka semua members,
tiap kali dorang lambai ke arah kitaorang,
zyra dah macam orang gila terjerit jerit, lagi lagi time panggil
Hoshi dengan SCOUPS!!
hahaha.....

overall, konsert ni memang best !!
seventeen semua sporting and hyper!
selalu sebut AKU CINTA KAMU
dan asyik lambai tangan dekat semua section!!
paling bertuah of course ROCKZONE.


hope tahun depan dorang datang malaysia lagi.
janji dorang, dorang pasti akan datang lagi ke MALAYSIA.
im waiting for you babies...!!!
panjang umur kita jumpa lagi.

Carats love you, SEVENTEEN...!!!

Thursday, 24 August 2017

NAM JOO HYUK PRIVATE STAGE IN KUALA LUMPUR



ASSALAMUALAIKUM 

Siapa peminat pelakon Korea handsome ni??
Angkat tangan cepat !!!!!
Mesti ramai yang kenal siapa pelakon ni betul tak??
Zyra yakin dan pasti ramai fans dia melting tengok lakonan dia dalam
drama 'THE BRIDE OF HABAEK'....
*termasuk zyra.. melting gila !

OK!!!
Dah confirm yang NAM JOO HYUK akan buat fans meeting di Kuala Lumpur
pada 21 OKTOBER 2017 ni.

Fans meeting ni akan diadakan di STARXPO CENTRE, KWC FASHION MALL
atau lebih dikenali sebagai Kenanga Mall.
kalau sebut gitu, senang siki orang nak tahu!!
HAHAHA..

Harga tike bermula VIP RM588
CAT 1 RM368
CAT 2 RM268
CAT 3 RM168


Niat dihati macam nak pergi.
Tapi bajet tak masyuk so kita usha CAT3 saja lah.
Namun demikian!!
hahahaha..!!
Bila tengok balik seating plan dia, OMG laa...
Zyra  try usha dekat GOOGLE imagine Hall tu nanti.
Memang besar and for sure tak nampak Si Habaek tu ..

Mesti sayup sayup je and terpaksa la tengok dari screen .
Walaupun semua CAT adalah seated numbered,
tapi.....
hurmmmm ...
Not sure nak pergi or tak.

By the way untuk korang yang memang die hard fans NAM JOO HYUK,
sila lah pergi FM ni.
Tiket dah boleh beli di laman website
WWW.GALAXY.COM.MY




Tuesday, 15 August 2017

SEVENTEEN DIAMOND EDGE IN KUALA LUMPUR


Hello geng..
Dah lama tak datang sini, naik kusam blog ni.
Hahahaha..
Perasaan malas gila and annoying sebab ada je stalk fasal life Zyra,
so naik malas nak post apa-apa!!

Harini tiba-tiba rasa rajin pula nak menaip.
So nak tanya ni , korang minat group SEVENTEEN tak??
Group yang ada 13 orang ahli tu..
and doran terbahagi kepada 3 unit iaitu
VOCAL UNIT,
PERFORMANCE UNIT,
HIP-HOP UNIT.
Lagu lagu dorang semua best best ok!



Seventeen dah start world tour dorang bermula di Seoul selama 3 hari!
memang meriah gais!!! dah la buat outdoor !!!

so 9 September ni , they will stop dekat MALAYSIA!
MANSAEE MANSAE MANSAE!!!!!!
Ramai Malaysian Carat dah tak sabar-sabar nak tunggu Seventeen ni!!
TERMASUK LA ZYRA !!!
hahahahaha...

oh ye, konsert Diomond Edge in Kuala Lumpur ni nanti akan 
di buat di Stadium Negara.
1st time Zyra nak pergi stadium ni, so tak boleh nak imagine macam 
mana keadaan dalam tu..!

Harga tiket untuk konsert ni bermula RM210 untuk CAT3
RM310 untuk CAT2
RM410 untuk CAT1
RM510 untuk VIP
RM530 untuk ROCKZONE
*harga tu dah termasuk GST ,tapi tak termasuk fees online yang lain ye*

favorite song and zyra tak sabar nak tengok dorang perform!!!




and paling zyra nanti-nanti kan of course performance dari HIP-HOP UNIT !


NOTED!!
VIP,ROCKZONE DAN CAT3 DAH SOLD OUT YE.
CAT lain masih available but selling fast taw
so sesiapa yang tak beli tiket lagi,
jangan lepas kan peluang untuk saksikan persembahan mantap dari Seventeen ok!
Bukan senang taw dorang nak datang Malaysia.